Thursday, November 25, 2010

~JABATAN SAINS & MATEMATIK 2010~


Thursday, October 07, 2010

~MINGGU PENUH KEGUSARAN~

Assalamualaikum.


Kenapa gusar? Hidup ini penuh dengan ujian. Life is a test, right? Ada ujian buatan manusia & ada ujian dari Allah.

  1. Ujian ciptaan manusia
    • Minggu ni bermulanya PMR 2010 pada 5/10/2010. Yang menggusarkan Che'Gu, Sains. Yup, Sains. Cukup2 merisaukan dengan reaksi pelajar apabila keluar dewan peperiksaan tengahari tadi. Wajah yang kurang ceria, lantas terpacul dari mulut mereka, "Cikgu, kenapa susah sangat soalan Sains tadi? Rasa macam nak mati je nak jawab." Che'Gu dah agak, mesti ayat2 yang seangkatan akan terkeluar bila tengok body language mereka tadi. "Sabar je la, doa-doakan keputusan awak cemerlang." Itu je yang mampu Che'Gu ucap sebab Che'Gu tak tengok pun lagi soalannya.
  2. Ujian dari Allah.
    • Inilah yang paling sukar. Sejak beberapa hari ini, putera & puteri Che'Gu (Rayyan & Raisya) kurang sihat. Si Kakak (Icha) batuk sampai suara jadi serak. Waktu malam bila nak tidur, minum susu & batuk2.....muntah la jawabnya. 2,3 kali tukar baju.
    • Si Adik (Rayyan) pulak, batuk juga. Macam ada kahak dalam kerongkong. Rasanya sejak awal kelahiran lagi. Risau 1 je, asthma. Malam tadi cirit-birit pula. Dah la kat kuarters guru SK Merchong Jaya takde air. Kesian.Tadi Mama bawa baby ke klinik.
  • Mama: Pa, risau la ngan baby.
  •  Che'Gu: Kenapa?
  • Mama: Tadi Dr. bagitau, baby macam nak asma/lelah je. Kalau demam & hidung berair, boleh jadi paru-paru berair (pneumonia).
Tergamam sekejap. Harap2 bukan macam tu la. Dah la jauh dengan klinik. Che'Gu pulak ada kat Gopeng ni. Mereka kat Bebar/Rompin, Pahang. 7-8 jam perjalanan. Kalau sejam dua boleh juga rush kena sana. Semoga Allah pelihara kesihatan & kesejahteraan Mama & Rayyan di Pahang sana. 


Paling sedih, minggu ni tak dapat pergi. Sabtu ni sekolah ganti. Next week pulak ada PTK. next next week (23hb) pn sekolah berganti jugak. sebulan jugak la tak dapat jumpa Mama & baby. Kesian Icha, tak dapat main dengan adiknya.

Monday, July 26, 2010

~HARI PENUH MAKNA~

Hari ini hari penting. Hari penuh makna. Tarikh ini telah diulang-ulang selama 29 tahun. Dulu sambut sendirian. Kini ditemani isteri dan 2 orang anak. Hadiah untuk tahun telah diterima lebih awal 1 bulan. 27.06.2010 lahirlah Muhammad Wafiy Rayyan. Terima kasih isteri tersayang, Noorul Wahidah kerana melahirkan seorang putera (Fazli Jr.) yang tersangat comel. Inilah hadiah paling besar sepanjang hidup ini. Syukur pada Yang Maha Esa.


Kata orang, usia hanyalah nombor. Aku setuju juga. Pengisian kehidupan paling penting, terutama bagi yang bergelar Muslim. Apa yang boleh dibanggakan dengan usia yang banyak tapi tak membawa apa2 kebaikan khususnya kepada diri sendiri.


Ironisnya, tarikh2 lahir dalam keluargaku sangat unik. Tarikh lahir Rayyan seolah-olah refleksi tarikh lahir aku. Rayyan 27.06, aku punya 26.07. Tarikh lahir Icha (KakYong) pula sama dengan mamanya, cuma bulannya sahaja berbeza. Icha 05.08, Mamanya 05.04. Sangat unik. Coincidence. Rayyan, Papa & Icha boleh sambut birthday sama2 sbb tarikhnya dekat2. Cian kt mama celebrate sorang2. Hehehe.....(kami sentiasa ada disisi mama).

Wednesday, July 21, 2010

~PENING~

Hari ini rasa kurang sihat. Kurang bertenaga & semangat untuk mengajar. Badan rasa penat. Kepala rasa pening dari malam tadi lagi. Tekak rasa pedih2. Seolah2 akan dapat selsema. Icha pun batuk2 semalam, sampai termuntah.


Cuma berharap & berdoa, bukan tanda2 Seorang Berdarah Tinggi (SBT). Hehehe...sebab semalam ada nazir datang ke sekolah untuk menilai bagi penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Pening segala2.....


Dalam pening2 tu, alhamdulillah, silibus Bio form 5 dah hampir habis. Hari ini dah masuk bab Inheritance, ABO Blood Group. Minggu depan dah boleh mula buat latih tubi. Percubaan dah makin dekat.

Tuesday, July 20, 2010

~MY PRINCE~

His name is Muhammad Wafiy Rayyan bin Muhd Fazli. He born on June 27th, 2010 with 3.1 kg weight.






Monday, June 14, 2010

~PENYENGAT~

Dah 2 hari berturut2....
Tak pasal2 kena sengat dengan penyengat (org Kelate panggil Peringat!). Sakitnya bukan kepalang.
Semalam, masa dok alihkan penyidai mudah alih....'piap!'. Pergh, tiba2 terasa pedih kat belakang tapak tangan kiri. Bengkak. Disengat peringat. Tak tau dari mana datangnya. Cuba2 intai kat sekitar pokok sentul, tak jumpa.
Terus naik ke rumah, sapu MOPIKO. (Terima kasih MOPIKO!). Terus hilang rasa sakit. Bengkak makin hilang.




Pagi ni keluar ke pasar Jerteh dengan van mentua sebab mak mentua (Mok Ni) nak tukar periuk besar. Nak beli flask nasi sekali. Kalau pegi dengan Viva, mana muat. Balik dari pasar, parking van kat bawah pokok sentul sebab nak teduhan. Mama & Icha (tertido) turun dan Mama tak tutup pintu van dengan rapat. Maka, aku ke sebelah kiri van nak tutup pintu supaya rapat dan dapat dikunci. Tiba2 je aku kena serang, kurang 2 saat aku dh kena 4 sengatan. 2 di bibir atas, 1 di leher dan 1 di belakaang bahu kanan. Pedih. Bibir dah rasa bengkak. Cepat2 aku naik ke rumah, basuh kesan sengatan dan sapukan dengan MOPIKO. Sekarang ni bibir rasa bengkak lagi tapi dah tak sakit.


Sangat2 bersyukur sebab bukan isteri & anak yang kena. Lepas tu, terus aku cari sarang peringat tu. Memang dekat sangat2 dengan pintu kereta tu. Kalau la anak aku yg kena, tak tau la camne di meraung kesakitan. terus aku cari penyembur aerosol Ridsect & ambush balik peringat tu. Tak tau la dah mati ke terbang ke mana. Ada sarang je yang tinggal.

Friday, May 21, 2010

~POTLUCK AGAIN!~

Salam untuk semua.

Hari ni dah masuk sebulan tak menulis entry untuk blog ni. Entah, semacam ada 'sesuatu' yang menghalang. Sedang mencari apakah 'sesuatu' itu.

16 Mei dah lepas, walau pun dah beberapa hari tapi masih nak ucap juga "SELAMAT HARI GURU". Untuk semua warga pendidik yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa walaupun ada segelintir memandang rendah profesion yang pernah dianggap mulia dan tinggi di mata masyarakat suatu masa dahulu. Khususnya untuk cikgu2 yang pernah mengajar insan biasa ini, Muhd Fazli bin Dollah. Cikgu2 semasa tadika KEMAS(1987), guru2 di SRKSultan Yahya Petra(1) (1988), guru2 SK Sg. Embak (1989-1993) - Cikgu Huslan, Cikgu Zaharah, Cikgu Kamarul, Sir Visva, Cikgu Mat Zai, Cikgu Mazman, Cikgu Fauzi, Cikgu Mazlan, Cikgu Seniwati, Cikgu Ramlah (itu je antara yang saya ingat). Tidak lupa kepada guru2 di SMKA Falahiah, Pasir Pekan seperti Cikgu Bustaman, arwah Ustaz Mat Awang, Cikgu Asnawi, Cikgu Ghazilan, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu CD (Che Deraman), Cikgu Rozidah, Cikgu Tuan Hasmah, Ustaz Shukri, Ustaz Mat Hussin, Ustaz Abdullah, Cikgu Arina, Cikgu Zamri dan ramai lagi la. Terima kasih atas didikan dan ilmu yang telah dicurahkan. Kini saya pun menjadi seperti kalian, Guru juga.

Hari ini, Bilik Guru 1 telah adakan jamuan atau 'potluck'. BG1 memang suka buat makan2. Kali ni dengan tema makanan ala barat. Mcm2 menu ada. Pizza, macaroni bakar, salad buah, french fries, wedges, puding, coleslaw, kek Secret Recipe dan banyak lagi la. Tapi Che'gu lupa nak ambil gambar makanan. Terlupa. Hihiihi.....hanya gambar orang yang memakan makanan sahaja sempat dirakam. Sesi fotografi khas untuk cikgu2....Action!!!








Tuesday, April 20, 2010

~LENSA CHE'GU@HAC7-2010~

Salam untuk semua. 
Che'Gu tiada ilham nak menulis entri. Hari Jumaat lepas (16 April), Che'gu jadi jurugambar untuk JK Dokumentasi. Harap faham cerita bergambar ni. Hihihi.....
Amiin.
Sebahagian daripada guru-guru lelaki SBPI Gopeng
Sebahagian guru-guru perempuan SBPI Gopeng
Dari kiri: Pn. Mahriza, Cik Norazima & En. Amirul
Tetamu Khas, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar b. Mahmud,
Pengarah Institut Aminuddin Baki.




Ustaz Sukri mengetuai bacaan doa.
Gembiranya Farah Hanin....apa yang Diyana beritahu?

Sahabat seperjuangan, WanZu, Aruzelan & Khairi.
Kali terakhir terima, tahun 2007 (untuk SPM 2006).

Monday, April 05, 2010

~BEDAH KATAK KE BEDAH TIKUS?~

Salam untuk semua.

Dah lama Che'Gu tak bercerita, ber'blogging'. Pagi tadi, baru sahaja lepas kendalikan kelas tingkatan 5 Biruni bedah katak & tikus. Katak tu pelaja-pelajar perempuan 5B yang tangkap sendiri. Berani sungguh. Minggu lepas kelas 5 Maari, bedah tikus je.

Che'Gu sebenarnya malas nak buat eksperimen bedah-bedah ni. Kalau boleh,nak habiskan silibus dahulu. Tapi desakan mereka sangat kuat, tiap hari dan tiap minggu asyik dok tanya bila nak bedah2. Akhirnya, terpaksa mengalah. Lagi pun, P&P tingkatan 5 tahun ni agak laju sedikit. Tak kisah la. Semangat inkuiri budak2 ni sangat tinggi. 



Friday, February 12, 2010

::KERJA RUMAH BIOLOGI TINGKATAN 5::

Seperti yang Che'Gu maklumkan di dalam kelas pagi tadi, inilah kerja rumah sempena school holidays. Jawab dalam buku latihan. Semua soalan esei. Selamat menjawab & selamat bercuti.



  1. Explain how blood pressure is regulated. (10 marks)
  2. Explain how guard cells helps in the opening and closing of stomata. (10 marks). 
Sila hantar kerja rumah anda pada 23 Februari 2010 (Selasa).

Thursday, February 11, 2010

::MOOD: GEMBIRA::

Malam ni...mood berbunga penuh rasa gembira. Hati melonjak-lonjak riang. Tak sabar menanti hari esok.

Kenapa?

Cuti Tahun Baru Cina makin hampir. Sekolah cuti seminggu. 13-21 Februari 2010. Alhamdulillah, Che'Gu gembira sebab punya masa untuk bersama keluarga tersayang. Melepaskan rindu setelah berjauhan. Rindu pada isteri & anak.

Habis je waktu persekolahan esok, Che'Gu akan meneruskan perjalanan ke Pahang. Perjalanan yang memenatkan tapi penuh dengan rasa teruja. Mungkin 7 jam atau lebih memandu kenderaan. Doakan Che'Gu selamat sampai ke destinasi.

Ok, nak kemaskan barang2 untuk dibawa esok......

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA. JAGA DIRI & JANGAN LUPA STUDY!

 
Can't wait to see them....

Sunday, February 07, 2010

::MULTIPROG'10@UNITEN::

Semalam, bangun seawal jam 4.00 pagi dek kerana MULTIPROG'10. Multimedia & Programming Competition 2010 di College of IT, Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Che'Gu jadi guru pengiring sebab Guru Penasihat Kelab Multimedia & ICT (Briged Siber) SBP Integrasi Gopeng. Ambil pelajar kat asrama pukul 4.30 pagi. 5.00 pagi baru gerak ke KL. Ngantuk tu memang la, tapi singgah R&R minum kopi.

Kami sampai dah lewat sebab tersalah keluar exit masa kat highway PLUS. Tersalah masuk exit ke KLIA/Klang. Huhuhu...Lama tak drive ke KL. Sampai kat UNITEN dekat kul 9 pagi. Mereka dah mula taklimat. Nasib baik semua cool je, tak gelabah. Sampai je, lepas register dan check nama, terus masuk dewan dengar briefing oleh Ketua Hakim Poster Design. (untuk pengetahuan, mereka masuk Kategori Poster Design guna Adobe Photoshop/Illustrator.
Khusyuk dengar briefing...

Pertandingan selama 3 jam. mula jam 9.00 pagi, habis kul 12.00 tengahari. Sementara tunggu mereka memerah otak, Che'Gu lepak di Makmal Komputer. Layan FB. Yang paling tak tahan, air-cond dalam College of IT tu sejuk sangat. Beku rasa darah ni....Nasib baik otak budak2 tu tak beku.
 
Ruby di mana-mana.....
  
 Sementara tunggu closing ceremony...
 
 
Bersama Team 1 (credits to Blusher) 

  

 

Alhamdulillah....anak2 didik Che'Gu berjaya. Team 2, Farhan & Firdaus dapat 2nd runner up. Dapat RM300, game controller, USB pendrive dan sijil. Team 1, Intan & Amoy dapat 1st runner up. Dapat RM500, set speaker PC, USB pendrive dan sijil.
 
 VC UNITEN tanya, SBPI Gopeng ni sekolah baru ke?

Team 2 menang 2nd runner-up worth RM300

Team 1 - Menang 1st runner-up worth RM500

Bangga sangat2....

Kami balik denganperasaan berbunga2....tapi depa bantai tido je. Pegi n balik sama je. Che'Gu drive sorang2....huhuhu. Tak sabar tunggu hari Isnin tiba.
 
 
 
 
Jalan2 ronda The Mines sebelum balik...
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE