Friday, October 17, 2014

17/10/2014: WEBSITE SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Jumaat untuk semua.

Tugasan sepanjang hari ini ialah menyiapkan laman web sekolah. Satu cabaran baru setelah sekolah memohon alamat domain .edu.my.

Pada mulanya Che'Gu cuba develop guna Joomla! tapi sukar bagi orang yang tiada asas pembinaan laman web. Che'Gu hanya biasa guna blogger@blogspot sahaja. Hampir sebulan terkial-kial menelaah video tutorial Youtube,namun hasilnya sangat minimum. Akhirnya, Che'Gu terpaksa menggunakan Wordpress juga.

Harapnya Che'Gu dapat siapkan susun atur/layout website secepat yang mungkin. Moga Allah permudahkan. Mungkin ini sumbangan terakhir untuk IGOP jika diizinkanNya. Hehehehe....

Website SBPI GOPENG
Facebook SBPI GOPENG

Saturday, January 25, 2014

SEKOLAH GANTI DAN MOTIVATION STICKER

Assalamualaikum w.b.t.  Sabtu kali ni sekolah gantian. Ganti sempena cuti Tahun Baru Cina. Jadual hari Isnin. Extra kerja, extra letih. Hahaha....tapi hari ni kurang stress sebab ada jamuan makan. Jamuan Kesyukuran Jabatan Sains dan Matematik, sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru Sains & Matematik serta guru-guru jabatan lain dan pekerja/staf sekolah atas sumbangan mereka pada tahun 2013.




 Ada masa terluang tadi,sempat menyemak buku latihan pelajar-pelajar 5 Biruni. Teringat kata-kata mereka dalam kelas pada hari Khamis lepas. Mereka sangat teruja apabila menerima buku latihan masing-masing sebab ada 'motivation sticker'. Katanya, rasa seperti di sekolah rendah. Sticker tu comel. Hahaha....

 Tujuan stiker ni hanya satu, berikan motivasi intrinsik dan galakkan mereka buat latihan dengan sempurna. Nak tanamkan minat dalam Biologi. Mudah-mudah satu hari nanti mereka akan kata "Saya Jiwa Biologi!".Wassalam.







Thursday, January 23, 2014

MEMERHATIKAN SEL MENGGUNAKAN MIKROSKOP

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Khamis untuk semua.
Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Semalam, 22/1/2014, Che'Gu mengisi waktu PdP tingkatan 4 Biruni dengan menjalankan pemerhatian ke atas sel pipi manusia dan sel epidermis bawang. Pelajar-pelajar 4 Biruni hanya ada 9 orang sahaja. Jadi, senanglah sedikit Che'Gu nak awasi mereka.

Aktiviti ini adalah yang pertama untuk mereka bagi subjek Biologi. Kiranya pendedahan awal bagaimana amali Biologi dijalankan. Mereka mengendalikan alat radas dengan baik. Menggunakan mikroskop cahaya dengan betul hasil demonstrasi awal oleh Che'Gu. Che'Gu harap mereka dapat ilmu yang berguna sepanjang aktiviti kali ini.











Monday, January 20, 2014

FROG VLE

Assalamualaikum, Salam Petang!

Hari ini berLADAP FROG VLE bersama Ustaz Zaki.
Belajar buat blog da....

Wednesday, January 16, 2013

RUTIN MINGGU INI!

Assalamualaikum w.b.t.

Persekolahan sudah pun masuk minggu ke-3. Minggu lepas 4 hari bermesyuarat di Ipoh. Minggu ni jadual penuh sampai ke petang. Waktu pagi P & P macam biasa.

Isnin - LaDaP 2/2013: Sekolah Berprestasi Tinggi disampaikan oleh En. Safuan b. Raba'ai, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (mantan PK MCKK)



Selasa - Mesyuarat Jawatankuasa Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2013 dipengerusikan oleh Puan Hajah Aziah bt. Mohd Rafei, Pengetua Cemerlang SBP Integrasi Gopeng

Rabu (hari ni) - Ada perjumpaan kelab & persatuan serta kelab sukan & permainan. Malam nanti (jam 2000-2300) nak join program Berani2013 anjuran Dr. Azizan Osman di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Moga-moga diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan tugas dan perjuangan sebagai guru. Mungkin ada tips-tips dari Dr.AO boleh digunakan dalam menarik minat pelajar terhadap BIOLOGI.


Wednesday, January 09, 2013

FROG KE BLOG?

Assalamualaikum.

Salam 1 Malaysia.

Setengah tahun meninggalkan blog ni. Risaukan blog ni 'hilang', terasa ingin menulis kembali.

Keinginan itu kembali setelah disapa oleh seorang sahabat, seorang guru Biologi di SMK Seri Kampar.
"Cikgu, U ada 'vlog' kan?"
"Frog?Sekolah I belum mula lagi Frog (merujuk kepada program KPM-YES, FROG-VLE)," jawab saya dengan nada ragu-ragu sebab tak berapa faham dengan slanga BM ala Kaum Cinanya.
"Bukan, 'vlog'. I mau belajar dengan U la macam mana mau buat".
"Ooooo...blog. Memang ada, tapi lama dah tak aktif." Saya senyum kelat, segan sebab lama tak kemaskini kandungan, theme, layout blog.

Nampaknya, ada juga yang sedar kewujudan blog saya ni. So, kena teruskan. mungkin satu masa nanti akan ada domain sendiri, tanpa perlu bergantung kepada free domain seperti blogspot ini. Namun semua tu memerlukan perancangan masa.

Insya-Allah, saya akan cuba isikan setiap 'posting' dengan maklumat Biologi, sekurang-kurangnya ada input ilmiah.

Terima kasih.



#Sedang bermesyuarat di PKG Dato' Panglima Kinta, Sg. Pari, Ipoh selama 4 hari. Bermula 7 hingga 10 Januari 2013.

Thursday, July 12, 2012

TERUS BERJUANG

Hari ini meneruskan tugas seperti hari-hari sebelumnya.

Datang ke sekolah seawal pukul 7.00 pagi selepas menghantar Abg. Ngah (Rayyan) ke rumah pengasuh.
Belikan sarapan untuk isteri dan terus ke tempat kerja.

Jadual hari ini ada 2 kelas (4 waktu). Biologi tingkatan 4 dan Sains tingkatan 3.

Alhamdulillah, kelas berlangsung dengan lancar. Biologi tingkatan 4 baru sampai subtopik '6.6 Formation of Faeces & The Process of Defaecation'. Namun, ada 7 orang pelajar tiada dalam kelas. Ramai yang terlibat dengan Kejohanan Ragbi SBP dan Bola Jaring SBP di Kelantan. Harap mereka ulangkaji.

Makanlah makanan berkhasiat ye.
Jangan lupa sayur-sayuran dan buah-buahan, sumber fiber/serat. Nanti jadi macam brader kat bawah ni kalau kurang fiber.

Wednesday, July 11, 2012

::REBRANDING::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera.

Hari ini tiba-tiba sahaja Che'Gu teringatkan blog yang dah lama 'berlumut, usang' kerana terbiar begitu lama.
Sudah sekian lama, hampir 7 bulan tiada sebarang aktiviti blogging. Mungkin pengaruh Facebook yang lebih mesra pengguna. Namun, legasi SoL [School of Life] harus Che'Gu teruskan agar segala usaha sejak tahun 2008 tidak terkubur. Usaha untuk berkongsi ilmu, khususnya berkaitan Biologi. Malah, ada yang menasihatkan Che'Gu agar blog ini dikhususkan untuk Biologi sahaja. Tapi pandangan Che'Gu berbeza. Che'Gu berblog bukan untuk kongsi ilmu Biologi semata-mata. Che'Gu bukannya doktor mahupun professor untuk menulis posting berkaitan Biologi setiap masa. Kalau setakat memplagiat karya orang lain, cari dalam Google then paste on your blog, search a video on Youtube then share, orang lain pun boleh melakukan perkara sama. Che'gu hanya ingin berkongsi pengalaman. Macam tagline blog ini, " EXPERINCE IS THE BEST TEACHER". Segala nota, soalan, tips berkaitan Biologi adalah BONUS.

Che'Gu tak mengharapkan 'traffic' pembaca blog yang ramai kerana Che'gu tak mengejar 'pay per click'.
Blog ini ibarat suatu diari kehidupan.

Terima kasih. Ribuan terima kasih. Mungkin jutaan terima kasih belum mencukupi untuk dihulurkan kepada pembaca, juga 'follower' yang sudi mengintai blog ini.

Kenapa SINCE 2005? Sebab Che'Gu mula menjadi CIKGU secara rasmi sejak 2005!

Thursday, January 26, 2012

MY BEST FRIEND WEDDING

Assalamualaikum w.b.t. & Salam untuk semua.

Rasanya ramai yang masih dalam mood bercuti. Kepada rakan2 kaum Tionghua, Gong Xi Fa Cai!

Cuti masih berbaki beberapa hari. Beberapa hari lepas sempat pulang ke kampung di Kelantan (kg. Che'Gu) dan Terengganu (kg. isteri). Lama-lama berada di kampung pun rasa jemu juga. sebab tu balik sekejap je.

23hb hari tu sempat juga ke Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu sempena perkahwinan kawan baik, Mohd. Azla Yusmanuddin (kami panggil Jjela je) di Kg. Jerus, Pasir Puteh. Selamat Pengantin Baru diucapkan utk pasangan mempelai. Moga berbahagia dan dirahmati Allah sepanjang hayat.
Alhamdulillah, Che'Gu nampak slim antara kami bertiga. Hahahaha!
Welcome to the club bro!
Harap mereka pun leh jadi bestfriend juga.

Mengimbas persahabatan kami, kami kenal masa bergiat dalam kursus kepimpinan/motivasi zaman belajar kat universiti dulu. Kami menggelarkan group kami Magnificient 5. sbbnya, kami berlima. Che'Gu, Mahathir (Kodir), Herdi (Mat Eddy), Muhasbi (Sebi) dan Azla (Jjela). Kodir & Sebi best friend sejak sekolah rendah lagi si SK Sungai Embak, Kuala Krai. Jjela & Mat Eddy kenal masa kendali kursus. Bila cuti semester je kami akan diundang oleh guru kaunselor SMK Machang pada masa tu untuk jadi fasilitator. Dapat juga duit poket sikit.

Gambar old-skool bersama Eddy (baju merah), Mahathir (baju hitam) dan Che'Gu (kiri 1x).
Ni masa darjah 4 kot/cer cari mana Che'Gu!




Wednesday, October 05, 2011

BROSUR MAJLIS BINGKISAN APRESIASI

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menyiapkan brosur khas sempena persaraan Pengetua, Datin Hajah Roiga bt. Taib.

Sekarang tengah berusaha untuk print pula. Saiz kertas 8in x 16in. Tapi laser printer boleh masuk 8inx14in je. Kena setting balik.kertas kena potong sebab printer jammed. Masalah dah selesai.



Yang ni masa majlis Ustaz Radzi.




Thursday, September 29, 2011

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1



Kertas 1 adalah kertas OBJEKTIF.

Sangat penting untuk pelajar-pelajar memperolehi markah semaksimum yang mungkin.

Caranya hanyalah dengan latih tubi secara berterusan. Tiada tips yg spesifik kerana soalannya berbentuk objektif.

Berikut tips apabila menjawab soalan Kertas 1.

1.         Read the entire questions including all the answer choices before answering a question.
2.         If you do not know the answer of a question,  go on to the next question.
3.         Be sure to answer all 50 questions.
4.         Pay full attention to ‘key words’ such as  which, except, what etc.
*5. [silly tips] if U don't have any idea with the answer {cannot answer exactly}, just choose the longest answer.....hehehehe![but not applicable for all questions.that's my old teachers said.]


Selamat berjaya! 
Good luck!
良く
행운을 빕니다!
حظا سعيدا!

Tuesday, September 27, 2011

SOALAN PERCUBAAN SPM 2011

Assalamualaikum.

Che'Gu nak share link untuk muat turun soalan-soalan percubaan SPM 2011.

Jangan segan-segan utk download.

Semoga BIOLOGY anda bertambah A++++++++.

SBP

Kertas 1, 2 dan 3 - [soalan + jawapan]

PERAK

Kertas 1
Kertas 2
Kertas 3
Skema Pemarkahan

JOHOR

Kertas 1, 2, dan 3 - [soalan + jawapan]

KEDAH

Kertas 1, 2 dan 3 - [soalan + jawapan]



Monday, September 26, 2011

PERKONGSIAN PINTAR SBP-MRSM : BIOLOGI

Assalamualaikum w.b.t.

Bersarang. Maksudnya dah lama Che'Gu tidak menulis blog ni. Kalau almari, dah penuh dengan lipas, semut & labah2.

Mood datang kembali selepas menghadiri satu program Perkongsian Pintar SBP-MRSM di Kangar.

Walaupun masih kepenatan memandu dari Gopeng-Kangar-Gopeng, teruja dgn perbincangan semasa perkongsian, maka Che'Gu pn bersemangat kembali nak menulis blog ni.

Mula2 ni, tgk gmbr la dulu ye. Insya-Allah, lepas ni ada isi2 ilmiah yang akan dikongsikan.

Cikgu Noriha from MRSM Taiping sedang menyampaikan RP tajuk digestion.
Kaedah Role Play.

Khusyuk mendengar tips dari 'orang lama'.

Muda jgn disangka anak [kurang ilmu]....muda-muda la kreatif.

Thursday, May 05, 2011

~BIOLOGI OH BIOLOGI~

Hari ini Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Kertas Biologi untuk Tingkatan 4.


Che'Gu sempat snap beberapa aksi pelajar semasa mengawasi mereka menjawab soalan.


Macam-macam gaya. Alahai pelajarku.....susah sangat ke soalannya?


Itu belum SPM lagi....apa2 pun selamat menjawab la ye.












Monday, April 18, 2011

~OUTSTATION TO BAGAN DATOH~

Banyak hari terpaksa meninggalkan keluarga dan tugasan di sekolah. Terpaksa mengiringi pasukan bola keranjang (sebagai jurulatih sebenarnya) menyertai HARI KECEMERLANGAN SBP ZON UTARA di SM SAINS BAGAN DATOH (SABDA) dari 8-12 Mac 2011.

Walaupun penat, tapi berbaloi sebab team lelaki berjaya masuk sampai ke semi-final buat pertama kali sepanjang penyertaan. Mereka berkongsi tempat ketiga bersama SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN, Bukit Mertajam.















WELCOME TO SCHOOL OF LIFE