Thursday, December 24, 2009

::IKLAN: YAMAHA RXZ FOR SALE::

Salam.
Saje. Iklankan RXZ yg ku sayang. Guna sejak belajar kat universiti lagi. Banyak kenangan. Terpaksa jual sebab dah ada kekasih lain (Yamaha EGO). Moto banyak2 nak wtpe.


Masih dalam keadaan elok. Tahun 1994@96. Lupa. Geran ada kt kg. Road tax dah expired bln 8 lagi. Senang nk tukar nama. Kondisi masih ok, tip-top. Enjin skema (standard) dgn 6-speed. Tank, cover, tayar sume baru. Ada sport rim. Harga lebih kurang je. RM1800.00. Negotiable.


Ada ber.......ani?


 





Sunday, December 20, 2009

::SILHOUTTE KU::

Akhirnya...dapat juga tangkap gambar sillhoutte yang mabeles cantiknya. Beberapa shot kat Pantai Chenang, Langkawi tempohari.










Saturday, December 19, 2009

::DSLR FOR BEGINNER...NIKON or CANON?::

Assalamualaikum & salam 1Malaysia untuk semua.

Dah berkurun rasanya x menulis sebarang entri untuk blog ni. So, entri ni khas untuk langkapboy atas requestnya di chatbox Che'gu. Sebenarnya Che'gu pn masih di tahap beginner untuk DSLR ni. Hanya dapat berikan tips asas yang dirasakan perlu je berdasarkan pengetahuan semasa. Kalau ada terlebih terkurang, harap maaf la ye. Masih belajar walaupun saya ni cikgu. Cikgu Bio, bukan cikgu fotografi.


Langkapboy ada tanya, DSLR cmne sesuai utk beginner....Canon ke, Nikon...Abaikan jenama, gambar yang cantik, kreatif bukan bergantung kepada kamera jenama apa, berapa harganya tetapi penggunanya. Skil pengguna amat penting. Guna kamera kompak cap ayam pun, klu betul tekniknya mcm tahu apa aperture, shutter speed, ISO pun bleh nampak mabeles...

Macam saya, guna Canon 1000D je. Baru nak belajar. Dah ada duit lebih, baru sambar yang mahal sket. Kuasai dulu teknik fotografi. Nak juga try Nikon...tggu lagi 2,3 tahun la.kumpul duit dulu. Klu wt bisnes, bleh la guna yang mahal2. Kalo setakat hobi je, 1000D @ D3000 pun dah ok.

Ok,baca tips kt bawah ni. Semoga DSLR anda inginkan tu bertepatan dengan keperluan anda. Ni pun cilok dari internet. Ubahsuai sket....

How to know which camera suits you (for beginners):

1. know why you want a dslr.
kenapa nak DSLR? apa limitation yg u nak bolosi?dgn ini andaakan tahu dlm byk2 entry level dslr, yg mana akan memenuhi limitation tu. untuk hobi? Bisnes? Freelance?

2. know what kind of photo you want to take. 
makro? sports? portrait? wildlife? family?kenalpasti model yg memberikan paling banyak advantage pada jenis fotografi yg anda paling suka.

3. plan your future investment.
nak kumpul 10 lens? nak flash 3 bijik? nak beli telephoto 400mm?sesetengah brand senang dapat lens 2nd hand, ada yg offer telephoto murah, ada yg wide angle dia ultra mengancam. jika u rasa nak invest banyak, pilih la sistem yg memberi ruang besar untuk expansion. ask yourself- is this important to me?

4. research review model2 yg anda dah shortlist kat internet forum dan review. 
dari sini u dapat tahu kelemahan dan kelebihan model ni. saya habiskan 2 bulan untuk kaji ni sebelum pilih dslr saya.

5. what features are important to you?
Anda nak noise rendah, anti-dust, image stabilizer, CLS, fast AF, fast burst, lightweight body, live-view?

6. gi kedai atau jumpa member dan try. 
note: org akan hanya kata kamera dia paling best. jarang u dengar org kutuk kamera sendiri. so to know its weakness, ask others. people knows only 2 camera- the one he has and the one he wants to buy.

7. Tepuk poket, ada berapa bajet?
Paling penting ni...kalu bajet ciput...beli kamera yang bersesuaian la dgn bajet ciput tu. Around 2k is ok dah.

8. Perlu ke megapixel tinggi?
Sebenarnya, megapixel yang tinggi hanya mempengaruhi memory file utk foto tu. MP tinggi, kad memori anda juga perlu yang tinggi. Tapi kalau setakat ambil gambar untuk cuci saiz 4R, 5R, 12R...10.2 MP dah memadai. Jangan pilih kamera berdasarkan MP yang tinggi sahaja. Lagi tinggi MP, lagi mahal. Sedangkan kita xmemerlukannya.

9. decide on the most suitable model and get the best price from shops.
Pastikan anda tidak menyesal dengan pilihan anda. Anda yang menentukan kamera anda power ke tak...

ada banyak model entry level di pasaran skrg dan harga pun dah murah. byk model yg bagus2 dlm range 2k+ aje. know all you options, do your research well be a proud owner of dslr which suits you best. good luck.

Kalau nak survey, bleh tgk kt www.shashinki.com atau pun www.mudah.my
boleh survey dulu dan tengok review, ciri2 yang bersesuaian. Nak Nikon ke, Canon ke, Sony alpha ke...anda buat keputusan sendiri.

Wednesday, December 02, 2009

::INTERVIEW::

Pagi ni, Che'Gu bangun pagi2. Temankan isteri pergi temuduga SPP untuk mengesahkan lantikan jadi GST(Guru Sandaran Terlatih). Jadualnya pukul 10.30 pagi, di PKG Tasek, d/a SK Tasek, Ipoh. Pukul 9 dah keluar sebab nak bersarapan dulu. Icha pula terpaksa dibawa juga sebab Cik Yah@Mak (pengasuhnya) masuk wad 2 hari lepas gara2 diabetes. So. xboleh nak tinggalkan la si comel tu. Lagi satu sebab pegi awal, supaya xtergopoh-gapah. Nanti macam2 tak lengkap la, itu tertinggal la, ini lupa la. Mama boleh tenangkan diri.

Sebenarnya xtau PKG Tasek kat mana, nasib baik ada Wikimapia. Sempat zoom la semalam. Alhamdulillah, mudah je cari. Tepi jalan Sultan Azlan Shah (Utara). Yang xsedapnya, Mama kurang sihat. Pening kepala, sakit perut. Xsedap badan katanya. Agaknya tekanan darah Mama rendah.


Lama gile tunggu Mama habis temuduga. Dari pukul 10.30 pagi, dekat pukul 2 ptg baru siap. Kesian Icha.....kami lupa bawa susu bekal sebab ingatkan sekejap je. Biasa lepas mandi pagi dia akan tido, tadi xdapat tido sebab susu xde. Puas la Che'Gu bawak dia jalan2 sambil tunggu Mama-nya siap. Nasib baik Icha ceria je.

Tuesday, December 01, 2009

::GO BLOG (not goblok ek)::

Sekian lama tidak menulis entri.Antara malas dan kesibukan. Masing2 membelenggu diri untuk aktif berblog semula. Banyak perkara yang tertinggal untuk dikongsi bersama. Kepada pelajar2 Che'Gu, maaf kerana tidak sempat mengucapkan selamat mengharungi peperiksaan SPM. Kertas Biologi baru saja berlalu semalam. Harap semua dapat menjawab dengan baik. Dengar cerita, soalan yang keluar adalah tajuk2 yang selalu dibincang dalam kelas ulangkaji. Alhamdulillah.

Kepada yang menjalankan ibadah korban di Aidiladha...semoga ibadah korban anda semua diterima Allah.



Wednesday, November 18, 2009

::BERSARANG SUDA....:

Maaflah kepada semua followers (ceh!) sbb dah lama xupdate this blog. Dek kerana kesibukan peperiksaan dan sebagainya, Che'gu xde kesempatan nk hasilkan entri baru. Nak kongsi hobi baru pun dah lupa.

ini la sebahagian hobi baru.....





Nak tau lagi? Lawat Fotopages Che'gu.

Saturday, October 24, 2009

::BENGKEL EDUBLOGS::

Salam untuk semua pelawat blog yang xseberapa ni.

Hari ni baru ada masa lapang sedikit.(Memang sikit). Banyak lagi kerja perlu dibuat. Exam paper akhir tahun Bio f4 & Science f1 belum tanda lagi. Malahan, kertas2 ujian Pra-SPM baru siap tanda kertas 1. Kertas 2 & kertas 3 tak sempat nak usik pn lagi.

Hampir seminggu xpegi sekolah sbb terlibat sebagai penceramah/JU (lebih tepat, fasilitator sahaja, belum layak jadi penceramah) Bengkel Edublogs Sekolah2 Kelompok PKG Gopeng. Ada 2 siri. Siri 1, 19-20/10. Siri 2, 21-22/10. Bersama Cikgu Hafidz (SK Gopeng Jalan Ilmu) dan Cikgu Faizul (SK Gunung Panjang). Siri 1, semua guru2 media/ juruteknik komputer sekolah rendah. Semua Melayu. Siri 2, guru2 media/ juruteknik sekolah JKC/T dan sek. menengah. Penat jugak la, terutama siri 2. Ramai cikgu2nya masih rendah tahap profisiensi dalam IT. Nak sign-up email pn makan masa. Tapi Alhamdulillah, semua dapat buat blog yang asas untuk sekolah masing2.





Pagi Jumaat, 23/10, jumpa je pelajar2 F5, semua tanya ke mana Che'gu pergi. Lama xnampak katanya. Sorry la, especially kpd pelajar2 kelas gabung 5B/5F dan kelas 'Aiskrim' saya. Nanti saya cover balik masa yg terlepas tu dgn buat kelas petang. Next week. Harap dengan masa yang masih bersisa, Che'gu mampu membantu apa yang patut. Terutama kelas 'Aiskrim'. Jangan lupa target kita ye, mesti dapat 4B dan ke atas. Dapat 1A lagi bagus.





Tuesday, October 20, 2009

::MAJLIS PERTUNANGAN IZA & HAFIZ::

Salam untuk semua.

Pagi Ahad, 18 Oktober, Che'gu diminta oleh Pn. Hamidah (juga guru SBPI Gopeng) untuk menjadi jurugambar di majlis mertunangan anak sulungnya, Syafriza. Janji nak datang pukul 11am, tapi sampai lewat sedikit sebab ada kerja di Ipoh.

Sampai kat Taman Chandan Desa pukul 11.30 am. 30 minit lewat. Nasib baik majlis belum mula. Sedang elok sampai, rombongan meminang pun sampai la. Apa tunggu lagi, snap sana, snap sini la.







Tahniah & Selamat Bertunang diucapkan kepada Syafriza (Iza) dan Hafiz. Moga2 sampai ke jinjang pelamin. Masa bertunang banyak kena jaga. Very fragile period. Kena tolak ansur, tahu batas2nya....

Monday, October 19, 2009

::BELI TUDUNG KAT PASAR LOKENG::

Assalamualaikum & Salam ukhuwwah.

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan. Banyak sangat kerja.
Pagi semalam bawa isteri (Wawa@Mama Icha) ke Pasar Minggu Lokeng (che'gu xtau ejaan sebenar, dengar orang cakap je). Pasar ni dekat je dengan Memory Lane Ipoh yang femes tu. Pasar ni lebih kurang pasar kt Wakaf Che Yeh la@Pasar Minggu Machang, tapi kt Kelate lagi banyak pilihan la. Isteri dah mula jual tudung. So, pegi sana tu nak amik tudung dengan supplier. Tudung ala Ariani. Pegi dalam pukul 9 lebih lepas sarapan pagi kt kedai fevret, kedai pakcik Man di Medan Purnama.

Sampai sana, alhamdulillah, mudah dapat parking. Minggu lepas datang, full. Berpusing2 cari tempat parking. Dah sampai, terus cari supplier tu sebab pukul 11 ada janji dengan Cikgu Hamidah nak ambil gambar majlis pertunangan anak dia. Rushing jugak la. Sampai je, Mama Icha kelabu mata tengok banyak sangat koleksi tudung. Minggu lepas datang stok xbanyak. So, Che'gu tinggalkan Mama Icha dengan tudungnya. Che'gu bawa Icha jalan2 tengok kedai. Icha paling suka tengok ikan2 & kura2 comel kt gerai ikan hiasan. Che'gu beli la untuk Icha, nak letak dalam akuarium. Then pegi kat Mama Icha semula.

Sebab banyak sangat pilihan dan murah2, Mama Icha borong banyak tapi duit tak cukup. Maka Che'gu tinggalkan Icha pada Mama, then menapak cari ATM terdekat. Lalu la dekat Memory Lane yang femes dengan barang2 antik. Tengok kiri, tengok kanan, tiba2 ternampak tripod jenama Pentax 200. Tanya Bro. yang jual, dia cakap RM45 je. Nego punya nego, dia bagi RM40 je. Ok la tu. Che'gu surf kt Mudah.my pun RM45 tapi yang rendah punya. Apa lagi, sambar la. Nak beli baru, tengok kat ShaShinki.com mahal gila. Beratus2. Orang punya la ramai, nak berjalan pun kena menyelit2. Dah jumpa ATM, kuakan duit dan terus bayar harga tudung. Cakap kt Mama, kena cepat. Dah pukul 10 lebih.


Ni beberapa koleksi tudung FNWscarf

CEO (ahaks!) jadi terpaksa jadi model.

Berminat?

Murah je kalo nak banding dengan tempat lain.

Ni la tripod RM40 tu.

Wednesday, October 14, 2009

::CIKGU, ADA KALAT TAK?NAK PINJAM.::

Kejadian ni berlaku semalam. Masa budak2 f4 kalut2 nk masuk exam akhir tahun. Paper Fizik.
Aku tgh wt keja kt meja, tiba-tiba...

Girl 4B: Cikgu, ada 'kalat' tak? Nak pinjam.
Che'gu: 'Kalat'? 'Kalat' tu apa?
Girl 4B: Ala...'kalat' la cikgu. Ada tak?
Che'gu: 'Kalat' tu amende? Cakap la betul2...
Girl 4B: Eh, 'kalat' tu kalkulator la cikgu! Ada x?
Che'gu: Laaa....lain kali cakap betul2. Dok 'kalat'2, mana saya paham. Nah! (Sambil bagi kalkulator saintifik Casio)
Girl 4B: Mekasih cikgu...hehehee....(berlalu pergi sambil mengumpat2 pasal aku xtau apa 'kalat' dgn kawan dia - agak je.)

Alahai budak2 sekarang, mcm2 diubahnya bahasa, perkataan. Ikut suka. Sampai kita pun xfaham. Agaknya pengaruh bahasa SMS kot...

Wednesday, October 07, 2009

::PMR HARI INI!::

Walaupun Che'gu tak mengajar budak2 form 3, tetap ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN & SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon2 PMR SBPI GOPENG 2009.




MySpace Generators

Saturday, September 26, 2009

::RAYA YANG TAK RIA::

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Che'gu ucapkan kepada semua pelawat blog Che'gu ni. Juga kepada balaGURU (pengikut setia blog ni), dan pelajar2 Che'gu. Sejuta kemaafan dipohon sekiranya ada salah dan silap.

~HARI RAYA~
Sebenarnya Che'gu dah tiada rasa ingin beraya. Raya dah tak ria disebabkan suatu tragedi yang berlaku di malam raya (hanya disedari lewat petang raya pertama). Bila difikir2kan selalu, tensen pun ada. Tahun ni turn raya rumah mertua di Jerteh, Terengganu. Xkisah pun. Bukan jauh, lebih kuranh 45 minit je dengan rumah Che'gu. Pagi raya macam biasa je. Cuma Che'gu & Icha xberapa sihat. Icha demam & batuk dari 27 Ramadhan lagi. Pagi raya tu Icha macam dah ok sket tapi masih kurang aktif. Tengoklah gambar2nya, masam mencuka je. Kesian Icha. Sempatlah snap gambar sikit sebelum tahu tragedi bakal menimpa....















Dah selesai beraya di Jerteh, kami balik kampong datuk Che'gu di Machang, Kelantan selepas waktu Zuhur.

~MALANG TAK TERDUGA~
Selepas Asar, kami pulang ke rumah Ayah di Kuala Krai, Kelantan. Nak berkumpul dengan adik-beradik Che'gu. Malangnya, rasa gembira hari raya ternoktah pada pukul 6.45 petang. Apabila sampai di rumah, Mek (panggilan untuk mak Che'gu) dapati pintu dapur tidak berkunci dan dia syak ada orang pecah masuk ke dalam rumah. Bila disedari, kami mula buat spot-check untuk kenalpasti barang yang hilang. Masya-Allah, 3 buah laptop dah hilang. Dicuri. 2 laptop adik2 Che'gu dan 1 laptop Che'gu. Allahuakbar. Besarnya dugaan Allah raya tahun ni. Semua terkedu. Mood raya lesap bersama laptop yang dicuri. Selesai solat Maghrib, Che'gu ke balai polis untuk buat repot. Sekarang ni, Che'gu tak putus2 buat solat hajat setiap malam agar laptop tu dijumpai kembali dan pencuri tu dapat ditangkap. Sama2 tolong doakan ye. Perkembangan terkini, 1 laptop adik Che'gu dah dijumpai. Dibeli oleh orang kampong sebelah daripada si pecuri dengan harga RM400 je! Pencuri belum dapat dikesan dan dia adalah jiran berdekatan rumah Che'gu.










Salinan repot polis.

*Lagi cerita pasal raya akan menyusul setelah mood kecewa hilang. (T_T)

Wednesday, September 16, 2009

::RAMADHAN DIGANTI SYAWAL::

~RAMADHAN + SYAWAL~
Dah xbanyak hari tinggal untuk kita bersama Sang Ramadhan yang penuh berkat dan digantikan dengan kehadiran Si Syawal. Cube renung, muhasabah diri. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sudah? Atau sebaliknya? Semoga kita dikurniakan rahmat, pengampunan dosa dan bebas dari azab siksa api neraka oleh Allah S.W.T. Mungkin kita xkan berjumpa lagi dengan Ramadhan seterusnya. Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.

~KAU PERGI~
Hari Isnin, 14 September 2009, Che'Gu diberitahu oleh pelajar 4 Biruni bahawa rakan mereka, Khadijah Sabirah (Sabirah) telah berpindah sekolah. Mula2 terkejut juga, tapi sikit je la. Sebabnya dalam contact time minggu lepas En. Dzulkifli (Pengetua) ada beritahu tentang pelajar yang nak keluar. Tapi beliau kata tak akan keluarkan sebab dah akhir tahun. Tup2...Sabirah dapat keluar jugak. Itu yang terkejut sikit tu. Saya xtau la apa alasan Si Sabirah ni keluar saat2 akhir. Mungkin masalah pembelajaran ke, life kat asrama ke, masalah kawan2 ke, masalah dengan guru2 ke (harapnya tidak). Patutlah hari Sabtu lepas (12 Sept.) semasa Karnival Merdeka dia kelihatan menyendiri. Saya sempat usik2 dia. Dia ada minta nak tengok kamera sekejap, tapi saya usik2 cakap xboleh sebab takut rosak. To Sabirah, I'm really sorry for that. Harap awak xkeluar disebabkan silly reason. Semoga awak sukses di sekolah baru. Harapnya pilihan anda tepat untuk keluar dari sini. :(


~SELAMAT HARI RAYA~
Dikesempatan ini, f_B(fazlie_biosensei) ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H.
kepada semua pelajar2 saya khususnya pelajar2 1 FARABI, 4 BIRUNI, 4 MAARI dan 5 KINDI. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya mengajar kamu semua. Maaf zahir dan batin.
Pesanan saya, RAYA JANGAN SAMPAI LUPA DIRI.

Friday, September 11, 2009

::TRIAL SBP 2009 - P2 Q1::

QUESTION 1

(a) (i) Name the process by which root hair cells absorb water
          Answer: Osmosis
(1 mark)

      (ii)Define the process in (a)(i).
          Answer: (The net) movement of water molecules from a region of low solute concentration to a region of high solute concentration through a semi permeable membrane//movement of water from hypotonic region to hypertonic region.
(1 mark)

(b) Based on Diagram 1, which of the region of X and Y has
      (i) lower water concentration
          Answer: Y

      (ii)high water concentration
          Answer: X
(2 marks)
(c) Draw an arrow on Diagram 1 to show the movement of water in a root hair cells of plant R.
      Answer:
(1 mark)

(d) A farmer applied a large quantity of fertilizers on plant R. Predict and explain what will happen with plant R in a few days.
     Answer: F1 - Plant R will wilt
P1 - Excess of fertilizer causes the environment surrounding to be hypertonic to the cell sap
P2 - (a net) movement of water molecules from inside to outside of the cell by osmosis.
(3 marks)
(e) Photograph 1 shows two fresh raw eggs with their shells removed with acid which have been soaked for one hour into solution P and Q respectively.

Explain the process occur in both P and Q.
Answer:
P: F1 - fresh raw egg in P is floating
P1 - solution P is hypertonic to the cytoplasm of fresh raw egg.
P2 - (a net) movement of water molecules from the inside to outside of the cell by osmosis
Q: F2 - fresh raw egg in Q is sink.
P3 - solution P is hypotonic to the cytoplasm of fresh raw egg.
P4 - (a net) movement of water molecules from the outside to inside of the cell by osmosis.

Thursday, September 10, 2009

::SERABUT PERUT::

Rasanya hari sesuai sangat dinamakan HARI SERABUT PERUT.
Bagi aku, serabut perut sebab hari ini ada banyak P&P. 2 kelas T5 (5 period) dan 1 kelas T1 (2  period).
Bermula dari jam 8.35 pagi sampai la jam 2.10 petang. Rehat pun dalam 20-30 minit je. Penat! Xpela...Rasulullah SAW & para sahabat pun pergi perang dalam bulan Ramadhan. Inikan pula aku insan biasa. So, kelas byk dlm bulan puasa tu small matter la kot kalau nak banding dgn apa yg org2 terdahulu lalui.

Ni tengah SERABUT PERUT nak menjawab dalam Mesyuarat Post-Mortem Peperiksaan Percubaan PMR & SPM. Result Biologi boleh tahan jugak jatuhnya. GPK Biologi 2009 adalah 6.39 manakala GPK Biologi 2008 6.37. Masalah utama, ramai yang dapat 9G (28 orang)! Apa la alasan aku nak bagitau kalau pengetua tanya nanti..........

3.30 petang : Mesyuarat Post-Mortem ~ Agenda utama belum mula lagi. Banyak dok cerita hok kokse-kokdan. xtau la kul brape habis ni. Maunya buka puasa dalambilik mesyuarat ni....

Wednesday, September 09, 2009

::TRIAL SBP 2009 - P1 Part 2::

QUESTION 3
ANSWER:
REASON: P is alpha-helix polypeptide, Q is linear polypeptide and R is consists of more than 1 polypeptide.


QUESTION 4
ANSWER: B
REASON: Condensation is for combining two or more simple molecules to form a complex molecules. Hydrolysis is for breaking down complex molecule into simple molecule.


QUESTION 5
 ANSWER: B
REASON : Meiosis will reduce the number of chromosomes into halves.


QUESTION 6
ANSWER: C
REASON: Enzyme will not change/destroy after/by the reaction.

Monday, September 07, 2009

::SALAM NUZUL QURAN::

Assalamualaikum w.b.t. kpd semua.

Hari ini 17 Ramadhan. Suatu tarikh yang sangat besar ertinya kepada umat Islam. Tarikh turunnya Al-Quran ke dunia.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 Semoga kita dapat membaca, memahami dan mengamalkan segala ajaran Al-Quran. Ayuh gandakan ibadat di bulan Ramadhan dengan membaca Al-Quran.



WELCOME TO SCHOOL OF LIFE