Tuesday, December 23, 2008

KARENAH BIROKRASI YANG MENYAKITKAN (hati)

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku ke IPK@IPD Caw. Trafik kt Ipoh. Semuanya sebab nk dptkan dokumen2 utk tuntutan insurans sbb kereta aku kena langgar baru2 ni.

Aku dh pergi ke workshop panel insurans aku dan diorg minta aku dptkan beberapa dokumen utk memudahkan urusan tuntutan. Antaranya, keputusan ke, rajah kasar, third party police report, dsb.

Disebabkan smlm aku free n sambil2 nk pergi masukkan duit kt Tabung Haji (sebelah je dgn balai polis tu). Sebelum ke situ, aku dh call pegawai penyiasat (seorg Sarjan X). Katanya kena mohon kt kaunter 5.

Aku ingatkan menda2 tu boleh siap on-the-spot, so aku ajakla wife n Icha pegi. Sampai sana aku diminta isi borg. Lepas serahkan borang tu, staff kt situ ckp dokumen2 tu akan disediakan dalam masa SEBULAN!

Mak-aih, lamanya nk sedia. nk print pun susah ke. Kalo seminggu, aku leh terima la tp ni SEBULAN. Memang apa yg PM Pak Lah ckp agensi kerajaan kena kurangkan karenah birokrasi xmenyeluruh kot.Xsampai ke sini. Kita sbg rakyat, kena terima je la. Dh la hari tu nk dptkan salinan repot pn mcm tu jugak. Hari ni apply, esok baru dapat.

Masuk semalam, dh 4x aku ulang-alik ke balai polis tu. Ipoh-Gopeng bukan dekat wei. Entah berapa liter dh miyak petrol kereta aku habis. Keretanya xleh repair pun lagi.

Aduh.......pening kepala aku. Bila fikir2, rasa nk give up je nk claim insurans ni. Baik repair sendiri je. (Tapi duit tadak....huhuhuhuhu!).

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE