Friday, February 12, 2010

::KERJA RUMAH BIOLOGI TINGKATAN 5::

Seperti yang Che'Gu maklumkan di dalam kelas pagi tadi, inilah kerja rumah sempena school holidays. Jawab dalam buku latihan. Semua soalan esei. Selamat menjawab & selamat bercuti.



  1. Explain how blood pressure is regulated. (10 marks)
  2. Explain how guard cells helps in the opening and closing of stomata. (10 marks). 
Sila hantar kerja rumah anda pada 23 Februari 2010 (Selasa).

Thursday, February 11, 2010

::MOOD: GEMBIRA::

Malam ni...mood berbunga penuh rasa gembira. Hati melonjak-lonjak riang. Tak sabar menanti hari esok.

Kenapa?

Cuti Tahun Baru Cina makin hampir. Sekolah cuti seminggu. 13-21 Februari 2010. Alhamdulillah, Che'Gu gembira sebab punya masa untuk bersama keluarga tersayang. Melepaskan rindu setelah berjauhan. Rindu pada isteri & anak.

Habis je waktu persekolahan esok, Che'Gu akan meneruskan perjalanan ke Pahang. Perjalanan yang memenatkan tapi penuh dengan rasa teruja. Mungkin 7 jam atau lebih memandu kenderaan. Doakan Che'Gu selamat sampai ke destinasi.

Ok, nak kemaskan barang2 untuk dibawa esok......

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA. JAGA DIRI & JANGAN LUPA STUDY!

 
Can't wait to see them....

Sunday, February 07, 2010

::MULTIPROG'10@UNITEN::

Semalam, bangun seawal jam 4.00 pagi dek kerana MULTIPROG'10. Multimedia & Programming Competition 2010 di College of IT, Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Che'Gu jadi guru pengiring sebab Guru Penasihat Kelab Multimedia & ICT (Briged Siber) SBP Integrasi Gopeng. Ambil pelajar kat asrama pukul 4.30 pagi. 5.00 pagi baru gerak ke KL. Ngantuk tu memang la, tapi singgah R&R minum kopi.

Kami sampai dah lewat sebab tersalah keluar exit masa kat highway PLUS. Tersalah masuk exit ke KLIA/Klang. Huhuhu...Lama tak drive ke KL. Sampai kat UNITEN dekat kul 9 pagi. Mereka dah mula taklimat. Nasib baik semua cool je, tak gelabah. Sampai je, lepas register dan check nama, terus masuk dewan dengar briefing oleh Ketua Hakim Poster Design. (untuk pengetahuan, mereka masuk Kategori Poster Design guna Adobe Photoshop/Illustrator.
Khusyuk dengar briefing...

Pertandingan selama 3 jam. mula jam 9.00 pagi, habis kul 12.00 tengahari. Sementara tunggu mereka memerah otak, Che'Gu lepak di Makmal Komputer. Layan FB. Yang paling tak tahan, air-cond dalam College of IT tu sejuk sangat. Beku rasa darah ni....Nasib baik otak budak2 tu tak beku.
 
Ruby di mana-mana.....
  
 Sementara tunggu closing ceremony...
 
 
Bersama Team 1 (credits to Blusher) 

  

 

Alhamdulillah....anak2 didik Che'Gu berjaya. Team 2, Farhan & Firdaus dapat 2nd runner up. Dapat RM300, game controller, USB pendrive dan sijil. Team 1, Intan & Amoy dapat 1st runner up. Dapat RM500, set speaker PC, USB pendrive dan sijil.
 
 VC UNITEN tanya, SBPI Gopeng ni sekolah baru ke?

Team 2 menang 2nd runner-up worth RM300

Team 1 - Menang 1st runner-up worth RM500

Bangga sangat2....

Kami balik denganperasaan berbunga2....tapi depa bantai tido je. Pegi n balik sama je. Che'Gu drive sorang2....huhuhu. Tak sabar tunggu hari Isnin tiba.
 
 
 
 
Jalan2 ronda The Mines sebelum balik...

Tuesday, February 02, 2010

~SELSEMA~

Dah banyak hari selsema, batuk2 manja. Tapi bukan ILI (influenza-like illness). Selsema biasa je. H1N1 pn bukan. Harap kesihatan semakin baik dan dapat mengajar dengan bersemangat dan berkesan.
After 1 month, finally dapat juga jumpa anak kesayangan, Raisya@Icha di Kuala Rompin.
Dah besar anak Papa, muka dah montel sket & makin pandai. Mungkin kurang sihat ni sebab lama tak menatap wajahnya.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE