Monday, May 18, 2009

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum w.b.t.

Che'Gu nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada bekas pelajar2/masih pelajar saya yang masih ingat untuk mengirimkan ucapan selamat semepena HARI GURU 2009. Terasa diri ini masih dihargai dan diingati. Itu yang bestnya jadi guru.

Entri ni Che'Gu muatkan mesej2/ ucapan yang Che'Gu terima sehari dua ni.

SMS :
Cikgu Kamaruzairi - Guru bukan macam skateboard, Belum main, gilap, Bila main, pijak. Guru bukan macam bola sepak. Belum dapat, kejar. Dah dapat,tendang. Guru juga bukan macam bulu tangkis. Belum main, pegang. Masa main, pukul. Guru IBARAT macam bola ragbi. Belum dapat, rebut. Dah dapat, lindung. Guru macam jari, lukanya sembuh sendiri. Tapi hilangnya tiada ganti. SELAMAT HARI GURU
CheGu: Cukup mendalam maksudnya tu, terima kasih kawan.

Aina_SPM'o7 - Selamat Hari Guru, cikgu. Jasamu dikenang sentiasa.
Che'Gu - Terima kasih banyak2.

Shakira Hana_SPM'06 - Slm, ckgu Fazli. Selamat hari guru.
Che'Gu - Alhamdulillah. Terima kasih sbb masih ingat.

+601752163xx - Selamat ari guru, cikgu.
Che'Gu - Erks!~ lupa nak tanya sape. APa2 pun, mekasih.

Nuraa Ashikin ABd. Ghani Yolhamid -

salam cikgu..
Che'Gu - Terima kasih.

Shahira bt. Ramli - HAPPY TEACHER'S DAY..SELAMAT HARI GURU..بارك الله فيك
Che'Gu - Terima kasih

Zaza Syamimi - salam cikgu..happy teachers' day!may Allah bless u always..thanx 4 everything!
Che'Gu - Thanx 4 da wish.

Aina - salam cikgu..HAPPY TEACHER'S DAY!! terima kasih utk segalanya.. Doakan aina ekk..
Che'Gu - Terima kasih. Doa saya mengiringi semua anak2 pelajar.

Nurul Afifah Ahmad Powzi - cikgu, HAPPY TEACHER'S DAY may ALLAH bless u forever tima kasih utk semua ilmu dan budi baik cikgu :)
Che'Gu - Terima kasih. Ilmu yg saya kongsi xsampai setitik pun drpd lautan ilmu ALLAH.

Amy Zuhaira - oh happy teacher's day btw! ;)
Che'Gu - Terima kasih. Sentiasa meng'update'kan diri slalu.

Nurhayati bt. Azman - SELAMAT HARI GURU
Che'Gu - Terima kasih

Azreen Yahaya - selamat hari guru..
Che'Gu - Arigato gozaimasu

Musyirah Kamaron -
Che'Gu - Syukran jazilan.
Nurul Husna bt. Zulkurnain - assalamualikum ckgu fazli, selamat hr guru.. maaf lmbat.. trima kasih ats segalanye..jasamu dkenang. sy doakn smg ckgu n family dmurahkn rezeki, jauh dr azab api neraka dn dbukakn pintu syurga.teruskn usaha dlm mendidik ank bgsa..
Che'Gu - Terima kasih. Insya-Allah. Andai diberikan kekuatan oleh-Nya, Che'Gu akan terus berbakti.

Norsaakella - salam, cikgu~selamat hari guru, jasamu dikenang~terima kasih atas segalanya...^^
Che'Gu - Thanx. Belajar rajin2, tabahkan diri. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.


Terima kasih kepada semua, tanpa anda siapalah saya.

Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini ditujukan khas untuk semua warga pendidik.

Esok 16 Mei 2009. Bagi insan yang bergelar guru@cikgu, ianya adalah tarikh yang bermakna. Disambut saban tahun. Sebagai penghargaan kepada diri pendidik.

Di sini, Che'gu nk ucapkan TERIMA KASIH CIKGU2 yang pernah mengajar tulis dan baca, berkongsi ilmu mendidik anak bangsa. Guru semasa Tadika, Guru2 SRK Sultan Yahya Petra, SK Sg. Embak (Sir Visva, Cgu Zaharah, Cgu Haslan, Cgu Kamarul, Pn. Hjh. Sariah - Guru Besar, Cgu Seniwati, dll), guru2 SMKA Falahiah (Cgu Tn. Hasmah, Cgu. Bustaman, Cgu. Abd. Rahman, Cgu Che Deraman, Ust. Shukeri - Ketua Warden, Allahyarham Ust. Che Man (PK HEM), Cgu Ghazilan, Ust. Abd. Rahim- Mudir, Ust. Che Hussain, Cgu Arina, Cgu Zamri, Cgu Zolkapli dan lain2 -lupa la). Tidak dilupakan, pensyarah2 Matrikulasi Sains Hayat UPM (1999/2000) dan pensyarah2 Fakulti Sains Makanan & Bioteknologi UPM serta pensyarah2 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kuala Terengganu (IPGM Dato' Razali Ismail).

Ada nama2 yang Che'gu dah lupa, tapi jasa mereka tetap dikenang ke akhir hayat. Mungkin ada di antara mereka telah tiada di dunia ini. Terima kasih cikgu. Andai ada kesilapan harap dimaafkan.

Thursday, May 14, 2009

K.E.M.B.A.L.I.

Assalamualaikum.
Salam untuk semua.

Akhirnya, dapat kembali ber'blogging'. Dek kerana kesibukan tugas sbg guru akademik, guru ICT, suami dan bapa....aktiviti sebegini semakin dilupakan.

Bila fikir2, rasa malas pn ada bila terlalu byk perkara yg nk dibuat. so, kena fikir 1st thing 1st lah.

Sudah lama che'gu x berkongsi cerita. Skarang klu ada masa pn, hanya 'upload'kan nota sahaja. Mungkin pelawat blog ni pn boring. Tiada apa yg menarik,nota, nota dan nota. Ahh....pening!

Terlalu byk peristiwa yg nk dikongsikan sbb dh lama x tulis en3.

Mula2 nak ucap SELAMAT HARI IBU (walaupun dah agak lewat) kepada ibunda tersayang, PN. FARIDAH BINTI HJ. MAT YAMAN. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan, mendidik diri ini sehingga ke tahap sekarang. Jasamu xkan aku lupakan, akan dikenang sepanjang hayat. Wang berjuta, limpahan harta xmungkin dapat melunaskan hutang budi Mek (panggilan untuk ibu che'gu) walau sekelumit.

SELAMAT HARI IBU juga untuk MAMA (isteri che'gu yang tercinta - NOORUL WAHIDAH BT. CHE MAT). Terima kasih kerana melahirkan ICHA (WAFA RAISYA KHADEEJA) yang menjadi penyeri hidup kita berdua. Semoga menjadi ibu yang mithali. WE LOVE YOU VERY MUCH!!!

Juga SELAMAT HARI IBU untuk semua IBU2 di seluruh alam maya ini. Andalah iu yang terbaik!!!!

Hujung minggu baru2 ni, che'gu & wife bawa Icha jalan2 ke Eco Park, Bandar Seri Botani. Apa yang menarik kat sana? Hurm...Cikgu Sobri yang bgtau, kt sana ada kolam ikan. Ikan2nya besar2 belaka. Ada ikan jelawat, patin, keli Afrika. Jinak pulak tu. Kalau dicampak roti, berkerumun ikan2 datang nak makan. Waa...macam best je. Che'gu pun ajak la wife pergi sana, jalan2.

Dari Gopeng, drive smp la kat trafic light Riamoda, belok kiri (jalan nak ke Lahat). Then jumpa 1st trafic light, belok kanan. Nampak la tangki air tertulis Bandar Seri Botani. Cari punya cari (sampai sesat...hahaha) lastly, jumpa jugak Eco-Park yang dimaksudkan tu.

Mak-aih, ramainya orang. Parking kereta pun susah nk dapat. semua penuh. Tp last2 dapat jugak la. Kami dah bawak roti Gardenia yang expired, nak bg makan kt ikan2. Bila sampai je, terus cari port nk bg makan ikan. Cari tempat xde orang & redup.

Dah jumpa!!! Pergh...best gile tgk ikan2 besar menyambar kepingan2 kecil roti. Icha excited & minta roti jugak. Tapi bukan nk bg kt ikan, tp nk makan sendiri. Huish!!! Roti dh expired & berfungus la Icha.

Memang best, aman je rasa. Tenang minda & jiwa. Eco-Park ni sesuai untuk semua esp yg ada family, anak2 kecil. Kt sini byk facilities utk riadah. Mcm2 alat senaman.

Senang2 datang la bawa family...
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE