Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

MY BEST FRIEND WEDDING

Assalamualaikum w.b.t. & Salam untuk semua.

Rasanya ramai yang masih dalam mood bercuti. Kepada rakan2 kaum Tionghua, Gong Xi Fa Cai!

Cuti masih berbaki beberapa hari. Beberapa hari lepas sempat pulang ke kampung di Kelantan (kg. Che'Gu) dan Terengganu (kg. isteri). Lama-lama berada di kampung pun rasa jemu juga. sebab tu balik sekejap je.

23hb hari tu sempat juga ke Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu sempena perkahwinan kawan baik, Mohd. Azla Yusmanuddin (kami panggil Jjela je) di Kg. Jerus, Pasir Puteh. Selamat Pengantin Baru diucapkan utk pasangan mempelai. Moga berbahagia dan dirahmati Allah sepanjang hayat.
Alhamdulillah, Che'Gu nampak slim antara kami bertiga. Hahahaha!
Welcome to the club bro!
Harap mereka pun leh jadi bestfriend juga.

Mengimbas persahabatan kami, kami kenal masa bergiat dalam kursus kepimpinan/motivasi zaman belajar kat universiti dulu. Kami menggelarkan group kami Magnificient 5. sbbnya, kami berlima. Che'Gu, Mahathir (Kodir), Herdi (Mat Eddy), Muhasbi (Sebi) dan Azla (Jjela). Kodir & Sebi best friend sejak sekolah rendah lagi si SK Sungai Embak, Kuala Krai. Jjela & Mat Eddy kenal masa kendali kursus. Bila cuti semester je kami akan diundang oleh guru kaunselor SMK Machang pada masa tu untuk jadi fasilitator. Dapat juga duit poket sikit.

Gambar old-skool bersama Eddy (baju merah), Mahathir (baju hitam) dan Che'Gu (kiri 1x).
Ni masa darjah 4 kot/cer cari mana Che'Gu!




Friday, May 21, 2010

~POTLUCK AGAIN!~

Salam untuk semua.

Hari ni dah masuk sebulan tak menulis entry untuk blog ni. Entah, semacam ada 'sesuatu' yang menghalang. Sedang mencari apakah 'sesuatu' itu.

16 Mei dah lepas, walau pun dah beberapa hari tapi masih nak ucap juga "SELAMAT HARI GURU". Untuk semua warga pendidik yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa walaupun ada segelintir memandang rendah profesion yang pernah dianggap mulia dan tinggi di mata masyarakat suatu masa dahulu. Khususnya untuk cikgu2 yang pernah mengajar insan biasa ini, Muhd Fazli bin Dollah. Cikgu2 semasa tadika KEMAS(1987), guru2 di SRKSultan Yahya Petra(1) (1988), guru2 SK Sg. Embak (1989-1993) - Cikgu Huslan, Cikgu Zaharah, Cikgu Kamarul, Sir Visva, Cikgu Mat Zai, Cikgu Mazman, Cikgu Fauzi, Cikgu Mazlan, Cikgu Seniwati, Cikgu Ramlah (itu je antara yang saya ingat). Tidak lupa kepada guru2 di SMKA Falahiah, Pasir Pekan seperti Cikgu Bustaman, arwah Ustaz Mat Awang, Cikgu Asnawi, Cikgu Ghazilan, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu CD (Che Deraman), Cikgu Rozidah, Cikgu Tuan Hasmah, Ustaz Shukri, Ustaz Mat Hussin, Ustaz Abdullah, Cikgu Arina, Cikgu Zamri dan ramai lagi la. Terima kasih atas didikan dan ilmu yang telah dicurahkan. Kini saya pun menjadi seperti kalian, Guru juga.

Hari ini, Bilik Guru 1 telah adakan jamuan atau 'potluck'. BG1 memang suka buat makan2. Kali ni dengan tema makanan ala barat. Mcm2 menu ada. Pizza, macaroni bakar, salad buah, french fries, wedges, puding, coleslaw, kek Secret Recipe dan banyak lagi la. Tapi Che'gu lupa nak ambil gambar makanan. Terlupa. Hihiihi.....hanya gambar orang yang memakan makanan sahaja sempat dirakam. Sesi fotografi khas untuk cikgu2....Action!!!








Tuesday, August 18, 2009

::H1N1 & CIKGU WAN::

Assalamualaikum.

::H1N1
Semalam dalam berita, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa H1N1 belum lagi masuk ke peringkat darurat kesihatan walaupun kes kematian semakin hari semakin meningkat. Sehingga semalam (17 Ogos 2009),wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes, lapor laman web The Star.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 9 pagi ini, sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad.

Manakala 33 pesakit yang disahkan menghidap H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Daripada jumlah yang dirawat di ICU, 17 kes mempunyai risiko tinggi.

Dr Mohd Ismail dipetik berkata bayi tersebut yang menghidap asma dimasukkan ke ICU hospital pada 7 Ogos lepas kerana demam, batuk dan sesak nafas selama dua hari.

"Bagaimanapun bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Ogos lepas disebabkan 'severe pneumonia with acute respiratory failure'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita warga emas itu pula yang menghidap diabetes dan kegagalan jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos setelah pengsan di rumahnya dan meninggal dunia pada 12 Ogos disebabkan 'severe pneumonia'.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularannya dan meminta agar perhatian wajar diberikan dalam hal ini.

"Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin," katanya.

Oleh itu, beliau berkata sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada di rumah atau tidak mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga pulih. (sumber Malaysiakini)

::CIKGU WANZU::
Petang Sabtu lepas (15/8/2009), Che'gu dan Cikgu Aruzelan telah ke KPJ Ipoh Specialist untuk melawat anak Cikgu Wanzu, Wan Afiq Daniel yang dijangkiti H1N1. Anak lelaki Cikgu Wanzu itu telah disahkan positif pada lewat petang Khamis lepas setelah dua kali ujian terhadap sampel kahak dan darah dilakukan.

Setelah dibenarkan oleh doktor untuk menerima pelawat, kami berdua pun ke sana. Alhamdulillah, semasa kedatangan kami, Afiq dah semakin sihat dan aktif. Simptom H1N1 dah hilang. Cuma dia masih batuk2, disebabkan Afiq ada asma.

Menurut Cikgu Wan, punca jangkitan tidak dapat dipastikan kerana kata doktor, virus H1N1 mungkin dah ada dalam udara kita ni. Siapa yang antibodi lemah, akan mudah dapat jangkitan.

Semoga Afiq cepat sembuh. Cikgu Wan beritahu Afiq dah dibenarkan keluar wad petang semalam dan sedang menjalani tempoh kuarantin selama 3 hari di rumah. Alhamdulillah.

Thursday, November 06, 2008

LESSON 068: Promote Blog Kawan2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pd semua...

Nampaknya komuniti blogger kt SBP Integrasi Gopeng dh bertambah lg sorang dgn terjebaknya bro. Wanzu ke alam blogger. Hahaha....

Mungkin teruja dgn cerita kwn2 psl blog, maka terjebaklah dia. Wow!!
jgn tensen2!!

So. aku nk tolong promote la blog kwn aku nih. Masih baru lg, baru 2-3 posting. Banyak lg yg dia kena belajar drpd senior (di alam blog kt skool, hahahaha!!!). aku harap tak hangat2 tahi kambing la. Moga isinya sentiasa ditambah nilai.

Yang menariknya, kawan aku ni cikgu BM dan memang seorang cukup minat dgn puisi. Sekira korg berminat nk baca puisi hasilan buah pinggang beliau, sila la ke blog encik beliau yg dimaksudkan, blog Wanzu78.

Kat sini aku sertakan 1x captured image drpd blog cikgu Wan.
Ini 1st posting beliau.

Aku dh bce puisi n cerita psl asam garam rumah tangga. Ok jugak utk bljr drpd pengalaman org tua2 (sorry Wan!!heheheh...)

Tuesday, October 14, 2008

LESSON 044: الله سنتياس برسام اورڠ يڠ صبر

Hari ini, kedengaran guru2 bercerita tentang keadaan baby pasangan Cikgu Azhani & Ustzh. Nafishah. Bila Che'gu dpt tau anak mereka masuk ICU kt Hospital Ipoh, terus Che'gu tanya pada kwn2. Kenapa?Why?

Mereka kata baby ada major problem. Kena masuk ICU utk pemerhatian. Apa masalahnya, tak perlulah dinyatakan disini. Sbg seorang ayah yg juga baru dpt baby, terdetik di hati betapa Allah ingin menguji hamba-Nya. Makin DIA sayang, makin diuji dgn ujian yang berat. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorg itu dgn bebanan yg xmampu ditanggung oleh mereka.

سموڬ چئڬو ازهاني & استاذه نافيشه تابه دالم مڠهاروڠي اوجين اين. كامي چئڬو2 مندواكن سموڬ سڬالاڽ سلامت. سموڬ بايي سماكين صيحت ولءعافية.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE