Monday, May 24, 2010

~PROMOSI~

Promo! Promo!
Jika berminat, boleh hubungi nombor tertera di bawah.
Che'Gu Fazli : 013-9745616
Ataupun lawati



Friday, May 21, 2010

~POTLUCK AGAIN!~

Salam untuk semua.

Hari ni dah masuk sebulan tak menulis entry untuk blog ni. Entah, semacam ada 'sesuatu' yang menghalang. Sedang mencari apakah 'sesuatu' itu.

16 Mei dah lepas, walau pun dah beberapa hari tapi masih nak ucap juga "SELAMAT HARI GURU". Untuk semua warga pendidik yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa walaupun ada segelintir memandang rendah profesion yang pernah dianggap mulia dan tinggi di mata masyarakat suatu masa dahulu. Khususnya untuk cikgu2 yang pernah mengajar insan biasa ini, Muhd Fazli bin Dollah. Cikgu2 semasa tadika KEMAS(1987), guru2 di SRKSultan Yahya Petra(1) (1988), guru2 SK Sg. Embak (1989-1993) - Cikgu Huslan, Cikgu Zaharah, Cikgu Kamarul, Sir Visva, Cikgu Mat Zai, Cikgu Mazman, Cikgu Fauzi, Cikgu Mazlan, Cikgu Seniwati, Cikgu Ramlah (itu je antara yang saya ingat). Tidak lupa kepada guru2 di SMKA Falahiah, Pasir Pekan seperti Cikgu Bustaman, arwah Ustaz Mat Awang, Cikgu Asnawi, Cikgu Ghazilan, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu CD (Che Deraman), Cikgu Rozidah, Cikgu Tuan Hasmah, Ustaz Shukri, Ustaz Mat Hussin, Ustaz Abdullah, Cikgu Arina, Cikgu Zamri dan ramai lagi la. Terima kasih atas didikan dan ilmu yang telah dicurahkan. Kini saya pun menjadi seperti kalian, Guru juga.

Hari ini, Bilik Guru 1 telah adakan jamuan atau 'potluck'. BG1 memang suka buat makan2. Kali ni dengan tema makanan ala barat. Mcm2 menu ada. Pizza, macaroni bakar, salad buah, french fries, wedges, puding, coleslaw, kek Secret Recipe dan banyak lagi la. Tapi Che'gu lupa nak ambil gambar makanan. Terlupa. Hihiihi.....hanya gambar orang yang memakan makanan sahaja sempat dirakam. Sesi fotografi khas untuk cikgu2....Action!!!








WELCOME TO SCHOOL OF LIFE