Sunday, August 30, 2009

::Mana lagi?::

Salam Ramadhan buat semua.

Hari ni dah masuk 9 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Lusa persekolahan akan mula semula.

Kpd pelajar2 Che'gu yang dikasihi....ramai lagi yg xhantar homework. Penat puasa ek? Harapnya ada hardcopy la kalau xhtr via email pun.

Tahniah kepada yg hantar. Nanti Che'gu listkan sape yang dah hantar.

1. Ahmad Yassin (4M - paling awal) Checked
2. Nur Liyana Mat Kamis (4B - paling awal) Checked
3. Ilyani - 4M
4. Fizlaa - 4B Checked
5. Nur Fatin Aqilah - 4M
6. Firdaus - 4B
7. Noor Farhana Ayu - 4M
8. Nurfadila Shahran - 4M
9. Intan - 4B (sori, emel awksy xterima.baru td tgk ada dlm inbox.thanx!!)
10. Asyraf - 4B
11. Nur Aqilah Rashid - 4M
12. Ibrahima - 4M

Hurm...but be careful, if U do plagiarism, please make sure I can't trace it. I found somebodies try to fool me. Same answer, but used different fonts and sizes. Please be smart ek.

Thursday, August 20, 2009

::HOMEWORK::

Kali ni Che'gu nak buat kelainan.

Khas untuk pelajar2 Biology form 4. All 4B and 4M students, please download your school break homework. Anda boleh jawab dan hantar ke emel saya dalam bentuk softcopy. Atau, anda boleh hantar dalam bentuk hardcopy setelah sekolah kembali dibuka.

Yang penting, kerjarumah mesti dibuat dan dihantar. Anda boleh emel ke liefeng81@gmail.com ataupun fnwdesign@gmail.com

Sila klik di sini untuk muat turun soalan kerjarumah --> DOWNLOAD/MUATURUN

Tuesday, August 18, 2009

::TRIAL SPM KELANTAN 2007::

Di bawah ni ada soalan Biologi Percubaan Negeri Kelantan 2007. Tapi tiada skema disediakan. Sila klik untuk download.

Paper 1 - Download
Paper 2 - Download
Paper 3 - Download

::FALL ASLEEP::

~What a typical title! Hahaha...

Here are some pictures I shot during Ujian Selaras 2 last week.

I don't know why they fall asleep during the exam.

Dalam kelas waktu P & P pun mengantuk dan tido, masa exam pun tido jugak.

Mungkin salah satu benchmark budak2 asrama kot. Trend yang kurang bagus. Satu budaya yang tidak harus diteruskan. Katakan TIDAK kepada TIDUR DALAM KELAS!!!

Zzzzz................. (fall asleep too)......... ;p

~Penat on-call kot, maklum la PBSM~

~Ini memang tido betul2...~~Tido akan nikmat bila cikgu xde~
~Ini xpasti, tido ke tgh cari ilham nak jawab soalan~~Ni mungkin tgh berfikir kot??~~Xtau la kenape, pnt or xde keja.~
~Ni tido masa ceramah motivasi = Air liur basi~

::H1N1 & CIKGU WAN::

Assalamualaikum.

::H1N1
Semalam dalam berita, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa H1N1 belum lagi masuk ke peringkat darurat kesihatan walaupun kes kematian semakin hari semakin meningkat. Sehingga semalam (17 Ogos 2009),wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes, lapor laman web The Star.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 9 pagi ini, sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad.

Manakala 33 pesakit yang disahkan menghidap H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Daripada jumlah yang dirawat di ICU, 17 kes mempunyai risiko tinggi.

Dr Mohd Ismail dipetik berkata bayi tersebut yang menghidap asma dimasukkan ke ICU hospital pada 7 Ogos lepas kerana demam, batuk dan sesak nafas selama dua hari.

"Bagaimanapun bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Ogos lepas disebabkan 'severe pneumonia with acute respiratory failure'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita warga emas itu pula yang menghidap diabetes dan kegagalan jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos setelah pengsan di rumahnya dan meninggal dunia pada 12 Ogos disebabkan 'severe pneumonia'.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularannya dan meminta agar perhatian wajar diberikan dalam hal ini.

"Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin," katanya.

Oleh itu, beliau berkata sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada di rumah atau tidak mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga pulih. (sumber Malaysiakini)

::CIKGU WANZU::
Petang Sabtu lepas (15/8/2009), Che'gu dan Cikgu Aruzelan telah ke KPJ Ipoh Specialist untuk melawat anak Cikgu Wanzu, Wan Afiq Daniel yang dijangkiti H1N1. Anak lelaki Cikgu Wanzu itu telah disahkan positif pada lewat petang Khamis lepas setelah dua kali ujian terhadap sampel kahak dan darah dilakukan.

Setelah dibenarkan oleh doktor untuk menerima pelawat, kami berdua pun ke sana. Alhamdulillah, semasa kedatangan kami, Afiq dah semakin sihat dan aktif. Simptom H1N1 dah hilang. Cuma dia masih batuk2, disebabkan Afiq ada asma.

Menurut Cikgu Wan, punca jangkitan tidak dapat dipastikan kerana kata doktor, virus H1N1 mungkin dah ada dalam udara kita ni. Siapa yang antibodi lemah, akan mudah dapat jangkitan.

Semoga Afiq cepat sembuh. Cikgu Wan beritahu Afiq dah dibenarkan keluar wad petang semalam dan sedang menjalani tempoh kuarantin selama 3 hari di rumah. Alhamdulillah.

Thursday, August 13, 2009

::BUAH TANGAN::

Yippie!!! Che'gu dapat buah tangan istimewa dari bekas pelajar, Min (Siti Aminah Mazlan, ex-Biruni0506). Buah tangan dari Korea lagi. Terima kasih sangat2, Bukan 1, bukan 2 tapi 7. Terima kasih!(x10000). Dapat cawan korea (2pcs), 2 magnet freezer (Cantik! Raisya suka main), 2 patung seramik dan 1 poskad. Terharunya (T-T).

Min dan kawan2 (dengar cerita bersama Kella, Bella. Klu ada yg lain, maaf la xsebut nama). Diorang datang masa Che'gu xde kt sekolah. Huhuhu...gi Bengkel Photoshop kt PKG Gopeng. (nape dtg tyme saya xde??).


Rasa terharu bila bekas2 pelajar masih ingat pada guru mereka. (Ahh...inilah indah & bahagianya jadi guru. Moga kalian sentiasa mendoakan keampunan utk kami semua.)

Wednesday, August 12, 2009

::LOCO-LOCO::

Confuse with the title? Huh, just to attract U. Actually, here the notes for Chapter 2 Form 5 Biology. I used it in our class. Just to share with my students my notes.

CHAPTER 2 : LOCOMOTION & SUPPORT
2.1 Support & Locomotion in Humans & Animals (Part1) - Download
2.1 Support & Locomotion in Humans & Animals (Part2) - Download
2.1 Support & Locomotion in Humans & Animals (Part3) - Download

::FORM 5 NOTES::

Another notes for form 5 students. Download and study on your own. Please write your comment if any.

CHAPTER 1 - TRANSPORT
1.1 Importance of a Transport System in Some Multicellular Organisms - Download
1.2 The Circulatory System (Part 1) - Download
1.2 The Circulatory System (Part 2) - Download
1.2 The Circulatory System (Part 3) - Download
1.3 The Mechanism of Blood Clotting - Download
1.4 The Lymphatic System (Part 1) - Download
1.4 The Lymphatic System (Part2) - Download
1.5 Body's Defence Mechanism - Download
1.6 Appreciating a Healthy Cardiovascular System - Download
1.7 Transport of Substances in Plants - Download
1.8 The Transport of Organic Substances & Water in Plants - Download

Tuesday, August 11, 2009

::PERCUBAAN SPM 2008::

Di sini Che'gu sediakan soalan2 Biologi Percubaan SPM SBP 2008 untuk pelajar2 gunakan sebagai rujukan atau ulangkaji. Link yang lama telah dipadamkan oleh hosting web. So, Che'gu dah uploadkan ke Mediafire bagi memudahkan anda semua. Sila klik link di bawah ini.

BIOLOGI PERCUBAAN SPM 2008
Kertas 1 - Muaturun
Kertas 2 - Muaturun
Kertas 3 - Muaturun

::TAHU vs SEDAR::

Ramai manusia hanya tahu, tapi tidak sedar dalam banyak perkara. Ya, dua perkataan ini sangat berbeza maksudnya. Tahu letaknya di akal - dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala sedar letaknya di hati - dengan mempunyai penghayatan dan hikmah.
Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata, " Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)."
Untuk membezakan antara tahu dan sedar, boleh diumpamakan, seseorang yang berjaya mendapat 1A dalam subjek Pendidikan Islam tetapi tidak menunaikan solat. Dia sememangnya tahu tentang kepentingan solat, hikmat solat, hukum meninggalkan solat dan sebagainya, tetapi hatinya tidak mempunyai penghayatan (kesedaran) terhadap pengertian solat itu sendiri. Juga boleh diibaratkan, merokok itu membahayakan kesihatan, tetapi masih ramai yang merokok.

>PERUBAHAN<
Kesedaran adalah gerbang awal ke arah perubahan diri. Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Kita dan semua yang lain akan sentiasa berubah, sama ada menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. Jika tidak menaik, mungkin kita menurun. Bijak pandai pernah berkata, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."

Persoalannya, kita di golongan yang mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Pilihlah sendiri.

Monday, August 10, 2009

::SUNTIK::

Salam untuk 1 Malaysia.

>UJIAN SELARAS 2 & SPM TRIAL<
Minggu ni mungkin minggu stressful buat student IGOP kan? Semua kena jawab xm. Lebih2 lagi form 3 & form 5 students. Result trial xm ni akan jadi kayu pengukur anda dalam xm sebenar. Jawab yang terbaik. Persiapan mesti lengkap dan rapi. Guru2 dah curahkan segala ilmu, ibarat penunggang kuda yang hanya boleh membawa kudanya ke sungai untuk minum, tetapi tidak dapat memaksa kudanya itu untuk minum. Hari ini agak penat juga la. Che'gu kena jadi pengawas untuk tingkatan 4 Biruni bersama Cikgu Ani Hayati. Bergilir2 la. Ada 3 paper pulak tu. 1st paper, BM (1 1/2 jam). Then EST (1 1/4 jam) dan Fizik (1 1/2 jam). Naik jemu dok dalam kelas. Nasib baik bawak buku. Dapat juga la ilmu tentang IQ, EQ, SQ. Nanti dientri yang lain Che'gu kongsikan sedikit dapatan daripada pembacaan buku itu. Sangat menarik. Pasti dapat meransang daya berfikir seseorang.

>CONTACT TIME<
Setelah 2 minggu tertangguh, hari ini contact time kembali seperti biasa walaupun sekejap sahaja. Apa yang penting, (kerjasama ke?~Wonderpets!) Che'gu dapat selesaikan perkara berkaitan maklumat guru2 untuk dikemaskini dalam EMIS Online.

>SUNTIK<
Balik dari sekolah, dah hampir pukul 3. Mama pula dari tadi tunggu untuk bawakan Icha ke klinik. Hari ini Icha ada temujanji untuk suntikan imunisasi setelah berusia 1 tahun. Sedang jaga xm tadi, mama called beritahu Icha kurang sihat. Dah tiga kali cirit-birit. Katanya demam. Uish, jadi risau pulak bils dengar perkataan 'demam'. maklum sajalah, musim H1N1 ni. Sampai je di rumah, terus kejutkan mama yang tertidur sebab puasa (ganti!). Then ke rumah Che Yah (bb sitter). Lepas dapatkan Raisya, Che'gu tengok, check, xdemam pun. Mungkin dia xlarat sebab dehydrate by the cirit-birit. Lepas nurse check, suhu Icha rendah je, 36.8 Celsius. Alhamdulillah.

>CLAIM<
Lepas bawa Icha ke klinik, terus ke PPD Kinta Selatan untuk hantar claim bulan Julai. Dah byk kali hantar, tapi ada je dokumen xlengkap. Nasib baik hari ni semua setel. Kalo x, memang burn gitu je la duit minyak dok ulang-alik ke PPDKS tu. Bukannya dekat weh.

>ICHA<
Punggung Icha merah2. Maghrib tadi asik nangis je, xnak duduk. Rupanya dia pedih. Jadi merah mungkin sebab banyak kali poo-poo hari ni. Cian Icha. Lepas tukar diapers & sapu krim, Icha terlena setelah diberikan susu oleh Mama. Akhirnya mama n papa baru dapat rehat. Aduuuuuuuuuuuuuu.... penat nyeh!!!

>SSQS<

Penat pun terpaksa tido lambat jugak sbb kena isikan maklumat survey/responden SSQS (Smart School Qualification Standard System). Tarikh tutup 14 Ogos ni. Nak buat di sekolah, talian xberapa memuaskan. Mungkin sbb semua guru2 data sibuk nk key-in maklumat. Terpaksa la buat kat rumah. Okeh...nak sambung key-in data.

Icha dah pandai beraksi depan kamera.

::FOOD DIGESTION::

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SELARAS 2 buat semua pelajar2 SBPI Gopeng, khususnya pelajar2 kelas 1 Farabi, 4 Biruni, dan 4 Maari. Untuk pelajar2 tingkatan 5, khasnya 5 Kindi, SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS SBP 2009. Semoga kalian semua dapat menjawab dengan tenang dan terbaik. Chai-yok! Ganbatte-neh!!

::NOTES::
Urm, dah lama Che'gu tak muatnaik (upload) nota2. Kebetulan pelajar2 sedang xm, so dapat la ruang waktu untuk upload nota yang ada. Kali ini, Che'gu upload nota Biology Form 4, Chapter 6 (Nutrition). This time, 6.4 - Food Digestion.

::Food Digestion::
Dalam topik ni, apa yang penting adalah mengetahui maksud 'digestion' dan juga proses pencernaan yang berlaku disepanjang salur alimentari. Proses pencernaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pencernaan secara fizikal (oleh gigi dan peristalsis) dan secara kimia (tindakan oleh enzim pencernaan).

Untuk maklumat lanjut, sila download nota tersedia.
Klik tajuk di bawah untuk muatturun nota dalam bentuk MS Powerpoint.
6.4 - Food Digestion


::FOTOGRAFI::

Salamun'alaik.

Bulan lepas (20 dan 21 Julai 2009) Che'gu ada menyertai Bengkel Fotografi anjuran PKG Gopeng. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru tentang penggunaan kamera dan aspek teknikal penggambaran. Banyak juga la yang masuk (ilmu).

Penceramah/moderator bengkel ini ialah En. Nor Azman Ikhwan dar PKG Teluk Intan. Beliau banyak memberikan tips2 penggunaan kamera digital kompak dan kamera digital refleks lensa tunggal (SLR-Single Lens Reflex). Antaranya berkenaan Mod Zon Asas yang ada pada kebanyak kamera digital (tidak kira kompak @ SLR). Juga diterangkan tentang Mod Kreatif (hanya ada pada kamera SLR sahaja). Tidak ketinggalan mengawal White Balance, File Quality, Histogram, Exposure Value dan juga berkaitan Imejan dalam P&P.

Berikut adalah beberapa foto yang telah diambil dengan mengaplikasikan beberapa teknik yang diberitahu oleh En. Azman. Cuma, foto ini diambil dengan kamera digital Casio Exilim, bukannya kamera DSLR. Tapi, hasilnya agak memuaskan.




Saturday, August 08, 2009

:: HI-TEA ::

Salam.
Sebenarnya hi-tea ni dah tertunda selama 2 minggu. Akhirnya termakbul juga nk bawa kru2 Unit Fotografi & Publisiti HKJ7 untuk makan2. Rasanya segala penat, tidur yang tidak cukup, makan xmenentu hilang di hi-tea ini. Semua nampak ceria. Budak2 laki sume makan mcm dah seminggu xjumpa makanan. Wahahaha.....

Kru2 perempuan sume kontrol ayu je makan. Kesian. Lagi kesian, sorang lagi kru perempuan xdapat hadir sbb kurang sihat.

Hi-tea ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada semua kru2 daripada Penyelaras2 Unit Fotografi & Publisiti yang diketuai oleh ,Che'gu sendiri, Pn. Masitah dan Cik Anisah. Turut menyumbang tenaga Cik Fazilawati. Thanks 2 all of you.

::Bersama semua guru2 & kru terlibat::

::Siapa bagi kat siapa?::

::Dapat sijil & $$::

::Icha pun ikut sama::

::Makan sampai kenyang!::

::Ijat a.k.a. Hidung sedang menyediakan mee kari::

::Cikgu Wati jadi baby sitter Icha kejap::

Friday, August 07, 2009

::hELLoooOOO::(gema mcm dlm gua)::

Salam buat semua followers (ada org follow ke, erks?)

::Permisi
Maaflah di atas ketiadaan en3 baru. Che'gu sgt2 sibuk. Tersangat la sibuk. Kursus sana, meeting sini, bengkel situ. Tambahan pulak kamera xde (akan dicerita dalam en3 lain, kalu ada masa la), so walaupun ada event kt sekolah, nk report xsyok xde gambar.

::Hi-Tea@Excelsior Ipoh
Petang tadi ada 2 event yang Che'gu hadir. 2-2 melibatkan acara makan2 free(paling suka ;P)
Mula2 hi-tea kat Hotel Excelsior kul 3 ptg dgn ahli2 Unit Fotografi, Dokumentasi, Buletin dan Publisiti untuk Hari Kebudayaan Bahasa Jepun baru2 ini. So, makan smpai hampir muntah la. Perut memang overloaded. Kul 5 lbh baru gerak balik rumah.


::Jamuan Sambutan Hari Lahir@DM SBPI Gopeng
Dkt Maghrib pulak ada makan2 lagi kt DM. Konon2 sambut b'day student, teachers & staff yang lahir bulan Mei, Jun, Julai (included ME!) and August. Makanan pun bole tahan la. Tapi Che'gu minum air & makan udang celup tepung je. nak makan nasi dah xde space dah. Huhuhu... Yang dirai, semua dapat kad ucapan khas yang disampaikan pengetua. Terima kasih semua....

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE