Wednesday, January 27, 2010

::TOTAL SURFACE AREA TO VOLUME RATIO::

Why bigger organisms need a specific structure for transport compare to small organism?
The larger the organism, the smaller the TSA/V ratio, so the slower the rate of diffusion.
In transporting all dissolved nutrients & getting rids of waste products in and out of the body, involving the process of diffusion (active & passive transport). If multicellular organisms depend on the simple diffusion alone, it takes a longer time for the molecules/nutrient substances to reach to the target cell.

The size of organism will affects affects the rate of diffusion of materials into and out of its body. The Paramecium has a TSA/V ratio of about 400 whereas man has a TSA/V ratio of about 0.3. The smaller the organism, the larger/wider surface for diffusion.

There are 2 problems that could be faced by multicellular organisms:
  1. The TSA/V becomes smaller because the size is large. Many layers of cells & tissues.
  2. The cells are situated far away from the external environment.
 Simple diffusion cannot bring enough oxygen & nutrients to these cells. Neither can waste products be removed quickly enough.

How to overcome these problems?
By having a specific circulatory sytem to transport substances throughout the body as examples blood circulatory system in animals and vascular bundles (xylem & phloem tisssues) in plants.




 






 
 



Saturday, January 16, 2010

::BENGKEL::

Alhamdulillah, hari ini Panitia Biologi telah berjaya menjalankan bengkel pra-SPM untuk calon2 2010 (form 5). Diketuai oleh KP, Pn. Siti 'Aishah bt. Kasran, dibantu Cik Siti Tuziah bt. Sarman dan Che'gu. Semuanya berjalan dengan baik.

Bengkel kali ini dirancang awal dengan harapan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan para pelajar dan boleh dinilai, sekurang-kurang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 nanti. Untuk minggu ini, pelajar telah diajar dan didedahkan dengan teknik yang betul untuk menjawab soalan2 dari Kertas 3.



Pelajar diberikan modul soalan kertas 3 dan diajar langkah demi langkah untuk menjawab soalan no.1 kertas 3. Setelah itu, pelajar diberikan masa untuk menjawab 1 contoh soalan yang berbentuk yg sama dengan soalan yang dibincang. Alhamdulillah, ramai pelajar sudah berjaya menjawab dengan baik. Program yang diberi nama All-Right ini bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.



Terima kasih kepada semua pelajar2 tingkatan 5 yang memberikan komitmen yang penuh sehingga mengorbankan peluang balik bermalam pada minggu ini. Semua anda semua mendapat A+ dalam Biologi SPM 2010 ini.


Thursday, January 07, 2010

::KERANA::

Kerana kesibukan...blog kesayanganku ini terabai.
Kerana tuntutan tugas...aku, isteri & anak terpisah.
Kerana terpaksa....aku relakan....

Eceh...eceh....bermadah pujangga pulak. Ops, lupa! Assalamualaikum & Salam 1 Malasyia untuk pembaca jurnal kehidupan Che'gu. Dah lama jari ini terhenti dari menaip kisah2 hidup Che'gu. (Update FB rajin pulak,ahaks!)

Banyak kisah yang berlaku sepanjang cuti sekolah.
Penghujung cuti baru2 ni, isteri dapat penempatan (guru BI sekolah rendah) di negeri Pahang. Minta Perak, tapi dapat Pahang. Redha je la. Agaknya rezeki kat sana. Terfikir juga, daerah mana sebab tidak diberitahu. Kalau dapat Cameron, dekat la.

Oleh sebab kena lapordiri 2hb Januari di BTPN Pahang, Jalan Beserah dekat Kuantan, Raisya terpaksa ditinggalkan dulu di rumah tok ayah (ayah Che'gu) di Kuala Krai. Bukan apa, sebabnya belum tau dapat posting kt sekolah mana. Dok fikir pasal rumah tempat tinggal. Kalau bawa Icha terus, rumah sewa takde susah juga. So, kami pilih untuk tinggalkan Icha buat sementara waktu (walaupun hati kecil mama & papa agak keberatan).


Kami balik ke Kuala Krai pada 31hb Disember 2009. Tinggalkan Icha di Kuala Krai & kami terus ke rumah ayah mentua Che'gu di Jerteh. Sudah pesan awal2 pada ayah Che'gu, kalau Icha menangis2, telefon la kami. Nanti kami pergi ambil (berharap Icha nak ikut kami la kononnya). Tunggu sampai ke pagi esok, tiada panggilan pun. Sedih, tapi lega sebab Icha boleh tinggal dengan tok ayah & tok mek.

Pagi Tahun Baru 2010, kamir bertolak ke Kuantan jam 9.30 pagi. Hujan sepanjang jalan dari Jerteh, Terengganu hinggalah ke Kuantan, Pahang. Lebat pula tu. Nasib baik semuanya selamat. Masa dalam perjalanan tu, orang JPN Pahang called. Bagitau Mama (isteri) dapat kat daerah Pekan (punah harapan!). Aduhai...jauh juga la nanti.


Kami sampai Kuantan hampir jam 4 petang. Singgah menumpang rumah pak sedara Mama, Pakngah Bidin di Jaya Gading. 3 hari juga la kt sana. 2hb ke BTPN Pahang untuk taklimat penempatan.  Mama dapat sekolah SK BEBAR, Pekan. Petang tu juga pegi cari sekolah tu. Subhanallah....jauh benar dengan Kuantan. 103 km! Dekat sempadan daerah Rompin. 33 km je dengan Kuala Rompin.




3hb pula ke rumah pak sedara Mama, Pakcik Sin di IPD Rompin. Tiod kt situ dulu sebab belum dapat rumah lagi. Pagi 4hb, Che'gu balik naik bas. Rompin - KL, 5 jam lebih. KL - Gopeng, 2 jam 30 minit. Adeh...penat & sakit pinggang.

Wednesday, January 06, 2010

::SIARAN TERGENDALA SEBENTAR::

Harap maaf. Che'Gu masih menunggu masa yang ideal untuk menulis life jurnal ni. Ada byk kisah nak cerita....
Tunggu dan tunggu dan......tunggu.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE