Tuesday, August 18, 2009

::H1N1 & CIKGU WAN::

Assalamualaikum.

::H1N1
Semalam dalam berita, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa H1N1 belum lagi masuk ke peringkat darurat kesihatan walaupun kes kematian semakin hari semakin meningkat. Sehingga semalam (17 Ogos 2009),wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes, lapor laman web The Star.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 9 pagi ini, sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad.

Manakala 33 pesakit yang disahkan menghidap H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Daripada jumlah yang dirawat di ICU, 17 kes mempunyai risiko tinggi.

Dr Mohd Ismail dipetik berkata bayi tersebut yang menghidap asma dimasukkan ke ICU hospital pada 7 Ogos lepas kerana demam, batuk dan sesak nafas selama dua hari.

"Bagaimanapun bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Ogos lepas disebabkan 'severe pneumonia with acute respiratory failure'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita warga emas itu pula yang menghidap diabetes dan kegagalan jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos setelah pengsan di rumahnya dan meninggal dunia pada 12 Ogos disebabkan 'severe pneumonia'.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularannya dan meminta agar perhatian wajar diberikan dalam hal ini.

"Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin," katanya.

Oleh itu, beliau berkata sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada di rumah atau tidak mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga pulih. (sumber Malaysiakini)

::CIKGU WANZU::
Petang Sabtu lepas (15/8/2009), Che'gu dan Cikgu Aruzelan telah ke KPJ Ipoh Specialist untuk melawat anak Cikgu Wanzu, Wan Afiq Daniel yang dijangkiti H1N1. Anak lelaki Cikgu Wanzu itu telah disahkan positif pada lewat petang Khamis lepas setelah dua kali ujian terhadap sampel kahak dan darah dilakukan.

Setelah dibenarkan oleh doktor untuk menerima pelawat, kami berdua pun ke sana. Alhamdulillah, semasa kedatangan kami, Afiq dah semakin sihat dan aktif. Simptom H1N1 dah hilang. Cuma dia masih batuk2, disebabkan Afiq ada asma.

Menurut Cikgu Wan, punca jangkitan tidak dapat dipastikan kerana kata doktor, virus H1N1 mungkin dah ada dalam udara kita ni. Siapa yang antibodi lemah, akan mudah dapat jangkitan.

Semoga Afiq cepat sembuh. Cikgu Wan beritahu Afiq dah dibenarkan keluar wad petang semalam dan sedang menjalani tempoh kuarantin selama 3 hari di rumah. Alhamdulillah.

1 comment:

sufina said...

isk3...kmtn smkn meningkat pn x kritikal lg???beh 2 nk brp org lg mati???hmmm.....pape je lah.

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE