Friday, July 10, 2009

::ENZYMES::

Baru2 ni Che'gu try search bahan bantu mengajar untuk subjek Biologi. Alhamdulillah, terjumpa pula satu website yang menarik untuk dilawati. Laman web ini mengetengahkan cara pembelajaran Biologi melalui animasi-animasi menarik. Nama lamannya pun Biology in Motion.

Untuk mempelajarai/mengulangkaji topik Enzyme Characteristics, klik di SINI.

::SERIUS::


Makin serius nampaknya. Kes tempatan semakin meningkat.
Terbaru, semalam sebanyak 24 kes tempatan dikesan. 12 daripadanya dikesan di sebuah syarikat di Cyberjaya. Kes tempatan pertama dikesan pada 22 Jun lalu.
Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua rakyat Malaysia mengamalkan 'etika batuk' dan menggalakkan pemakaian topeng muka bagi membendung penularan wabak pandemik itu.

Kementerian Kesihatan menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:

bullet buttonMerenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

bullet buttonKes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

bullet buttonDi pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang
bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. (Sumber: Malaysiakinionline)

Thursday, July 09, 2009

::LEGA::

Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat kabinet semalam (8/7/2009) telah membuat keputusan untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam BM secara berperingkat pada tahun 2012.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 ada pro dan kontranya. Atas beberapa faktor, ramai pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI termasuk wujudnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang disertai beberapa orang sasterawan negara dan segelintik ahli akademik. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, kabinet telah meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu. (Selanjutnya, sila klik Malaysiakinionline atau Beritaharianonline)
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE