Wednesday, October 29, 2008

LESSON 063: Bertimbang Rasa La.....

Hari ni aku still lg cuti, skool aku amik cuti berganti utk Deepavali. Kesempatan tu aku gunakan utk selesaikan bil2 yg ada. Aku ke Kampar utk masukkan duit dlm akaun Maybank isteri aku, sambil2 byr loan kereta. Then ke CIMB, nk request pin number utk online banking CIMBCLICKS. Aku lupa no pin masa nk login utk online banking. so, terpaksa request yg baru la. Bukan apa, senang nk byr bil2 utiliti. Malas nk beratur kt pjbt pos, bank utk byr kad kredit, bil air, astro, letrik, telefon.

Dh selesai urusan kt Kampar, terus balik Gopeng. Tapi terpaksa jugak pegi pejabat pos, nk renew lesen isteri. Masa nk smpai kt pejabat pos, kebetulan...aku nmpk org ramai berkumpul kt simpang antara pejabat pos n balai polis gopeng. Mula2 aku nmpk ada sebuah motor berkecai kt tengah2 jln. Motor 125Z. "Oh, ada xcident rupenya!"

Then aku masuk kt laman pejabat pos n parking motor Yamaha EGo aku. Aku nmpk ada sebuah teksi proton wira tersadai kt tgh2 simpang, pintu depan sblh kiri kemek, cermin depan, cermin pintu depan (kiri kanan) pecah berderai. Aku tgk drivernya muka penuh darah, baju basah dgn darah, Melayu.

Aku masuk pjbt pos dulu, amik nombor giliran. Aku tgk turn aku lmbt lg, aku keluar kejap tgk keadaan. Yg naik motor tu rupenya budak India. Terbaring kt tepi jln, nyawa2 ikan. Ramai jugak yg berkerumun keliling dia, esp org2 India jgk. Tggu ambulans dtg. Teruk jugak aku tgk, seluar hbs koyak, lengan koyak smpai nmpk isi (kale putih...eiii!). Klu ada kamera td memang aku dh amik gmbr. Tp xtau menda gitu nk jd. Then aku gi tgk lak pakcik driver teksi tu, leh thn jugak keadaan dia. muka memg berdarah la, kena cermin pecah, org tua lak tu, badan gempal2 sket, org Taman Kinta.Gambar Hiasan je - xde kaitan dgn citer aku

Tgkkan impact pada motor n kereta tu, aku agak moto tu memg laju gila la. Sbb berkecai, dia hentam sisi kiri kereta tu. Agaknya kereta tu dr arah Kampar n nk masuk simpang. Motor pulak dr arah Ipoh. Memg jln dkt dgn Esso Gopeng (dr arah Ipoh) tu sedikit menuruni bukit, so aku expect motor tu memg laju la.

Tgh aku dok syok tgk2 tu, ada mamat Melayu dtg kt aku. Dok mengomel, ckp jln sini bahaya la. Tiba2 terpacul kt mulut dia, "Eh, tgk nombor plet teksi. Tgk la, kot naik!". Erks...sleck betul la mamat ni. Ingat aku kaki nombor ekor ke, buat malu umat Islam je. Dgn selamba dia pegi dpn teksi tu n perati nomobr plet. Lantak la!!!

Aku terus belah n masuk pjbt pos semula. Tgh lepak2 tggu turn utk ke kaunter, "Itu simpang aaa...tadak baik la. Saya punya adik suda dua worang mati!". Aku dgr uncle India yg dok sblh tu bercakap dgn sorg pakcik berkopiah.

Urmm...aku rasa bukan jln tu yg salah, kita manusia yg silap. Xde timbang rasa. Sepanjang aku dok kt Gopeng ni, jd pemandu kereta @ motor memerlukan ksbrn yg tggi sbb org2 kt sini memg bwk kereta, motor ikut suka ht. Nk keluar masuk simpang xreti nk bg signal. Bwk slow tp dok lorong laju, naik motor dok tgh2 jln. Xkira la, Melayu ke, CIna ke India sume sama. Masing2 xnk bertimbangrasa, bertolak ansur. Kalo kita yg bwk kenderaan dh berhati2 pn, ada org lain pulak yg cuai. Sebenarnya kesedaran kena ada pada semua individu. Kerajaan dh habis byk duit utk jlnkan kempen keselamatan jalanraya.

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE