Showing posts with label Workshop. Show all posts
Showing posts with label Workshop. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

::BENGKEL EDUBLOGS::

Salam untuk semua pelawat blog yang xseberapa ni.

Hari ni baru ada masa lapang sedikit.(Memang sikit). Banyak lagi kerja perlu dibuat. Exam paper akhir tahun Bio f4 & Science f1 belum tanda lagi. Malahan, kertas2 ujian Pra-SPM baru siap tanda kertas 1. Kertas 2 & kertas 3 tak sempat nak usik pn lagi.

Hampir seminggu xpegi sekolah sbb terlibat sebagai penceramah/JU (lebih tepat, fasilitator sahaja, belum layak jadi penceramah) Bengkel Edublogs Sekolah2 Kelompok PKG Gopeng. Ada 2 siri. Siri 1, 19-20/10. Siri 2, 21-22/10. Bersama Cikgu Hafidz (SK Gopeng Jalan Ilmu) dan Cikgu Faizul (SK Gunung Panjang). Siri 1, semua guru2 media/ juruteknik komputer sekolah rendah. Semua Melayu. Siri 2, guru2 media/ juruteknik sekolah JKC/T dan sek. menengah. Penat jugak la, terutama siri 2. Ramai cikgu2nya masih rendah tahap profisiensi dalam IT. Nak sign-up email pn makan masa. Tapi Alhamdulillah, semua dapat buat blog yang asas untuk sekolah masing2.





Pagi Jumaat, 23/10, jumpa je pelajar2 F5, semua tanya ke mana Che'gu pergi. Lama xnampak katanya. Sorry la, especially kpd pelajar2 kelas gabung 5B/5F dan kelas 'Aiskrim' saya. Nanti saya cover balik masa yg terlepas tu dgn buat kelas petang. Next week. Harap dengan masa yang masih bersisa, Che'gu mampu membantu apa yang patut. Terutama kelas 'Aiskrim'. Jangan lupa target kita ye, mesti dapat 4B dan ke atas. Dapat 1A lagi bagus.





Monday, August 10, 2009

::FOTOGRAFI::

Salamun'alaik.

Bulan lepas (20 dan 21 Julai 2009) Che'gu ada menyertai Bengkel Fotografi anjuran PKG Gopeng. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru tentang penggunaan kamera dan aspek teknikal penggambaran. Banyak juga la yang masuk (ilmu).

Penceramah/moderator bengkel ini ialah En. Nor Azman Ikhwan dar PKG Teluk Intan. Beliau banyak memberikan tips2 penggunaan kamera digital kompak dan kamera digital refleks lensa tunggal (SLR-Single Lens Reflex). Antaranya berkenaan Mod Zon Asas yang ada pada kebanyak kamera digital (tidak kira kompak @ SLR). Juga diterangkan tentang Mod Kreatif (hanya ada pada kamera SLR sahaja). Tidak ketinggalan mengawal White Balance, File Quality, Histogram, Exposure Value dan juga berkaitan Imejan dalam P&P.

Berikut adalah beberapa foto yang telah diambil dengan mengaplikasikan beberapa teknik yang diberitahu oleh En. Azman. Cuma, foto ini diambil dengan kamera digital Casio Exilim, bukannya kamera DSLR. Tapi, hasilnya agak memuaskan.




WELCOME TO SCHOOL OF LIFE