Hari ini hari penting. Hari penuh makna. Tarikh ini telah diulang-ulang selama 29 tahun. Dulu sambut sendirian. Kini ditemani isteri dan 2 orang anak. Hadiah untuk tahun telah diterima lebih awal 1 bulan. 27.06.2010 lahirlah Muhammad Wafiy Rayyan. Terima kasih isteri tersayang, Noorul Wahidah kerana melahirkan seorang putera (Fazli Jr.) yang tersangat comel. Inilah hadiah paling besar sepanjang hidup ini. Syukur pada Yang Maha Esa.
Kata orang, usia hanyalah nombor. Aku setuju juga. Pengisian kehidupan paling penting, terutama bagi yang bergelar Muslim. Apa yang boleh dibanggakan dengan usia yang banyak tapi tak membawa apa2 kebaikan khususnya kepada diri sendiri.
Ironisnya, tarikh2 lahir dalam keluargaku sangat unik. Tarikh lahir Rayyan seolah-olah refleksi tarikh lahir aku. Rayyan 27.06, aku punya 26.07. Tarikh lahir Icha (KakYong) pula sama dengan mamanya, cuma bulannya sahaja berbeza. Icha 05.08, Mamanya 05.04. Sangat unik. Coincidence. Rayyan, Papa & Icha boleh sambut birthday sama2 sbb tarikhnya dekat2. Cian kt mama celebrate sorang2. Hehehe.....(kami sentiasa ada disisi mama).
Monday, July 26, 2010
Wednesday, July 21, 2010
~PENING~
Hari ini rasa kurang sihat. Kurang bertenaga & semangat untuk mengajar. Badan rasa penat. Kepala rasa pening dari malam tadi lagi. Tekak rasa pedih2. Seolah2 akan dapat selsema. Icha pun batuk2 semalam, sampai termuntah.
Cuma berharap & berdoa, bukan tanda2 Seorang Berdarah Tinggi (SBT). Hehehe...sebab semalam ada nazir datang ke sekolah untuk menilai bagi penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Pening segala2.....
Dalam pening2 tu, alhamdulillah, silibus Bio form 5 dah hampir habis. Hari ini dah masuk bab Inheritance, ABO Blood Group. Minggu depan dah boleh mula buat latih tubi. Percubaan dah makin dekat.

Tuesday, July 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)