Thursday, December 24, 2009

::IKLAN: YAMAHA RXZ FOR SALE::

Salam.
Saje. Iklankan RXZ yg ku sayang. Guna sejak belajar kat universiti lagi. Banyak kenangan. Terpaksa jual sebab dah ada kekasih lain (Yamaha EGO). Moto banyak2 nak wtpe.


Masih dalam keadaan elok. Tahun 1994@96. Lupa. Geran ada kt kg. Road tax dah expired bln 8 lagi. Senang nk tukar nama. Kondisi masih ok, tip-top. Enjin skema (standard) dgn 6-speed. Tank, cover, tayar sume baru. Ada sport rim. Harga lebih kurang je. RM1800.00. Negotiable.


Ada ber.......ani?


 





Sunday, December 20, 2009

::SILHOUTTE KU::

Akhirnya...dapat juga tangkap gambar sillhoutte yang mabeles cantiknya. Beberapa shot kat Pantai Chenang, Langkawi tempohari.










Saturday, December 19, 2009

::DSLR FOR BEGINNER...NIKON or CANON?::

Assalamualaikum & salam 1Malaysia untuk semua.

Dah berkurun rasanya x menulis sebarang entri untuk blog ni. So, entri ni khas untuk langkapboy atas requestnya di chatbox Che'gu. Sebenarnya Che'gu pn masih di tahap beginner untuk DSLR ni. Hanya dapat berikan tips asas yang dirasakan perlu je berdasarkan pengetahuan semasa. Kalau ada terlebih terkurang, harap maaf la ye. Masih belajar walaupun saya ni cikgu. Cikgu Bio, bukan cikgu fotografi.


Langkapboy ada tanya, DSLR cmne sesuai utk beginner....Canon ke, Nikon...Abaikan jenama, gambar yang cantik, kreatif bukan bergantung kepada kamera jenama apa, berapa harganya tetapi penggunanya. Skil pengguna amat penting. Guna kamera kompak cap ayam pun, klu betul tekniknya mcm tahu apa aperture, shutter speed, ISO pun bleh nampak mabeles...

Macam saya, guna Canon 1000D je. Baru nak belajar. Dah ada duit lebih, baru sambar yang mahal sket. Kuasai dulu teknik fotografi. Nak juga try Nikon...tggu lagi 2,3 tahun la.kumpul duit dulu. Klu wt bisnes, bleh la guna yang mahal2. Kalo setakat hobi je, 1000D @ D3000 pun dah ok.

Ok,baca tips kt bawah ni. Semoga DSLR anda inginkan tu bertepatan dengan keperluan anda. Ni pun cilok dari internet. Ubahsuai sket....

How to know which camera suits you (for beginners):

1. know why you want a dslr.
kenapa nak DSLR? apa limitation yg u nak bolosi?dgn ini andaakan tahu dlm byk2 entry level dslr, yg mana akan memenuhi limitation tu. untuk hobi? Bisnes? Freelance?

2. know what kind of photo you want to take. 
makro? sports? portrait? wildlife? family?kenalpasti model yg memberikan paling banyak advantage pada jenis fotografi yg anda paling suka.

3. plan your future investment.
nak kumpul 10 lens? nak flash 3 bijik? nak beli telephoto 400mm?sesetengah brand senang dapat lens 2nd hand, ada yg offer telephoto murah, ada yg wide angle dia ultra mengancam. jika u rasa nak invest banyak, pilih la sistem yg memberi ruang besar untuk expansion. ask yourself- is this important to me?

4. research review model2 yg anda dah shortlist kat internet forum dan review. 
dari sini u dapat tahu kelemahan dan kelebihan model ni. saya habiskan 2 bulan untuk kaji ni sebelum pilih dslr saya.

5. what features are important to you?
Anda nak noise rendah, anti-dust, image stabilizer, CLS, fast AF, fast burst, lightweight body, live-view?

6. gi kedai atau jumpa member dan try. 
note: org akan hanya kata kamera dia paling best. jarang u dengar org kutuk kamera sendiri. so to know its weakness, ask others. people knows only 2 camera- the one he has and the one he wants to buy.

7. Tepuk poket, ada berapa bajet?
Paling penting ni...kalu bajet ciput...beli kamera yang bersesuaian la dgn bajet ciput tu. Around 2k is ok dah.

8. Perlu ke megapixel tinggi?
Sebenarnya, megapixel yang tinggi hanya mempengaruhi memory file utk foto tu. MP tinggi, kad memori anda juga perlu yang tinggi. Tapi kalau setakat ambil gambar untuk cuci saiz 4R, 5R, 12R...10.2 MP dah memadai. Jangan pilih kamera berdasarkan MP yang tinggi sahaja. Lagi tinggi MP, lagi mahal. Sedangkan kita xmemerlukannya.

9. decide on the most suitable model and get the best price from shops.
Pastikan anda tidak menyesal dengan pilihan anda. Anda yang menentukan kamera anda power ke tak...

ada banyak model entry level di pasaran skrg dan harga pun dah murah. byk model yg bagus2 dlm range 2k+ aje. know all you options, do your research well be a proud owner of dslr which suits you best. good luck.

Kalau nak survey, bleh tgk kt www.shashinki.com atau pun www.mudah.my
boleh survey dulu dan tengok review, ciri2 yang bersesuaian. Nak Nikon ke, Canon ke, Sony alpha ke...anda buat keputusan sendiri.

Wednesday, December 02, 2009

::INTERVIEW::

Pagi ni, Che'Gu bangun pagi2. Temankan isteri pergi temuduga SPP untuk mengesahkan lantikan jadi GST(Guru Sandaran Terlatih). Jadualnya pukul 10.30 pagi, di PKG Tasek, d/a SK Tasek, Ipoh. Pukul 9 dah keluar sebab nak bersarapan dulu. Icha pula terpaksa dibawa juga sebab Cik Yah@Mak (pengasuhnya) masuk wad 2 hari lepas gara2 diabetes. So. xboleh nak tinggalkan la si comel tu. Lagi satu sebab pegi awal, supaya xtergopoh-gapah. Nanti macam2 tak lengkap la, itu tertinggal la, ini lupa la. Mama boleh tenangkan diri.

Sebenarnya xtau PKG Tasek kat mana, nasib baik ada Wikimapia. Sempat zoom la semalam. Alhamdulillah, mudah je cari. Tepi jalan Sultan Azlan Shah (Utara). Yang xsedapnya, Mama kurang sihat. Pening kepala, sakit perut. Xsedap badan katanya. Agaknya tekanan darah Mama rendah.


Lama gile tunggu Mama habis temuduga. Dari pukul 10.30 pagi, dekat pukul 2 ptg baru siap. Kesian Icha.....kami lupa bawa susu bekal sebab ingatkan sekejap je. Biasa lepas mandi pagi dia akan tido, tadi xdapat tido sebab susu xde. Puas la Che'Gu bawak dia jalan2 sambil tunggu Mama-nya siap. Nasib baik Icha ceria je.

Tuesday, December 01, 2009

::GO BLOG (not goblok ek)::

Sekian lama tidak menulis entri.Antara malas dan kesibukan. Masing2 membelenggu diri untuk aktif berblog semula. Banyak perkara yang tertinggal untuk dikongsi bersama. Kepada pelajar2 Che'Gu, maaf kerana tidak sempat mengucapkan selamat mengharungi peperiksaan SPM. Kertas Biologi baru saja berlalu semalam. Harap semua dapat menjawab dengan baik. Dengar cerita, soalan yang keluar adalah tajuk2 yang selalu dibincang dalam kelas ulangkaji. Alhamdulillah.

Kepada yang menjalankan ibadah korban di Aidiladha...semoga ibadah korban anda semua diterima Allah.



WELCOME TO SCHOOL OF LIFE