Monday, June 22, 2009

::aduhai::

Kantoi!!

Sibuk. 1 perkataan yang sesuai untuk che'gu gambarkan keadaan sekarang. Sudah lama tidak ber'blogging'. Mood blogging pun dah jadi suam2 taik ayam dah.

Kalut. Kalut dengan segala kerja yang mengejar waktu. Komitmen sebagai pendidik banyak memerlukan tumpuan, blog ini terpaksa diabaikan buat sementara waktu.

Ganggu. Talian internet kt sekolah sering ada gangguan. Tidak dapat melayari dengan hati yang gembira. (hahaha...). Talian internet di rumah, no problem. Cuma si kecil Raisya akan menumpang ingin ber'blogging' bersama papanya bila melihat papa senang-lenang duduk di depan PC mama ni.

Bahaya. Penularan H1N1 di negara kita makin serius (boleh ke guna perkataan ni??kot xsesuai ke??). Penularan tempatan dah ada. Terbaru, dua buah sekolah di Lembah Kelang di arah tutup kerana ada pelajar yang menunjukkan tanda2 jangkitan H1N1. So, better be carefull.

Percubaan. Periksa percubaan PMR dan SPM dah makin dekat. Kena cepat2 habiskan silibus & buat revision. Untuk SPM, dijangka bermula 8.8.09 (SBP sahaja).

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE