Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, September 07, 2009

::SALAM NUZUL QURAN::

Assalamualaikum w.b.t. kpd semua.

Hari ini 17 Ramadhan. Suatu tarikh yang sangat besar ertinya kepada umat Islam. Tarikh turunnya Al-Quran ke dunia.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 Semoga kita dapat membaca, memahami dan mengamalkan segala ajaran Al-Quran. Ayuh gandakan ibadat di bulan Ramadhan dengan membaca Al-Quran.



Tuesday, August 11, 2009

::TAHU vs SEDAR::

Ramai manusia hanya tahu, tapi tidak sedar dalam banyak perkara. Ya, dua perkataan ini sangat berbeza maksudnya. Tahu letaknya di akal - dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala sedar letaknya di hati - dengan mempunyai penghayatan dan hikmah.
Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata, " Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)."
Untuk membezakan antara tahu dan sedar, boleh diumpamakan, seseorang yang berjaya mendapat 1A dalam subjek Pendidikan Islam tetapi tidak menunaikan solat. Dia sememangnya tahu tentang kepentingan solat, hikmat solat, hukum meninggalkan solat dan sebagainya, tetapi hatinya tidak mempunyai penghayatan (kesedaran) terhadap pengertian solat itu sendiri. Juga boleh diibaratkan, merokok itu membahayakan kesihatan, tetapi masih ramai yang merokok.

>PERUBAHAN<
Kesedaran adalah gerbang awal ke arah perubahan diri. Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Kita dan semua yang lain akan sentiasa berubah, sama ada menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. Jika tidak menaik, mungkin kita menurun. Bijak pandai pernah berkata, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."

Persoalannya, kita di golongan yang mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Pilihlah sendiri.

Sunday, March 08, 2009

THOLA'AL BADRU 'ALAINA


Assalamualaikum wbt...

Che'gu nk ucapkan Selamat Menyambut MAULIDUR-RASUL 1430H.

Lahirnya Rasulullah S.A.W. Junjungan Mulia
Membawa Rahmat Ke Seluruh Alam Semesta.

Marilah kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan kita rahmat yg tak ternilai harganya. Hadiahkan la selawat & Salam buat Kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Thursday, June 26, 2008

LESSON 020: Untuk Renungan Bersama


Kesenangan dan kemewahan kita pada hari ini membuatkan kita lupakan insan2 lain.

Kita sering bergelak ketawa, tapi kita lupa kesedihan orang lain.

Masa kita kekenyangan, kita lupa ada lagi manusia yang kelaparan.

Saat kita riang bermain game, masih ada antara kita yang 'bermain' dgn peluru, tengkorak.

Renung2kanlah........

Klik untuk download --> Something Bothering U.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE