Tuesday, September 23, 2008

LESSON 033: HATI-HATI BILA GUNA TANDAS DUDUK...

Assalamualaikum & salam Ramadhan...

Hari-hari dah berlalu...kini Ramadhan semakin meninggalkan kita.
Semoga Ramadhan kali ini berjaya mentarbiyyahkan jiwa kita.

AMBO di sini ada sedikit peringat la kepada pengguna-pengguna tandas.
Tiap2 hari kita mesti guna tandas kan? So, ada ingatan la. Untuk keselamatan semua, especially wanita2. Kebanyakan wanita suka gunakan tandas duduk ni, lebih selesa. tapi AWAS!!

Nak tau??? Download dokumen format pdf ni.......TANDAS DUDUK.

Tuesday, September 16, 2008

LESSON 032: MERINDU kenangan LALU



Alhamdulillah, puasa dah pun mencecah hari ke-16. Harap2nya ibadah & amal kebajikan kita semakin meningkat. Hidup sebagai perantau sgt byk dugaannya bila berpuasa dan berbuka. Macam2 kenangan bermain di minda.

Teringat zaman sekolah dulu, puasa budak2 asrama. Masa nk berbuka, berebut2 beratur.Kadang2 pukul6 dah ramai yang beratur ambik tempat kt dewan makan. Kalu minggu balik kg, byk la kueh muih n lauk pauk yg mak ayah bekalkan. Makanla same2 ngan kwn....tapi ada jgk yg mkn sorg2.Huhuhuhu....

Masa belajar kt U pulak, teringat saat2 berbuka kt masjid. Nak save budget. AMBo ingat lg, ada satu semester tu. Puasa masa awal2 semester...duit PTPTN xmasuk lg.Ramai la kaum kerabat berbuka kt masjid. Tapi....bila duit dh masuk, boleh kira dgn jari org kt masjid. Kalo kt UPM, ada 2 buah masjid. Masjid UPM dan masjid MARDI. Gilir2 la buka posa.hahaha....memang save amat. Makan pun sedap beb!!!

Tapi....antara byk2 tu, berbuka dgn family paling best.Memang xboleh lwn mskn mak la.Bila dok jauh2 gini, kena pulak bulan puasa...nk aje balik puasa kt rumah.

Isk, kalu ada 'Pandor Box'...leh la kembali ke masa lalu...betapa enjoynye saat jadi student!!!

To all my students....enjoy your moment as a student!!!!

Wednesday, September 10, 2008

LESSON 031: SELAMAT BERPUASA



ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Urm, dah msuk hari yang ke-10 kita berpuasa. nampaknya,dh hampir berakhir sepertiga yang pertama. Seperti sabda Nabi S.A.W., bahawa 10 hr yg pertama penuh dgn maghfirah (keampunan), 10 hari yg ke-2 rahmat(rahmat) dan 10 hari yg terakhir pelepasan diri dr api neraka.
dalam 10 hari ni, cuba2 kita muhasabah setakat mana dh amalan kita. setakat mana kita manfaatkan madrasah tarbiyah ramadhan ini. yang mana pahala berlipat ganda dikurniakan Allah.
paling penting amalan wajib harus diutamakan iaitu solat 5 waktu. di tambah dgn solat terawih, tadarus al-Quran dan lain2 lagi.
semoga kita mendapat manfaat darinya.
Insya-Allah. Wallahua'lam.

P/S : Anak AMBo dh berusia 37 hari pd hr ni. Smlm pegi klinik Gopeng, berat badan 4.15kg.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE