Sunday, January 04, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Palestin!!


Salam semua.

Konflik Israel-Hamas di Gaza semakin memuncak. Israel semakin rancak menggerakkan bala tenteranya memasuki bumi Palestin utk memperhebatkan serangan darat. Sungguh laknat perampas bumi Palestin itu.

Setakat ini, hampir 750 serangan udara dilancarkan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin dalam masa dua minggu. Paling kurang, 460 orang telah terkorban dlm serangan ini, termasuk 66 kanak2. Celakalah ke atas engkau wahai Israel Laknatullah & sekutu2nya.

Tetapi Bush (
memang patut wartawan Iraq baling kasut ~ lagi afdhal baling bom je!!) berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.”

“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush.

Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza.

Manusia Bush & Israel serta sekutu2nya ini sememang iblis bertopengkan syaitan. Kanak2 pn pengganas ke? Alasan. Israel tu bukan pengganas ek? Mana dorg ni letak otak ek? Kat tapak kaki kot. Org lain pengganas, diri sendiri tu bagus sangat la. Baik sgt la sampai buat serangan bom ke Gaza.

Apa yang menyedihkan, dunia Arab seakan2 buat xendah dgn apa yg dihadapi oleh Palestin. Hanya Iran yg berani bersuara. Negara2 Islam lain spt Malaysia hanya mampu berteriak, hantar memorandum kpd kedutaan sahaja. Seluruh dunia mengadakan protes terhadap kekejaman terbaru Israel ini.

Wahai umat Islam semua, ayuh kita panjatkan doa pada Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa. Semoga diturunkan pertolongan utk menghancurkan tentera2 kuffar yg menumpahkan darah mereka yg xberdosa. Hanya doa yg mampu kita kirimkan kpd pejuang2 Palestin.

Moh kita pulaukan produk2, syarikat2 yg bersekongkol dgn Israel & Amerika.

ALLAHUAKBAR!!!!

3 comments:

keyLa said...

betol3!!
satu lagi, geram sgt dgn mesir..xbukak langsung jalan nak tolong palestine padahal dekat je..sebelah je..jiran je!!!
mengong~^^

Che'Gu Fazli said...

memang pun. Mesir tu dr dulu lg sekular, sekutu kuat Amerika. Muammar Gaddafi bukanm leh caya. Rakyat Mesir nk wt protes jalanan t'hadap Israel pn dorg halang. Hampeh!!!

mantan said...

Yang kan musnahkan yahudi tu nanti ialah, ribut pasir ke., puting beliung ke, kemarau ke, kalau ada tsunami pun bagus jugak.

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE