Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

~LENSA CHE'GU@HAC7-2010~

Salam untuk semua. 
Che'Gu tiada ilham nak menulis entri. Hari Jumaat lepas (16 April), Che'gu jadi jurugambar untuk JK Dokumentasi. Harap faham cerita bergambar ni. Hihihi.....
Amiin.
Sebahagian daripada guru-guru lelaki SBPI Gopeng
Sebahagian guru-guru perempuan SBPI Gopeng
Dari kiri: Pn. Mahriza, Cik Norazima & En. Amirul
Tetamu Khas, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar b. Mahmud,
Pengarah Institut Aminuddin Baki.




Ustaz Sukri mengetuai bacaan doa.
Gembiranya Farah Hanin....apa yang Diyana beritahu?

Sahabat seperjuangan, WanZu, Aruzelan & Khairi.
Kali terakhir terima, tahun 2007 (untuk SPM 2006).

Monday, August 10, 2009

::SUNTIK::

Salam untuk 1 Malaysia.

>UJIAN SELARAS 2 & SPM TRIAL<
Minggu ni mungkin minggu stressful buat student IGOP kan? Semua kena jawab xm. Lebih2 lagi form 3 & form 5 students. Result trial xm ni akan jadi kayu pengukur anda dalam xm sebenar. Jawab yang terbaik. Persiapan mesti lengkap dan rapi. Guru2 dah curahkan segala ilmu, ibarat penunggang kuda yang hanya boleh membawa kudanya ke sungai untuk minum, tetapi tidak dapat memaksa kudanya itu untuk minum. Hari ini agak penat juga la. Che'gu kena jadi pengawas untuk tingkatan 4 Biruni bersama Cikgu Ani Hayati. Bergilir2 la. Ada 3 paper pulak tu. 1st paper, BM (1 1/2 jam). Then EST (1 1/4 jam) dan Fizik (1 1/2 jam). Naik jemu dok dalam kelas. Nasib baik bawak buku. Dapat juga la ilmu tentang IQ, EQ, SQ. Nanti dientri yang lain Che'gu kongsikan sedikit dapatan daripada pembacaan buku itu. Sangat menarik. Pasti dapat meransang daya berfikir seseorang.

>CONTACT TIME<
Setelah 2 minggu tertangguh, hari ini contact time kembali seperti biasa walaupun sekejap sahaja. Apa yang penting, (kerjasama ke?~Wonderpets!) Che'gu dapat selesaikan perkara berkaitan maklumat guru2 untuk dikemaskini dalam EMIS Online.

>SUNTIK<
Balik dari sekolah, dah hampir pukul 3. Mama pula dari tadi tunggu untuk bawakan Icha ke klinik. Hari ini Icha ada temujanji untuk suntikan imunisasi setelah berusia 1 tahun. Sedang jaga xm tadi, mama called beritahu Icha kurang sihat. Dah tiga kali cirit-birit. Katanya demam. Uish, jadi risau pulak bils dengar perkataan 'demam'. maklum sajalah, musim H1N1 ni. Sampai je di rumah, terus kejutkan mama yang tertidur sebab puasa (ganti!). Then ke rumah Che Yah (bb sitter). Lepas dapatkan Raisya, Che'gu tengok, check, xdemam pun. Mungkin dia xlarat sebab dehydrate by the cirit-birit. Lepas nurse check, suhu Icha rendah je, 36.8 Celsius. Alhamdulillah.

>CLAIM<
Lepas bawa Icha ke klinik, terus ke PPD Kinta Selatan untuk hantar claim bulan Julai. Dah byk kali hantar, tapi ada je dokumen xlengkap. Nasib baik hari ni semua setel. Kalo x, memang burn gitu je la duit minyak dok ulang-alik ke PPDKS tu. Bukannya dekat weh.

>ICHA<
Punggung Icha merah2. Maghrib tadi asik nangis je, xnak duduk. Rupanya dia pedih. Jadi merah mungkin sebab banyak kali poo-poo hari ni. Cian Icha. Lepas tukar diapers & sapu krim, Icha terlena setelah diberikan susu oleh Mama. Akhirnya mama n papa baru dapat rehat. Aduuuuuuuuuuuuuu.... penat nyeh!!!

>SSQS<

Penat pun terpaksa tido lambat jugak sbb kena isikan maklumat survey/responden SSQS (Smart School Qualification Standard System). Tarikh tutup 14 Ogos ni. Nak buat di sekolah, talian xberapa memuaskan. Mungkin sbb semua guru2 data sibuk nk key-in maklumat. Terpaksa la buat kat rumah. Okeh...nak sambung key-in data.

Icha dah pandai beraksi depan kamera.

Friday, March 06, 2009

GAMBATTE NEH!!!!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua.

Khas buat pelajar2 SBPI Gopeng, che'gu ucapkan SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SELARAS 1/2009.

Buat yang terbaik.

Monday, November 17, 2008

LESSON 076 : ANUGERAH CEMERLANG KOKu

Assalamualaikum w.b.t. & salam peperiksaan!!!

Lebih kurang seminggu yg lepas, SBP Integrasi Gopeng telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Ko-kurikulum 2008 bertempat di dewan makan asrama SBPI Gopeng. Majlis dirasmikan oleh pegawai PPD Daerah Kinta Selatan.

Majlis dimulakan dgn upacara makan2 (acara wajib!), disusuli pula dgn persembahan drpd pelajar. Antara persembahan yg dipersembahkan ialah nasyid (mcm biasa la, stereotaip!! Dh jd imej SBPI Gopeng kot...) Nasyid drpd pelajar F3 (rasanya la...)

& paling meriah persembahan dikir barat Kumpulan DewataRaya (baru ditubuhkan tahun ini atas usaha Cikgu Azril a.k.a. Cgu Bob).
persembahan paling happening coz cikgu2 pn join 1x (Cgu Bob - Gendang ibu, Tukang Karut; Cgu CB - Gendang anak ; Cgu Wanzu - Gong)

Dh hbs persembahan, acara penyampaian anugerah pulak. Mcm2 anugerah la diberikan kepada para pelajar, sbg penghargaan terhadap penglibatan mereka sepanjang tahun 2008.

Yang paling HOT-nya, RUMAH DELIMA menang besar malam tu. Antaranya Anugerah Sahsiah Terbaik, Anugerah Akademik Terbaik dan Anugerah Ko-kurikulum Terbaik (3K je xmenang!!!). Dgn itu melayakkan RUMAH DELIMA menggondol Anugerah RUMAH TERBAIK KESELURUHAN utk tahun 2008. Ini bermakna, Rumah DELIMA menjadi johan keseluruhan 2 tahun berturut-turut. Alhamdulillah.

Harap2nya tahun depan menang lagi la, baru leh wt hatrik.setiap pelajar DELIMA akan dapat 1 badge ni.

Wassalam.

Sunday, October 19, 2008

LESSON 048: Sambutan Hari Raya - Part II

Hari Jumaat (mlm Sabtu) kerja2 memotong daging, bwg dsbnya dh selesai. Lepas Isyak terus menjamu selera dgn sup tulang pulak.

Hari Sabtu pulak hari kejadian sebenar. Majlis start kul 12.30 klu ikut yg dirancang. So, pukul 11 dh mula menyiapkan hidangan. Guru2 & pelajar2 sibuk menyusun, mengangkat makanan utk dihidangkan kpd para tetamu. Menunya gulai kari daging, daging kicap, nasi putih, buah oren, air oren.

Pukul 12 dh mula jamuan. Tetamu dr rumah anak yatim mula2 sampai. Then diikuti pelajar2...meriah, semua pkai baju raya. Lagi meriah bila ramai yang xmelepaskan peluang bergambar.
koleksi gambar jamuan raya
Guru2 & tetamu VIP menjamu selera di rumah pengetua. Menunya istimewa la sikit. Ada tambahan lemang, rendang, buah tembikai, perut cicah air asam...

Saturday, October 18, 2008

LESSON 047 : Sambutan Hari Raya - Part I

Hari Khamis lepas ada mesyuarat JK Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Hanya ketua2 bg setiap post shj dipanggil.

Aku kena jadi ketua post peralatan & kebersihan. Aiseh, byk keja la kena buat. Sume gune kudrat. Nasib baik student ramai. Leh mintak tolong la.

Dgr cerita 2 ekor lembu akan tumbang. Sekor utk aqiqah, seko lg utk sedekah. Anak2 yatim pn akan dijemput utk bersama2 hadir pd hari jamuan nnt.
semua sibuk buat kerja masing2

Maka, hari Jumaat tu lembu dh berjaya ditumbangkan pd waktu pg. Smp kt sekolah kulk 2 lbh, lepas solat Jumaat. Sume dah siap dilapah. So, tugas kami hanya nk kna potong2 je la. Lapah dgg2 drpd peha dsb.
Che'gu pun join the klub jugaks!!

Memang meriah la masa gotong-royong nk kerjakan daging lembu tu. Guru2, pelajar2, pekerja am...sume2 la...xberat tulang utk menyiapkan kerja. Kejap je dh selesai. Mlm tu katanya nk masak sup tulang, mkn bihun sup. Kenduri dagingnya esok, hari Sabtu.

Monday, October 13, 2008

LESSON 041: Exam Week - PMR & Year-End Examination~

Presentation pelajar2 2k topik2 last

Pagi ni, pelajar2 form 3 dah mula menduduki peperiksaan PMR. Form 4 pula dah mula ujian akhir tahun. So, very good luck for all of u. Jawab elok2.


Pagi ni Che'gu kena bawa baby Raisya ke Klinik Gopeng utk dptkan suntikan imunisasi. Appointment dgn doktor pukul8. Masalahnya, Che'gu kena jaga xm form 4 Kindi dari kul 8.35-9.45 am. So terpaksala hantar mama & baby je kt klinik the terus rush ke skool semula utk jaga xm. Biasa Che'gu akan tunggu 1x kalau baby jumpa doktor.

Kalu Icha lapar, dia akn buat bunyi 'Chup2' dgn blkg tpk tgn dia.

Habis je tugasan jaga xm, terus keluar ke klinik semula. Sampai je, tgk mama dh siap. Icha-chan tgh sedap tido. Mama ckp Icha nangis kuat masa kena injection kt peha. Cian Icha. Alhamdulillah, mama kata Icha sihat n beratnya dh capai 5.1 kg. Hampir 1kg naik. Bulan lepas 4.2 kg je. Nampaknya Icha semakin pantas membesar. Semua org ckp Icha nmpk sihat n besar coz baru 2 bulan. xmcm budak 2 bulan. Maybe sbb mama istiqamah bg BF(breast feeding) kt baby. Mungkin itu kelebihan BF.

Saturday, October 11, 2008

LESSON 039: BERUSAHA DAN BERJAYA

Alhamdulillah, pagi ni bgn tido awal sket. B4 pukul6 dh terjaga. Semuanya gara2 black-out. Sedar2 je terasa hangat semcm, rupanya kipas xberpusing. Bila tgk rumah sekitar Taman Gopeng Indah ni, semuanya gelap gelita. Sah! Black-out. Tapi cuaca mlm td OK je, xhujan xde ribut. Ntah apa masalahnya.

Bila bangun tu, terfikir baju kemeja yg nk dipakai xgosok semalam. Aiseh....hari nia ada pulak majlis interaksi dgn ibubapa pelajar F5 + bacaan Yaasin + solat hajat. Biar la...pkai la bju yg xiron pn. Selesai je solat subuh, bila buka wardrobe....Alhamdulillah, ada rupanya baju yg dh iron. Tu pn isteri iron masa belum bersalin lg. Lupa nk pkai kot. Huhuhuhu....

Pagi td sebelum ke sekolah, sempat belikan nasi lemak utk mama. Malam td lg pesan suruh beli, rasa nk mkn nasi lemak katanya.

Hari ni kt sekolah hangat sket la suasana dgn kehadiran ibubapa. Tambah2 lagi utk subjek2 elektif yg agak2 kritikal juga la. Eg. Biologi, Kimia, Fizik, Add Math....Beratur pnjg la parents nk jumpa cikgu. Nak dptkan penjelasan dan pandangan cikgu2 psl anak mereka. Alhamdulillah, parents semua dpt terima penjelasan kami dan xtimbul suasana kecoh mcm beberapa tahun dulu. SPM pn dh xlama2. Parents + guru2 + pelajar2 sama2 berusaha utk dpt yg terbaik. InsayaAllah.

Che'gu hari ni kering tekak jugak la nk bg penjelasan kpd parents. Explain punya explain, sedar2 dh azan Zuhur. Dah selesai sume....pegi mkn then parents + guru2 + pelajar2 sama2 ke surau. Solat Zuhur, baca Yaasin & solat hajat utk pelajar2 PMR & SPM. Semoga semua berjaya dgn cemerlang.

Wednesday, October 08, 2008

LESSON 038: BLOGGERz SBPIGOPENG MAKIN BERTAMBAH + REUNION

Erm,lepas raya ni....makin ramai yang berminat nk jadi blogger. Maybe raya hari tu ramai yg jumpa kembali kwn2 lama. Agaknya terfikir nk wujudkan satu wadah untuk menyatukan kembali. Bak kata org Kelantan, 'reunion'. Hahaha...


Antara yang bersemangat jadi blogger ialah Che'gu Azril (a.k.a. Bob) dan Cikgu Sharibi (a.k.a. CB). Masing2 sibuk buat blog untuk ex-student sekolah masing2. Kata deme...senang nk 'keep in touch' (kata org Kelate lg) dgn kwn2. Masa raya deme ada ckp2 pasal reunion...tu yang dorg nk kumpul2 dulu batch deme dulu. Byk lg cara 2k wujudkan komuniti utk reunion ni. Antara yg femes, guna frenster @ myspace. Mcm geng2 C.H.E.'.G.U., kami berhubung melalui Yahoogroups @ YM.

Dah terlanjur bercakap psl reunion ni....Biotek 2000-03 dh byk kali buat reunion. 1st time buat kt Sg. Tekala, 2nd kt Cameron Highlands, 3rd kt Kota Tinggi and 4th sedang dlm progress. Cdgnya hujung tahun ni. Kali ni reunion merangkap 1st family day sbb sume dh beranak pinak. Hahahaha....deme cdg nk buat kt Kalumpang coz kt situ ada eco-resort best. Suasana mcm dlm kg. Dgr kata ada dusun buah, air terjun. Harap2 jadi la.

That's all for this
time.

Adios amigos. Gracias.

Daisypath Anniversary Years TickerDaisypath Anniversary Years Pic

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Wednesday, September 10, 2008

LESSON 031: SELAMAT BERPUASA



ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Urm, dah msuk hari yang ke-10 kita berpuasa. nampaknya,dh hampir berakhir sepertiga yang pertama. Seperti sabda Nabi S.A.W., bahawa 10 hr yg pertama penuh dgn maghfirah (keampunan), 10 hari yg ke-2 rahmat(rahmat) dan 10 hari yg terakhir pelepasan diri dr api neraka.
dalam 10 hari ni, cuba2 kita muhasabah setakat mana dh amalan kita. setakat mana kita manfaatkan madrasah tarbiyah ramadhan ini. yang mana pahala berlipat ganda dikurniakan Allah.
paling penting amalan wajib harus diutamakan iaitu solat 5 waktu. di tambah dgn solat terawih, tadarus al-Quran dan lain2 lagi.
semoga kita mendapat manfaat darinya.
Insya-Allah. Wallahua'lam.

P/S : Anak AMBo dh berusia 37 hari pd hr ni. Smlm pegi klinik Gopeng, berat badan 4.15kg.

Friday, August 15, 2008

LESSON 030: TRIAL XM DAH BERAKHIR...

ASSALAMUALAIKUM....
SPM & PMR Trial xm dh berakhir. Cuti akan bermula esok. Pelajar2 seronok la, merdeka la kununnya. Tp jgn enjoy sgt, buat revision. Xm sbnr dh xlama. Gunakan masa yg terluang sebaik2nya. Plg penting jg kesihatan diri & keselamatan. Kalau blk kg cukup sifat semua, sempurna, masuk asrama blk nnt pastikan semua sempurna juga. Jgn ada pth riuk sana sini.

Buat cikgu2....xm dh habis ni, bab yg paling xbest 1x bila nk marking paper xm tu. berlambak2. Xlarat bila difikirkan. Macam AMBO ngajar B
io, ada 3 paper, ngajar 3 kelas, tiap kelas ada 30 org....kertas 1 ok la, pkai OMR. sekejap je. Yang lomahnya K2 n K3 yg jwpnnya subjektif. Jwpn bdk2 pulak mcm2...jem kepala otak nk pikir nk bg markah kt tang mana....hadui.....sabaq la no....Cuti ni kita berpesta la ye. Pesta tanda kertas, hahaha.....jangan mare!! nnt kena jual!!

Thursday, August 14, 2008

LESSON 029: ADUH...ADUH...XHBS2 DGN TROJAN!


Aduhai...kt skool AMBO ni xhbs2 ngn serangan trojan especially yg berpindah dr removable drive (pendrive, etc). Ada guru2 yg kurg alert tntg computer security, plug n play je bila cucuk p/drive mereka tanpa scan dahulu dgn a/virus yg ada.
natijahnya...tersebarlah pelbagai virus n trojan. Letih la mcm ni. Dah berminggu2 trojan Gamania mengganas. Asalnya membiak di PC B. Guru 1, ntah siapa yg membawanya. Habis tersebar ke laptop guru2 lain yg mencucuk t/drive kt situ. Nasib la. Dah puas scan, ada lg yg buat2 xingat @ memg xingat scan.
Geram pun ada juga.
Alhamdulillah, laptop AMBO selamat sbb AMBO sentiasa berwaspada n dptkan a/virus yg bagus.
Untuk guru2...sila la download stand-alone a/virus kt bwh ni. Xpayah install pun. terus RUN je.
DOWNLOAD :
DR. WEB CUREIT ANTIVIRUS
NINJA PENDRIVE (autoscan pendrive bila pendrive dicucuk kt USB)
FLASH DISINFECTOR (sama mcm NINJA PENDRIVE, tp bkn autoscan, utk trojan jenis Bha.dll)
STINGER

Harap2 dapat membantu la serba sedikit...

Monday, August 04, 2008

LESSON 024: SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM & PMR

ASSALAMUALAIKUM.........
Che'gu nk ucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN kpd calon2 SPM & PMR yg bermula hari ini, 4 Ogos 2008. Semoga apa yg telah guru2 curahkan sepanjang 3@5 tahun ini, dpt dijadikan panduan apabila menjawab nnt. Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan.

Kalau soalan tu susah sgt, byk2kan beristighfar, berselawat... insyaAllah, Allah akan bantu.

Allah S.W.T. berfirman,mafhumnya:
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Ini kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap."
(Surah Al-Insyirah : 1-8)

Erm...utk pljr2 yg ambil subjek Biologi, nota2 utk F4 dh di'update'kan smp subtopic 6.5 Absorption & Assimilation.

Selamat memuatturun dan melakukan revisi.....Good Luck!!!

Friday, August 01, 2008

LESSON 023: MARILAH...MARI...KITA MEMUAT TURUN....

Haluuuuuuuu.....
Ambo baru jah upload soalan2 trial past year utk rujukan pljr2 yg ingin membuat ulangkaji. Skema pun ada. tgk2 la tab kt sebelah kanan tu deh.

jgn lupa bg feedback. htr komen n cdgn.

Thursday, July 31, 2008

LESSON 022: Trial SPM makin hampir...


Assalamualaikum & selamat semuanya...
Lama betul AMBO xupdate blog Ambo nih. Internet ado masalah sket.huhuhuhu...

Apa2 pun...dalam keterujaan Percubaan SpM yg semakin mampir...ada lg keterujaan paling besar dlm hidup Ambo, iaitu menunggu anugerah Allah, zuriat pertama Ambo. Sungguh saspensi. Sebelum AMbo bercerita ttg 1st baby Ambo...nk cerita psl keja dulu.

Alhamdulillah, dh berjaya tamatkan silibus F5 Biology. Skan dh msuk fasa melatih bertubi2. Ambo berterus-terusan menyogok mereka dgn contoh2 soalan yg sgt berbahaya. Wahahaha...Yang lain2, pandai2 la depa nk hidup. Utk berjaya, usaha cikgu hanya 30% je, student kena bg effort 70%. itu kata boss Ambo la, En. Dzul. Amo pun setuju. Kalu hanya cikgu yg beria2 nk jdkan muridnya cemerlang sedangkan muridnya sedikit pun xde nafsu & kesedaran utk berusaha lebih....sia2 je la.
Betul X?
Erm...kepada pelajar Ambo khususnya, dan pljr2 SPM seluruh Malaysia...selamat menempuh ujian percubaan. dptkan result yg cemerlang terbilang..nnt senang nk apply scholarship.

Bercerita tentang Ambo Jr yg bakal lahir, skan ni isteri Ambo dh sarat. dh msuk bulan ke 9. tunggu masa saja. jangkanya 15hb Ogos ni. kalu kua awal, ok gak. Ambo xsbr nk tgk baby Ambo. Xtau la muannas ke muzakkar. Ambo ni memang minat kt budak2, tu yg excited. Doakan isteri & anak Ambo selamat deh blako-lako.........

Tuesday, June 24, 2008

LESSON 018: Dah Masuk Topik Baru

Alhamdulillah, akhirnya dpt juga menamatkan topik 3 tingkatan 5 dgn baik. Diharapkan pelajar2 dpt memahami segala isi kandungan ilmu dgn baik. Andai ada pertanyaa, klik sj comment kt bwh tu. Tulis sj sbrg pertanyaan, insyaAllah akan dihuraikan kemudian.

Apa2 pun, dlm belajar perlu ada barakah@keberkatan. Byk perkara yg perlu dipatuhi agar ilmu yang diperolehi mendapat barakah. InsyaAllah. Antaranya, yg paling penting la;
(a) Patuh segala suruhan & menjauhi larangan Allah.
(b) Selalu memohon keampunan kepada Allah, bibir xlekang beristighfar.
(c) Berbakti pd ibubapa, selalu mohon maaf. mungkin tanpa kita sedari, kita telah mengguris hati kecil mereka.

Itulah sedikit sebanyak yang AMBO boleh tulis utk kali ni. Di lain masa, AMBO akan ceritakan lebih lanjut adab2 belajar agar ilmu itu berkat.

Kalau nk dptkan soalan, nota, worksheet, video, gambar yg berkaitan dgn pelajaran, khususnya BIOLOGI...jgn segan2 download kt sebelah kanan tu. AMBO akan update bahannya setiap masa. InsyaAllah.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE