Monday, August 10, 2009

::FOTOGRAFI::

Salamun'alaik.

Bulan lepas (20 dan 21 Julai 2009) Che'gu ada menyertai Bengkel Fotografi anjuran PKG Gopeng. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru tentang penggunaan kamera dan aspek teknikal penggambaran. Banyak juga la yang masuk (ilmu).

Penceramah/moderator bengkel ini ialah En. Nor Azman Ikhwan dar PKG Teluk Intan. Beliau banyak memberikan tips2 penggunaan kamera digital kompak dan kamera digital refleks lensa tunggal (SLR-Single Lens Reflex). Antaranya berkenaan Mod Zon Asas yang ada pada kebanyak kamera digital (tidak kira kompak @ SLR). Juga diterangkan tentang Mod Kreatif (hanya ada pada kamera SLR sahaja). Tidak ketinggalan mengawal White Balance, File Quality, Histogram, Exposure Value dan juga berkaitan Imejan dalam P&P.

Berikut adalah beberapa foto yang telah diambil dengan mengaplikasikan beberapa teknik yang diberitahu oleh En. Azman. Cuma, foto ini diambil dengan kamera digital Casio Exilim, bukannya kamera DSLR. Tapi, hasilnya agak memuaskan.




No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE