Sunday, February 07, 2010

::MULTIPROG'10@UNITEN::

Semalam, bangun seawal jam 4.00 pagi dek kerana MULTIPROG'10. Multimedia & Programming Competition 2010 di College of IT, Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Che'Gu jadi guru pengiring sebab Guru Penasihat Kelab Multimedia & ICT (Briged Siber) SBP Integrasi Gopeng. Ambil pelajar kat asrama pukul 4.30 pagi. 5.00 pagi baru gerak ke KL. Ngantuk tu memang la, tapi singgah R&R minum kopi.

Kami sampai dah lewat sebab tersalah keluar exit masa kat highway PLUS. Tersalah masuk exit ke KLIA/Klang. Huhuhu...Lama tak drive ke KL. Sampai kat UNITEN dekat kul 9 pagi. Mereka dah mula taklimat. Nasib baik semua cool je, tak gelabah. Sampai je, lepas register dan check nama, terus masuk dewan dengar briefing oleh Ketua Hakim Poster Design. (untuk pengetahuan, mereka masuk Kategori Poster Design guna Adobe Photoshop/Illustrator.
Khusyuk dengar briefing...

Pertandingan selama 3 jam. mula jam 9.00 pagi, habis kul 12.00 tengahari. Sementara tunggu mereka memerah otak, Che'Gu lepak di Makmal Komputer. Layan FB. Yang paling tak tahan, air-cond dalam College of IT tu sejuk sangat. Beku rasa darah ni....Nasib baik otak budak2 tu tak beku.
 
Ruby di mana-mana.....
  
 Sementara tunggu closing ceremony...
 
 
Bersama Team 1 (credits to Blusher) 

  

 

Alhamdulillah....anak2 didik Che'Gu berjaya. Team 2, Farhan & Firdaus dapat 2nd runner up. Dapat RM300, game controller, USB pendrive dan sijil. Team 1, Intan & Amoy dapat 1st runner up. Dapat RM500, set speaker PC, USB pendrive dan sijil.
 
 VC UNITEN tanya, SBPI Gopeng ni sekolah baru ke?

Team 2 menang 2nd runner-up worth RM300

Team 1 - Menang 1st runner-up worth RM500

Bangga sangat2....

Kami balik denganperasaan berbunga2....tapi depa bantai tido je. Pegi n balik sama je. Che'Gu drive sorang2....huhuhu. Tak sabar tunggu hari Isnin tiba.
 
 
 
 
Jalan2 ronda The Mines sebelum balik...

1 comment:

eejoomee said...

Ta gelabah cgu kata?????!
*fuh~*

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE