Monday, May 24, 2010

~PROMOSI~

Promo! Promo!
Jika berminat, boleh hubungi nombor tertera di bawah.
Che'Gu Fazli : 013-9745616
Ataupun lawati



Friday, May 21, 2010

~POTLUCK AGAIN!~

Salam untuk semua.

Hari ni dah masuk sebulan tak menulis entry untuk blog ni. Entah, semacam ada 'sesuatu' yang menghalang. Sedang mencari apakah 'sesuatu' itu.

16 Mei dah lepas, walau pun dah beberapa hari tapi masih nak ucap juga "SELAMAT HARI GURU". Untuk semua warga pendidik yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa walaupun ada segelintir memandang rendah profesion yang pernah dianggap mulia dan tinggi di mata masyarakat suatu masa dahulu. Khususnya untuk cikgu2 yang pernah mengajar insan biasa ini, Muhd Fazli bin Dollah. Cikgu2 semasa tadika KEMAS(1987), guru2 di SRKSultan Yahya Petra(1) (1988), guru2 SK Sg. Embak (1989-1993) - Cikgu Huslan, Cikgu Zaharah, Cikgu Kamarul, Sir Visva, Cikgu Mat Zai, Cikgu Mazman, Cikgu Fauzi, Cikgu Mazlan, Cikgu Seniwati, Cikgu Ramlah (itu je antara yang saya ingat). Tidak lupa kepada guru2 di SMKA Falahiah, Pasir Pekan seperti Cikgu Bustaman, arwah Ustaz Mat Awang, Cikgu Asnawi, Cikgu Ghazilan, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu CD (Che Deraman), Cikgu Rozidah, Cikgu Tuan Hasmah, Ustaz Shukri, Ustaz Mat Hussin, Ustaz Abdullah, Cikgu Arina, Cikgu Zamri dan ramai lagi la. Terima kasih atas didikan dan ilmu yang telah dicurahkan. Kini saya pun menjadi seperti kalian, Guru juga.

Hari ini, Bilik Guru 1 telah adakan jamuan atau 'potluck'. BG1 memang suka buat makan2. Kali ni dengan tema makanan ala barat. Mcm2 menu ada. Pizza, macaroni bakar, salad buah, french fries, wedges, puding, coleslaw, kek Secret Recipe dan banyak lagi la. Tapi Che'gu lupa nak ambil gambar makanan. Terlupa. Hihiihi.....hanya gambar orang yang memakan makanan sahaja sempat dirakam. Sesi fotografi khas untuk cikgu2....Action!!!








Tuesday, April 20, 2010

~LENSA CHE'GU@HAC7-2010~

Salam untuk semua. 
Che'Gu tiada ilham nak menulis entri. Hari Jumaat lepas (16 April), Che'gu jadi jurugambar untuk JK Dokumentasi. Harap faham cerita bergambar ni. Hihihi.....
Amiin.
Sebahagian daripada guru-guru lelaki SBPI Gopeng
Sebahagian guru-guru perempuan SBPI Gopeng
Dari kiri: Pn. Mahriza, Cik Norazima & En. Amirul
Tetamu Khas, Y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar b. Mahmud,
Pengarah Institut Aminuddin Baki.




Ustaz Sukri mengetuai bacaan doa.
Gembiranya Farah Hanin....apa yang Diyana beritahu?

Sahabat seperjuangan, WanZu, Aruzelan & Khairi.
Kali terakhir terima, tahun 2007 (untuk SPM 2006).

Monday, April 05, 2010

~BEDAH KATAK KE BEDAH TIKUS?~

Salam untuk semua.

Dah lama Che'Gu tak bercerita, ber'blogging'. Pagi tadi, baru sahaja lepas kendalikan kelas tingkatan 5 Biruni bedah katak & tikus. Katak tu pelaja-pelajar perempuan 5B yang tangkap sendiri. Berani sungguh. Minggu lepas kelas 5 Maari, bedah tikus je.

Che'Gu sebenarnya malas nak buat eksperimen bedah-bedah ni. Kalau boleh,nak habiskan silibus dahulu. Tapi desakan mereka sangat kuat, tiap hari dan tiap minggu asyik dok tanya bila nak bedah2. Akhirnya, terpaksa mengalah. Lagi pun, P&P tingkatan 5 tahun ni agak laju sedikit. Tak kisah la. Semangat inkuiri budak2 ni sangat tinggi. 



Friday, February 12, 2010

::KERJA RUMAH BIOLOGI TINGKATAN 5::

Seperti yang Che'Gu maklumkan di dalam kelas pagi tadi, inilah kerja rumah sempena school holidays. Jawab dalam buku latihan. Semua soalan esei. Selamat menjawab & selamat bercuti.



  1. Explain how blood pressure is regulated. (10 marks)
  2. Explain how guard cells helps in the opening and closing of stomata. (10 marks). 
Sila hantar kerja rumah anda pada 23 Februari 2010 (Selasa).

Thursday, February 11, 2010

::MOOD: GEMBIRA::

Malam ni...mood berbunga penuh rasa gembira. Hati melonjak-lonjak riang. Tak sabar menanti hari esok.

Kenapa?

Cuti Tahun Baru Cina makin hampir. Sekolah cuti seminggu. 13-21 Februari 2010. Alhamdulillah, Che'Gu gembira sebab punya masa untuk bersama keluarga tersayang. Melepaskan rindu setelah berjauhan. Rindu pada isteri & anak.

Habis je waktu persekolahan esok, Che'Gu akan meneruskan perjalanan ke Pahang. Perjalanan yang memenatkan tapi penuh dengan rasa teruja. Mungkin 7 jam atau lebih memandu kenderaan. Doakan Che'Gu selamat sampai ke destinasi.

Ok, nak kemaskan barang2 untuk dibawa esok......

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA. JAGA DIRI & JANGAN LUPA STUDY!

 
Can't wait to see them....

Sunday, February 07, 2010

::MULTIPROG'10@UNITEN::

Semalam, bangun seawal jam 4.00 pagi dek kerana MULTIPROG'10. Multimedia & Programming Competition 2010 di College of IT, Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Che'Gu jadi guru pengiring sebab Guru Penasihat Kelab Multimedia & ICT (Briged Siber) SBP Integrasi Gopeng. Ambil pelajar kat asrama pukul 4.30 pagi. 5.00 pagi baru gerak ke KL. Ngantuk tu memang la, tapi singgah R&R minum kopi.

Kami sampai dah lewat sebab tersalah keluar exit masa kat highway PLUS. Tersalah masuk exit ke KLIA/Klang. Huhuhu...Lama tak drive ke KL. Sampai kat UNITEN dekat kul 9 pagi. Mereka dah mula taklimat. Nasib baik semua cool je, tak gelabah. Sampai je, lepas register dan check nama, terus masuk dewan dengar briefing oleh Ketua Hakim Poster Design. (untuk pengetahuan, mereka masuk Kategori Poster Design guna Adobe Photoshop/Illustrator.
Khusyuk dengar briefing...

Pertandingan selama 3 jam. mula jam 9.00 pagi, habis kul 12.00 tengahari. Sementara tunggu mereka memerah otak, Che'Gu lepak di Makmal Komputer. Layan FB. Yang paling tak tahan, air-cond dalam College of IT tu sejuk sangat. Beku rasa darah ni....Nasib baik otak budak2 tu tak beku.
 
Ruby di mana-mana.....
  
 Sementara tunggu closing ceremony...
 
 
Bersama Team 1 (credits to Blusher) 

  

 

Alhamdulillah....anak2 didik Che'Gu berjaya. Team 2, Farhan & Firdaus dapat 2nd runner up. Dapat RM300, game controller, USB pendrive dan sijil. Team 1, Intan & Amoy dapat 1st runner up. Dapat RM500, set speaker PC, USB pendrive dan sijil.
 
 VC UNITEN tanya, SBPI Gopeng ni sekolah baru ke?

Team 2 menang 2nd runner-up worth RM300

Team 1 - Menang 1st runner-up worth RM500

Bangga sangat2....

Kami balik denganperasaan berbunga2....tapi depa bantai tido je. Pegi n balik sama je. Che'Gu drive sorang2....huhuhu. Tak sabar tunggu hari Isnin tiba.
 
 
 
 
Jalan2 ronda The Mines sebelum balik...

Tuesday, February 02, 2010

~SELSEMA~

Dah banyak hari selsema, batuk2 manja. Tapi bukan ILI (influenza-like illness). Selsema biasa je. H1N1 pn bukan. Harap kesihatan semakin baik dan dapat mengajar dengan bersemangat dan berkesan.
After 1 month, finally dapat juga jumpa anak kesayangan, Raisya@Icha di Kuala Rompin.
Dah besar anak Papa, muka dah montel sket & makin pandai. Mungkin kurang sihat ni sebab lama tak menatap wajahnya.

Wednesday, January 27, 2010

::TOTAL SURFACE AREA TO VOLUME RATIO::

Why bigger organisms need a specific structure for transport compare to small organism?
The larger the organism, the smaller the TSA/V ratio, so the slower the rate of diffusion.
In transporting all dissolved nutrients & getting rids of waste products in and out of the body, involving the process of diffusion (active & passive transport). If multicellular organisms depend on the simple diffusion alone, it takes a longer time for the molecules/nutrient substances to reach to the target cell.

The size of organism will affects affects the rate of diffusion of materials into and out of its body. The Paramecium has a TSA/V ratio of about 400 whereas man has a TSA/V ratio of about 0.3. The smaller the organism, the larger/wider surface for diffusion.

There are 2 problems that could be faced by multicellular organisms:
  1. The TSA/V becomes smaller because the size is large. Many layers of cells & tissues.
  2. The cells are situated far away from the external environment.
 Simple diffusion cannot bring enough oxygen & nutrients to these cells. Neither can waste products be removed quickly enough.

How to overcome these problems?
By having a specific circulatory sytem to transport substances throughout the body as examples blood circulatory system in animals and vascular bundles (xylem & phloem tisssues) in plants.




 






 
 



WELCOME TO SCHOOL OF LIFE