Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini ditujukan khas untuk semua warga pendidik.

Esok 16 Mei 2009. Bagi insan yang bergelar guru@cikgu, ianya adalah tarikh yang bermakna. Disambut saban tahun. Sebagai penghargaan kepada diri pendidik.

Di sini, Che'gu nk ucapkan TERIMA KASIH CIKGU2 yang pernah mengajar tulis dan baca, berkongsi ilmu mendidik anak bangsa. Guru semasa Tadika, Guru2 SRK Sultan Yahya Petra, SK Sg. Embak (Sir Visva, Cgu Zaharah, Cgu Haslan, Cgu Kamarul, Pn. Hjh. Sariah - Guru Besar, Cgu Seniwati, dll), guru2 SMKA Falahiah (Cgu Tn. Hasmah, Cgu. Bustaman, Cgu. Abd. Rahman, Cgu Che Deraman, Ust. Shukeri - Ketua Warden, Allahyarham Ust. Che Man (PK HEM), Cgu Ghazilan, Ust. Abd. Rahim- Mudir, Ust. Che Hussain, Cgu Arina, Cgu Zamri, Cgu Zolkapli dan lain2 -lupa la). Tidak dilupakan, pensyarah2 Matrikulasi Sains Hayat UPM (1999/2000) dan pensyarah2 Fakulti Sains Makanan & Bioteknologi UPM serta pensyarah2 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kuala Terengganu (IPGM Dato' Razali Ismail).

Ada nama2 yang Che'gu dah lupa, tapi jasa mereka tetap dikenang ke akhir hayat. Mungkin ada di antara mereka telah tiada di dunia ini. Terima kasih cikgu. Andai ada kesilapan harap dimaafkan.

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE