Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Tuesday, September 01, 2009

::HIKAYAT SEBUAH PERJUANGAN::

Kampung Chulaborn 12, atau Ban Chulaborn Patana 12, di Thailand bukanlah sebuah kampung biasa. Ia terletak jauh di dalam sebuah hutan, dengan pekan terdekat ialah Shukrin, kira-kira sejam memandu.

Jarak kampung tersebut dari pekan Golok ialah kira-kira 70 kilometer, tetapi kerana keadaan jalan yang tidak elok dan berbukit, menyebabkan perjalanan ke situ mengambil masa hampir dua jam.

Dan penduduk kampung tersebut adalah 'tetamu khas kerajaan Thailand' kerana mereka adalah bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (KPM).

Kampung itu sebelum ini merupakan pangkalan kem rejimen tersebut dan selepas perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989, mereka dibenarkan untuk terus menetap di situ.

Ketika itu, kampung berkenaan didiami kira-kira 260 orang, sebahagian besarnya anggota KPM dan keluarga masing-masing.

Hari ini, jumlah mereka bertambah kepada 460 orang, termasuk tambahan keluarga dan orang luar, dan mereka masih dibimbing oleh 'pelindung' mereka - Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah.

"Ini adalah sebuah kampung yang cantik dan aman. Semua yang kami perlukan ada di sini. Hampir tiada langsung kejadian jenayah," kata ketua kampung berusia 52 tahun itu, bekas anggota komunis, Dome Za, dalam loghat Melayu Thai.

20 bekas veteran komunis

"Walaupun saya seorang ketua kampung, tetapi kami masih mendapatkan nasihat dari Abdullah dan Suriani mengenai pentadbiran kampung ini," tambahnya.

Kira-kira 20 pemimpin veteran komunis, semuanya rakan Abdullah, mendiami kampung tersebut. Hampir kesemuanya berasal dari Malaya.

Mereka menganggotai Rejimen ke-10 pada bulan Mei 1949 dan kemudiannya berpindah ke sempadan Thai-Malaya pada 1953, dan kekal di hutan tersebut sehingga perjanjian damai ditandatangani pada 1989.

Tetapi mengapa bekas pejuang gerila ini tidak pulang ke kampung halaman mereka?

Abdullah dan Suriani, yang telah beberapa kali melawat Malaysia, termasuk menghadap Sultan Perak, mahu menetap di kampung tersebut.

"Di sini tempat tinggal kami... Keluarga kami dan rakan-rakan kami juga tinggal di sini," kata Abdullah kepada Malaysiakini.

"Saya juga menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri serta beberapa lagi undang-undang di Malaysia. Saya tidak mahu mereka menangkap saya dengan mengguna apa juga alasan remeh," katanya ketawa sambil menepuk pahanya.

Anak kelahiran Sg Siput

Pengaruh pasangan tersebut di kampung berkenaan amat jelas sekali tetapi ia memang dapat difahami kerana mereka merupakan yang memimpin regimen tersebut selama bertahun-tahun mereka berjuang di hutan.

"Kami sedar bahawa masanya telah tiba bagi generasi muda untuk mengambil kepimpinan di sini. Kami juga sedar bahawa Abdullah dan Suriani semakin berusia dan tidak sesihat dahulu lagi," kata Dome.

"Kami pasti kehilangan mereka kelak bila kedua-duanya tiada lagi bersama kami, tetapi saya rasa kami akan dapat meneruskan kehidupan di sini," katanya.

Bagi yang lainnya, seperti pejuang veteran gerila, Asi (foto, kiri), Abdullah dan Suriani umpama ibu dan bapa mereka.

"Saya menyertai pergerakan itu ketika berusia 11 tahun dan saya telah mengenali mereka sejak saya berusia 13 tahun," kata Asi yang kini berusia 70 tahun dan dilahirkan di Sungai Siput dari keluarga India.

"Saya tidak dapat bayangkan kehidupan saya jika tidak tinggal di sini," kata Asi yang sudah berkahwin dengan seorang anggota komunis Thai dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Selepas perjanjian damai, setiap anggotpa komunis yang mahu pulang ke Malaysia diberi RM300 sebulan selama tiga tahun oleh kerajaan Malaysia.

Jadi kampung angkat


Manakala mereka yang memilih untuk terus menetap di kampung itu, menerima bantuan kewangan dari kerajaan Thi sebanyak 540 baht (kira-kira RM54) sebulan selama tiga tahun, bersama sebuah rumah dan tanah seluas enam ekar.

"Kerajaan Thailand telah banyak membantu kami dan masih terus memberi sokongan," kata ketua kampung itu lagi

Tambahnya, Putera Thai, Chulaborn Mahidol menjadikannya sebagai kampung angkat dari 1993 hingga 2004 dan dalam tempoh tersebut, kampung ini mendapat bekalan air dan elektrik.

Hari ini, hampir kesemua rumah di situ mempunyai peti televisyen yang disambung ke batang antena panjang untuk mendapat siaran yang lebih terang. Satu dua rumah mempunyai akses internet dengan menggunakan penerima satelit.

Juga terdapat sebuah klinik kerajaan di situ dengan seorang pembantu hospital pada setiap hari bekerja.

Sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perjuangan Rejimen ke-10 merupakan tempat yang wajib dilawati tetapi ia memerlukan bantuan kewangan untuk terus beroperasi.

Mereka juga mempunyai sebuah sekolah rendah untuk kanak-kanak kampung tersebut dan kampung-kampung berhampiran. Pengambilan tahun ini berjumlah seramai 88 murid.

Melangkah ke menara gading

"Enam pelajar dari kampung kami sedang menuntut di universiti di Thailand, Mereka merupakan kumpulan pertama melangkah ke universiti. Juga terdapat kira-kira 100 kanak-kanak dari sini yang belajar di sekolah menengah di luar kampung ini, sama ada di Narathiwat atau di tempat lain di selatan Thai, kata Dome.

Anaknya adalah salah seorang daripada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Sebahagian besar penduduk itu mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah dan pokok-pokok buah-buahan tetapi mengadu hasil tidak memuaskan kerana terlalu banyak buah dihasilkan dan hasil getah pula tidak seberapa kerana keadaan cuaca.

"Namun, kami masih boleh memanggil tempat ini sebagai kampung halaman kami. Di Malaysia, kami tidak ada apa-apa... hanya nama buruk ekoran pembohongan kerajaan terhadap sumbangan kami, walaupun kami telah berjuang menggadai nyawa untuk Malaya," kata seorang pejuang veteran gerila, Shukor Ismail, 80.

"Walaupun saya tidak ada kaitan darah di sini... semua ini adalah teman seperjuangan saya, rakan saya dan saya mahu bersama mereka hingga ke akhir hayat," katanya.

Namun, bagi Shukor, Malaya adalah negaranya, "saya cintakan Malaysia, jika tidak, masakan saya berjuang dan sanggup menggadai nyawa saya untuknya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Shukor, beliau lebih selesa menetap di Thailand sekarang.

"Bukan kerana mereka menjaga kami dengan baik tetapi juga kerana bimbang bagaimana penerimaan terhadap kami jika kami pulang (ke Malaysia).

"Kerana sebab itulah, kami tidak mahu pulang ke Malaysia, kampung halaman yang kami cintainya," katanya dengan nada sedih dan kecewa.

Dan itu juga merupakan sentimen hampir kesemua veteran komunis di kampung tersbut walaupun ada antara mereka yang sering menghubungi keluarga mereka di Malaysia.

Sumber: Malaysiakini

Friday, July 10, 2009

::SERIUS::


Makin serius nampaknya. Kes tempatan semakin meningkat.
Terbaru, semalam sebanyak 24 kes tempatan dikesan. 12 daripadanya dikesan di sebuah syarikat di Cyberjaya. Kes tempatan pertama dikesan pada 22 Jun lalu.
Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua rakyat Malaysia mengamalkan 'etika batuk' dan menggalakkan pemakaian topeng muka bagi membendung penularan wabak pandemik itu.

Kementerian Kesihatan menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:

bullet buttonMerenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

bullet buttonKes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

bullet buttonDi pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang
bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. (Sumber: Malaysiakinionline)

Thursday, July 09, 2009

::LEGA::

Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat kabinet semalam (8/7/2009) telah membuat keputusan untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam BM secara berperingkat pada tahun 2012.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 ada pro dan kontranya. Atas beberapa faktor, ramai pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI termasuk wujudnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang disertai beberapa orang sasterawan negara dan segelintik ahli akademik. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, kabinet telah meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu. (Selanjutnya, sila klik Malaysiakinionline atau Beritaharianonline)

Sunday, January 04, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Palestin!!


Salam semua.

Konflik Israel-Hamas di Gaza semakin memuncak. Israel semakin rancak menggerakkan bala tenteranya memasuki bumi Palestin utk memperhebatkan serangan darat. Sungguh laknat perampas bumi Palestin itu.

Setakat ini, hampir 750 serangan udara dilancarkan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin dalam masa dua minggu. Paling kurang, 460 orang telah terkorban dlm serangan ini, termasuk 66 kanak2. Celakalah ke atas engkau wahai Israel Laknatullah & sekutu2nya.

Tetapi Bush (
memang patut wartawan Iraq baling kasut ~ lagi afdhal baling bom je!!) berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.”

“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush.

Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza.

Manusia Bush & Israel serta sekutu2nya ini sememang iblis bertopengkan syaitan. Kanak2 pn pengganas ke? Alasan. Israel tu bukan pengganas ek? Mana dorg ni letak otak ek? Kat tapak kaki kot. Org lain pengganas, diri sendiri tu bagus sangat la. Baik sgt la sampai buat serangan bom ke Gaza.

Apa yang menyedihkan, dunia Arab seakan2 buat xendah dgn apa yg dihadapi oleh Palestin. Hanya Iran yg berani bersuara. Negara2 Islam lain spt Malaysia hanya mampu berteriak, hantar memorandum kpd kedutaan sahaja. Seluruh dunia mengadakan protes terhadap kekejaman terbaru Israel ini.

Wahai umat Islam semua, ayuh kita panjatkan doa pada Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa. Semoga diturunkan pertolongan utk menghancurkan tentera2 kuffar yg menumpahkan darah mereka yg xberdosa. Hanya doa yg mampu kita kirimkan kpd pejuang2 Palestin.

Moh kita pulaukan produk2, syarikat2 yg bersekongkol dgn Israel & Amerika.

ALLAHUAKBAR!!!!
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE