Thursday, May 15, 2008

Prologue : Ta'aruf

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. sebagai pembuka bicara.

Urm, aku masih baru lagi di alam blog ni. Saja nak mencuba2. Mana tau, ada sesuatu yang menarik dan berfaedah dapat dikongsi bersama. Tak salah kan, kalau ilmu tu dikongsi bersama. Bak kata orang, 'harta@barang yang banyak kita kena jaga elok2, tapi kalau ilmu banyak, ia akan jaga kita'.

Opps...terlalu excited sampai lupa nak kenalkan diri.
Nama aku, Muhd Fazli bin Dollah a.k.a. C.H.E.'.G.U. Sekarang keja sebagai pendidik kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak. Dah masuk tahun ke-4 dah jadi che'gu. Alhamdulillah.
Umur........baru nak masuk 27, and bakal jadi ayah tak lama lagi.....Yahoooo........

Aku ni berasal dari Kg. Sg. Durian, Kuala Krai, Kelantan. Pendidikan awal, kat tadika la. Takkan kat reban ayam kot. Sekolah rendah pulak, masa tahun 1, kat SRK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai. Then, dari darjah 2 sampai la darjah 6, aku sekolah kat SK Sg. Embak, Kuala Krai. Sekolah aku ni agak jauh jugak la, boleh dikatakan pedalaman. Dalam ladang getah, ladang kelapa sawit.

Pastu, bila naik sekolah menengah, Aku jadi student kt SMK(A) Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat. start form 1 smp la form 5
Aku lepak kt asrama Falahiah. Skool ni kira antara skool agama yg top jugak la kt Kelate. Skool Aku ni all boys. Xde pompuan. Mcm STAR dan MCKK la. Lepas SPM, Aku dpt masuk Matrikulasi Sains Hayat kt UPM selama 1 tahun. Then smbung ambik Bacelor Sains (Bioteknologi) kt universiti yg sama selama 3 tahun. Life as a student adalah saat yg paling best dlm hidup Aku. Xkira la student sekolah ke, U ke.
WELCOME TO SCHOOL OF LIFE