Saturday, October 24, 2009

::BENGKEL EDUBLOGS::

Salam untuk semua pelawat blog yang xseberapa ni.

Hari ni baru ada masa lapang sedikit.(Memang sikit). Banyak lagi kerja perlu dibuat. Exam paper akhir tahun Bio f4 & Science f1 belum tanda lagi. Malahan, kertas2 ujian Pra-SPM baru siap tanda kertas 1. Kertas 2 & kertas 3 tak sempat nak usik pn lagi.

Hampir seminggu xpegi sekolah sbb terlibat sebagai penceramah/JU (lebih tepat, fasilitator sahaja, belum layak jadi penceramah) Bengkel Edublogs Sekolah2 Kelompok PKG Gopeng. Ada 2 siri. Siri 1, 19-20/10. Siri 2, 21-22/10. Bersama Cikgu Hafidz (SK Gopeng Jalan Ilmu) dan Cikgu Faizul (SK Gunung Panjang). Siri 1, semua guru2 media/ juruteknik komputer sekolah rendah. Semua Melayu. Siri 2, guru2 media/ juruteknik sekolah JKC/T dan sek. menengah. Penat jugak la, terutama siri 2. Ramai cikgu2nya masih rendah tahap profisiensi dalam IT. Nak sign-up email pn makan masa. Tapi Alhamdulillah, semua dapat buat blog yang asas untuk sekolah masing2.





Pagi Jumaat, 23/10, jumpa je pelajar2 F5, semua tanya ke mana Che'gu pergi. Lama xnampak katanya. Sorry la, especially kpd pelajar2 kelas gabung 5B/5F dan kelas 'Aiskrim' saya. Nanti saya cover balik masa yg terlepas tu dgn buat kelas petang. Next week. Harap dengan masa yang masih bersisa, Che'gu mampu membantu apa yang patut. Terutama kelas 'Aiskrim'. Jangan lupa target kita ye, mesti dapat 4B dan ke atas. Dapat 1A lagi bagus.





Tuesday, October 20, 2009

::MAJLIS PERTUNANGAN IZA & HAFIZ::

Salam untuk semua.

Pagi Ahad, 18 Oktober, Che'gu diminta oleh Pn. Hamidah (juga guru SBPI Gopeng) untuk menjadi jurugambar di majlis mertunangan anak sulungnya, Syafriza. Janji nak datang pukul 11am, tapi sampai lewat sedikit sebab ada kerja di Ipoh.

Sampai kat Taman Chandan Desa pukul 11.30 am. 30 minit lewat. Nasib baik majlis belum mula. Sedang elok sampai, rombongan meminang pun sampai la. Apa tunggu lagi, snap sana, snap sini la.







Tahniah & Selamat Bertunang diucapkan kepada Syafriza (Iza) dan Hafiz. Moga2 sampai ke jinjang pelamin. Masa bertunang banyak kena jaga. Very fragile period. Kena tolak ansur, tahu batas2nya....

Monday, October 19, 2009

::BELI TUDUNG KAT PASAR LOKENG::

Assalamualaikum & Salam ukhuwwah.

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan. Banyak sangat kerja.
Pagi semalam bawa isteri (Wawa@Mama Icha) ke Pasar Minggu Lokeng (che'gu xtau ejaan sebenar, dengar orang cakap je). Pasar ni dekat je dengan Memory Lane Ipoh yang femes tu. Pasar ni lebih kurang pasar kt Wakaf Che Yeh la@Pasar Minggu Machang, tapi kt Kelate lagi banyak pilihan la. Isteri dah mula jual tudung. So, pegi sana tu nak amik tudung dengan supplier. Tudung ala Ariani. Pegi dalam pukul 9 lebih lepas sarapan pagi kt kedai fevret, kedai pakcik Man di Medan Purnama.

Sampai sana, alhamdulillah, mudah dapat parking. Minggu lepas datang, full. Berpusing2 cari tempat parking. Dah sampai, terus cari supplier tu sebab pukul 11 ada janji dengan Cikgu Hamidah nak ambil gambar majlis pertunangan anak dia. Rushing jugak la. Sampai je, Mama Icha kelabu mata tengok banyak sangat koleksi tudung. Minggu lepas datang stok xbanyak. So, Che'gu tinggalkan Mama Icha dengan tudungnya. Che'gu bawa Icha jalan2 tengok kedai. Icha paling suka tengok ikan2 & kura2 comel kt gerai ikan hiasan. Che'gu beli la untuk Icha, nak letak dalam akuarium. Then pegi kat Mama Icha semula.

Sebab banyak sangat pilihan dan murah2, Mama Icha borong banyak tapi duit tak cukup. Maka Che'gu tinggalkan Icha pada Mama, then menapak cari ATM terdekat. Lalu la dekat Memory Lane yang femes dengan barang2 antik. Tengok kiri, tengok kanan, tiba2 ternampak tripod jenama Pentax 200. Tanya Bro. yang jual, dia cakap RM45 je. Nego punya nego, dia bagi RM40 je. Ok la tu. Che'gu surf kt Mudah.my pun RM45 tapi yang rendah punya. Apa lagi, sambar la. Nak beli baru, tengok kat ShaShinki.com mahal gila. Beratus2. Orang punya la ramai, nak berjalan pun kena menyelit2. Dah jumpa ATM, kuakan duit dan terus bayar harga tudung. Cakap kt Mama, kena cepat. Dah pukul 10 lebih.


Ni beberapa koleksi tudung FNWscarf

CEO (ahaks!) jadi terpaksa jadi model.

Berminat?

Murah je kalo nak banding dengan tempat lain.

Ni la tripod RM40 tu.

Wednesday, October 14, 2009

::CIKGU, ADA KALAT TAK?NAK PINJAM.::

Kejadian ni berlaku semalam. Masa budak2 f4 kalut2 nk masuk exam akhir tahun. Paper Fizik.
Aku tgh wt keja kt meja, tiba-tiba...

Girl 4B: Cikgu, ada 'kalat' tak? Nak pinjam.
Che'gu: 'Kalat'? 'Kalat' tu apa?
Girl 4B: Ala...'kalat' la cikgu. Ada tak?
Che'gu: 'Kalat' tu amende? Cakap la betul2...
Girl 4B: Eh, 'kalat' tu kalkulator la cikgu! Ada x?
Che'gu: Laaa....lain kali cakap betul2. Dok 'kalat'2, mana saya paham. Nah! (Sambil bagi kalkulator saintifik Casio)
Girl 4B: Mekasih cikgu...hehehee....(berlalu pergi sambil mengumpat2 pasal aku xtau apa 'kalat' dgn kawan dia - agak je.)

Alahai budak2 sekarang, mcm2 diubahnya bahasa, perkataan. Ikut suka. Sampai kita pun xfaham. Agaknya pengaruh bahasa SMS kot...

Wednesday, October 07, 2009

::PMR HARI INI!::

Walaupun Che'gu tak mengajar budak2 form 3, tetap ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN & SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon2 PMR SBPI GOPENG 2009.




MySpace Generators

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE