Saturday, January 17, 2009

English Day

Assalamualaikum wbt & good day...

Yesterday was an English Day. Last week, after PPSMI board meeting, my principle announced every Friday is English Day & it's started yesterday.

All PPSMI teachers agreed. Everyone must try to improve their English in order to teach Science & Math subjects in English efficiently.

Huh!!! Circumstances in Bilik Guru 1 had changed. Everybody speak in English (even it was broken English, but at least we'd tried!).

The environment of English speaking was created & I felt very confident to speak.

The Principal, En. Dzulkifli expected that the English Day will become a silent day. hahaha...maybe he think nobody will speak in English.

Everything is in English. When we order some meal from canteen, we ordered in English too. Haaa...

Is my English is good enough? or broken everywhere?

Friday, January 16, 2009

SIBUKNYE...

salam semua...
dh byk hari xtulis n3.

aku sedikit sibuk kebelakangan ni.
sibuk menguruskan keluarga & kerjaya.
Isnin lepas, wife aku lapordiri utk kursus KPLI - BI sekolah rendah kt IPG Ipoh.
Bermula dr situ, aku kena jd MR. MAMA.

Aku kena uruskan anak dara aku yg kecik tu. dah la dia demam selsema.
menangis xhenti2 pd waktu mlm tu. Dia xleh bernafas, hidung tersumbat.
Puas aku dukung, xhenti menangis. Last2 terpaksa amik wife aku mlm tu.
Skan ni, kena selalu bgn awal, kul5 pagi. bersiap2 nk htr wife ke IPG Ipoh.
5.45 gerak, smp sana hampir 6.30.
Then patah balik ke Gopeng, htr Raisya ke rumah babysitter, then baru masuk kerja.
This week, I'm always late.
Malam kul 10 pulak pegi amik wife aku tu. Aduhhh la, xsempat nk rehat.
Tido pun xcukup. Nk buat cmne, kena berkorban utk masa depan.

Esok pn kena hadapi rutin yg sama lagi coz ada kelas ganti utk cuti tahun baru cina.
Okeh, kena tido awal. sambung esok, kalu xpenat la.

Tuesday, January 06, 2009

Boycott Them!!! Save Palestinian!!!

Say NO to this products!!!

Kita mungkin xmampu nk bantu Palestine dari segi ketenteraan & artileri. Tapi kita MAMPU BOIKOT produk AS & Israel laknatullah.

Jom, PAKAT BOIKOT mereka!!!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.

AOL Time Warner

Apax Partners & Co Ltd

Coca-Cola

Danone
Delta Galil Disney
Estée Lauder IBM
Johnson & Johnson Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd L'Oreal
Marks & Spencer Nestle
News Corporation Nokia
Revlon Sara Lee
Selfridges The Limited Inc
Home Depot Intel
Starbucks Timberland
McDonald's Arsenal FC


Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel!

Thanx to isuhangat

Meeting Week

Salam sume saudara2 ku....

Hari ni dh masuk hari ke-2 persekolahan. Dah 2 hari blk lewat sbb meeting. Tiap2 hari meeting. Xlarat aku.

Semalam kalut dgn kdtgn nazir nk memantau. Kena lengkapkan buku rekod. Siapkan RPT, sediakan HSP. Dh hbs kls kul2, ada contact time puuulak kul 215. Bincang pasal cuti rehat. Ala, kan hr tu KSUN ada ckp kurgkan cuti rehat agar produktiviti meningkat. So, cgu2 kena pilih option, samada kekalkan yg sedia ada @ pilih yg baru. Tp sbnrnya, xde kaitan pn ngn cgu2 mcm aku ni. Cuti rehat pn 7 hari setahun je. Klu nk potong lg, susah la nk dpt 'golden hand-shake'. Ia lebih kpd sape2 yg mungkin jd pengetua la lps ni. Huhuhu...xnak aku. Byk keja.

Dh hbs contact time kul 2.45, kul 3 sambung lak meeting Jwtnkuasa Kurikulum Sekolah. Memg byk menda kena buat nih. Pelan strategik la, pelan taktikal la, headcount la. Boss cam lebih serius sket tahun ni sbb PMR hr tu, result jatuh. Boleh tahan jugak la jatuhnya esp. subjek Math & Science. Ramai yg dpt B. Kena pulak tahun ni aku kena ajar Science, memang tugas berat la. Terbaru, JPN Perak mewajibkan guru2 PPSMI (khususnya), gunakan modul WAJA (WAjib JAwab) semasa sesi P&P. Bincang itu, bincang ini, kul 6.30 baru tangguh mesyuarat. Penat wei!!! Dekat 12 jam keja. Dr kul 7 pg smp la 6.30 ptg.

Balik rumah je, rasa mcm nk patah pinggang sbb duduk lama sgt msa meeting. Nasib baik bini tolong urutkan, kurang la sket. Nk tdo pn pyh lelap sbb lenguh pinggang. Sbb pnt sgt, msuk tido awal.

Hari ni pulak, penat jugak. Belah pg, minta excuse kejap ngan boss, nk kua bawak isteri buat 'medical check-up' kt KK Gunung Rapat. Punya la lama tggu nk bg selesai. Dkt kul 1 baru hbs. Tu pun xsiap lg. Appoinment dgn Dr. lg 2 mggu lak. Aku tgk. dorg wt keja mcm xsistematik je. Bini aku penat ke hulu ke hilir, tanya kaunter pesakit luar, dia suh ke bilik B(saringan-triage). Tanya bilik B, dia suh g kt kaunter lak. Padahal last week dh wt appoinment utk wt 'med check-up' ni. Dh selesai dftr, gi blk B. Lama gile tggu. Adala dkt sejam. Then g wt X-ray lak. Bengang aku. Dh la aku ada kls kul1 smp 210. Terkejar2.

Penat tu memangh xboleh nk cerita la. Hbs kelas, ada meeting lg. Meeting Jawatankuasa Sukan pulak. Kul 215 ptg.Kul 3.15 baru siap. Makan pn xsempat. Blk umah kejap, kul5 ada meeting rumah sukan + latihan merentas desa pulak. Haaadoooooiiii!!! Balik umah dh dekat pukul 7 beb. Cian kt anak dara aku, Raisya, sehari dua ni xsempat nk layan kerenah dia. bwk dia main2 kt taman permainan kt sblh rumah. Huhuhuhu.....

Haii,dunia...dunia. Esok ada meeting lg. Meeting badan beruniform pulak. Ptgnya, kul5 ada latihan merentas desa lagi...

Arghhh...I need a break!!!!

Monday, January 05, 2009

Dah Mula....

Salam buat semua...

Hari ni hari pertama persekolahan. Selamat kembali belajar utk pelajar2. Selamat mengajar utk guru2. Khas buat kwn2 aku, Cgu Cb, Cgu Bob, Cgu Wanzu, Cgu Mirul, Cgu Sobri, Cgu Lan. Ayuh dong, kita lipatgandakan usaha mendidik anak bangsa. Terus bersemangat beb. Tahun baru, azam baru, semangat baru!!! Sama2 kita cemerlangkan diri.

Ngeri!!! Itu aku aku fikirkan hari ni. Pagi2 lagi nazir datang. nk observe cgu2 la tu. Dgr kata dia kt sekolah smp ptg, nk observe cgu ngajar paling kurang 20 org. Huhuhuhu......pergh, nasib baik kelas aku sume xstart lg hari ni sbb student blum ada. kelas form 1 & form 4. Selamat la.

Kpd cgu2, cpt2 la lengkapkan buku rekod mengajar tu ek. Aku pn tgh kemaskini maklumat kt buku rekod. RPT pn xprint-out lg.

Ok, sambung keja beb.

Sunday, January 04, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Palestin!!


Salam semua.

Konflik Israel-Hamas di Gaza semakin memuncak. Israel semakin rancak menggerakkan bala tenteranya memasuki bumi Palestin utk memperhebatkan serangan darat. Sungguh laknat perampas bumi Palestin itu.

Setakat ini, hampir 750 serangan udara dilancarkan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin dalam masa dua minggu. Paling kurang, 460 orang telah terkorban dlm serangan ini, termasuk 66 kanak2. Celakalah ke atas engkau wahai Israel Laknatullah & sekutu2nya.

Tetapi Bush (
memang patut wartawan Iraq baling kasut ~ lagi afdhal baling bom je!!) berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.”

“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush.

Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza.

Manusia Bush & Israel serta sekutu2nya ini sememang iblis bertopengkan syaitan. Kanak2 pn pengganas ke? Alasan. Israel tu bukan pengganas ek? Mana dorg ni letak otak ek? Kat tapak kaki kot. Org lain pengganas, diri sendiri tu bagus sangat la. Baik sgt la sampai buat serangan bom ke Gaza.

Apa yang menyedihkan, dunia Arab seakan2 buat xendah dgn apa yg dihadapi oleh Palestin. Hanya Iran yg berani bersuara. Negara2 Islam lain spt Malaysia hanya mampu berteriak, hantar memorandum kpd kedutaan sahaja. Seluruh dunia mengadakan protes terhadap kekejaman terbaru Israel ini.

Wahai umat Islam semua, ayuh kita panjatkan doa pada Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa. Semoga diturunkan pertolongan utk menghancurkan tentera2 kuffar yg menumpahkan darah mereka yg xberdosa. Hanya doa yg mampu kita kirimkan kpd pejuang2 Palestin.

Moh kita pulaukan produk2, syarikat2 yg bersekongkol dgn Israel & Amerika.

ALLAHUAKBAR!!!!

Saturday, January 03, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Ukhuwah!!

Hari ni hujan xberhenti2 sejak dr subuh tadi lagi. Nk keluar pn malas. Xtvt plg time hujan, xde lain la...ta-ya-dal-wau-ra (tidur). Hahaha...2,3 hari ni selalu hujan. Sampaikan kt tepi rumah aku terjadi lanslide. Boleh tahan jugak la. Sampai jln xboleh nk lalu. Aku bgn pg smlm nk ke sekolah utk mesyuarat, tgk ada pak polisi sedang meng'usha' tebing bukit sblh highway PLUS. Rupanya ada landslide. So, dorang rentangkan p
ita kuning, mcm crime-scene pulak.













Arghh...mini Bkt. A'bangsa tragedy...

Ptg tu, lepas asar aku jln2 pegi tgk landslide tu n amik pic sket. So, let's the pic tells everything.










Di sini la kejadian misteri tu berlaku...(hahahaha!!)

Hooray, sekolah dh nk mula (huhuhuhu). Cuti tinggal 2 hari je la. Lusa sesi persekolahan 2009 akan bermula. Pagi esok ada pendaftaran pelajar.


Pagi semalam, mesyuarat guru pertama, 2009. Boleh kata semua ada. Yang lama xjumpa, mcm2 cerita la. Riuh rendah dlm bilik mesyuarat. Kul9 baru mesyuarat mula. Mr. Boss (En. Dzul - Pengetua) bg ucapan alu2an. Sblm mulakan agenda mesyuarat, dia sempat menerangkan tentang hala tuju sekolah. Katanya lg, perancangan strategik sekolah mesti seiring dgn PPSBP (Pelan Pembangunan Sekolah Berasrama Penuh), PIPP dan juga misi nasional. Dia juga ada ckp tntg visi & misi SBP. Visi sekolah adalah "Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia". Mcm2 lg la dia explain.

Dh selesai pasal visi, misi & sbgnya baru masuk agenda tntg tugas2 guru. Tahun ni aku dpt tugas baru. Kena jadi Guru Penyelaras IT. Huhuhuhu....mcm susah je. Aku ni bkn byk sgt ilmu IT. Tugas2 lain, mcm biasa la...antaranya;

1. Guru Biologi utk form 4B, 4M & 5K. (of course la, aku che'gu Bio).
2. Guru Sains utk form 1F & 1K. (tgggjwb baru ni, thn lps kena ajar Math)
3. Ketua Guru Rumah Delima - dh masuk tahun ke-3. Maybe next year kena pass baton kt org lain pulak.
4. Guru Penasihat Kadet Bomba - dh msuk tahun ke-5 dh.....
5. Guru Penasihat merangkap Jurulatih Bola Keranjang - pun dh msuk tahun ke-5. from nothing to something.
6. Masih lagi Setiausaha Panitia Biologi - rasanya mcm nk bg kt Cikgu Tuziah je....ahaks!
7. Guru Penyelaras IT - baru dilantik. Aku xtau la apa kriteria yg ada smp dorg pilih aku. Aku still xtau apa skop tugas Penyelaras IT ni.

Apa2 hal pun, aku harap aku mampu pikul tugas & tanggungjwb yg diamanahkan sebaiik mungkin. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Aamiin.

P/S : Update pasal Icha...makin aktif meniarap. Letak je terus meniarap. Pastu jerit2, letih. Hahaha....

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE