Friday, August 15, 2008

LESSON 030: TRIAL XM DAH BERAKHIR...

ASSALAMUALAIKUM....
SPM & PMR Trial xm dh berakhir. Cuti akan bermula esok. Pelajar2 seronok la, merdeka la kununnya. Tp jgn enjoy sgt, buat revision. Xm sbnr dh xlama. Gunakan masa yg terluang sebaik2nya. Plg penting jg kesihatan diri & keselamatan. Kalau blk kg cukup sifat semua, sempurna, masuk asrama blk nnt pastikan semua sempurna juga. Jgn ada pth riuk sana sini.

Buat cikgu2....xm dh habis ni, bab yg paling xbest 1x bila nk marking paper xm tu. berlambak2. Xlarat bila difikirkan. Macam AMBO ngajar B
io, ada 3 paper, ngajar 3 kelas, tiap kelas ada 30 org....kertas 1 ok la, pkai OMR. sekejap je. Yang lomahnya K2 n K3 yg jwpnnya subjektif. Jwpn bdk2 pulak mcm2...jem kepala otak nk pikir nk bg markah kt tang mana....hadui.....sabaq la no....Cuti ni kita berpesta la ye. Pesta tanda kertas, hahaha.....jangan mare!! nnt kena jual!!

Thursday, August 14, 2008

LESSON 029: ADUH...ADUH...XHBS2 DGN TROJAN!


Aduhai...kt skool AMBO ni xhbs2 ngn serangan trojan especially yg berpindah dr removable drive (pendrive, etc). Ada guru2 yg kurg alert tntg computer security, plug n play je bila cucuk p/drive mereka tanpa scan dahulu dgn a/virus yg ada.
natijahnya...tersebarlah pelbagai virus n trojan. Letih la mcm ni. Dah berminggu2 trojan Gamania mengganas. Asalnya membiak di PC B. Guru 1, ntah siapa yg membawanya. Habis tersebar ke laptop guru2 lain yg mencucuk t/drive kt situ. Nasib la. Dah puas scan, ada lg yg buat2 xingat @ memg xingat scan.
Geram pun ada juga.
Alhamdulillah, laptop AMBO selamat sbb AMBO sentiasa berwaspada n dptkan a/virus yg bagus.
Untuk guru2...sila la download stand-alone a/virus kt bwh ni. Xpayah install pun. terus RUN je.
DOWNLOAD :
DR. WEB CUREIT ANTIVIRUS
NINJA PENDRIVE (autoscan pendrive bila pendrive dicucuk kt USB)
FLASH DISINFECTOR (sama mcm NINJA PENDRIVE, tp bkn autoscan, utk trojan jenis Bha.dll)
STINGER

Harap2 dapat membantu la serba sedikit...

Wednesday, August 13, 2008

Tuesday, August 12, 2008

LESSON 027: RAISYA INFECTED WITH JAUNDICE



Huhuhu..........Cian kt Raisya, byk hari dok dlm wad. Kua drpd wad bersalin Hospital Ipoh pd hari Jumaat lepas, balik Terengganu. Sampai je kt rumah, terpaksa bawanya ke Hospital Besut sbb makin kuat kuningnya. 3 hari 2 malam la lepak kt wad jaga Raisya. Dah la Raisya kena tdo bwh UV light utk phototheraphy. Cian dia. siap kena pkai spek hitam g. Huhuhuhu.......

LESSON 026: AMBO DAH JADI PAPA...ALHAMDULILLAH!


ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah, tanggal 5.8.2008, pukul 6.58 ptg, lahirlah seorang permata hati Fazli & Wawa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Setinggi-tinggi kesyukuran Ambo panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana isteri & anak Ambo selamat blako2. Dua2 sihat wal'afiat. Baby pun cukup sifat & sempurna. Beratnya 2.9kg.
Ambo & isteri dah sepakat berikan dia nama WAFA RAISYA KHADEEJA (Kesetiaan, Pemimpin Raja, Ahli Perniagaan Berjaya/ Isteri Rasulullah).

Monday, August 04, 2008

LESSON 025: KISAH SEDIH SEORANG (???) AKU....

Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu,bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa.

Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra . Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.

Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar,..ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..

Sekarang aku sudah remaja he..he..Seronoknya!!Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya... orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang..Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya

Semalam,ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..

Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana .

Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf.. Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii... .aku niii... ..

cuma seekor kambing,?



So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?

LESSON 024: SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM & PMR

ASSALAMUALAIKUM.........
Che'gu nk ucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN kpd calon2 SPM & PMR yg bermula hari ini, 4 Ogos 2008. Semoga apa yg telah guru2 curahkan sepanjang 3@5 tahun ini, dpt dijadikan panduan apabila menjawab nnt. Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.

Kalau soalan tu susah sgt, byk2kan beristighfar, berselawat... insyaAllah, Allah akan bantu.

Allah S.W.T. berfirman,mafhumnya:
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Ini kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap."
(Surah Al-Insyirah : 1-8)

Erm...utk pljr2 yg ambil subjek Biologi, nota2 utk F4 dh di'update'kan smp subtopic 6.5 Absorption & Assimilation.

Selamat memuatturun dan melakukan revisi.....Good Luck!!!

Friday, August 01, 2008

LESSON 023: MARILAH...MARI...KITA MEMUAT TURUN....

Haluuuuuuuu.....
Ambo baru jah upload soalan2 trial past year utk rujukan pljr2 yg ingin membuat ulangkaji. Skema pun ada. tgk2 la tab kt sebelah kanan tu deh.

jgn lupa bg feedback. htr komen n cdgn.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE