Kerana kesibukan...blog kesayanganku ini terabai.
Kerana tuntutan tugas...aku, isteri & anak terpisah.
Kerana terpaksa....aku relakan....
Eceh...eceh....bermadah pujangga pulak. Ops, lupa! Assalamualaikum & Salam 1 Malasyia untuk pembaca jurnal kehidupan Che'gu. Dah lama jari ini terhenti dari menaip kisah2 hidup Che'gu. (Update FB rajin pulak,ahaks!)
Banyak kisah yang berlaku sepanjang cuti sekolah.
Penghujung cuti baru2 ni, isteri dapat penempatan (guru BI sekolah rendah) di negeri Pahang. Minta Perak, tapi dapat Pahang. Redha je la. Agaknya rezeki kat sana. Terfikir juga, daerah mana sebab tidak diberitahu. Kalau dapat Cameron, dekat la.
Oleh sebab kena lapordiri 2hb Januari di BTPN Pahang, Jalan Beserah dekat Kuantan, Raisya terpaksa ditinggalkan dulu di rumah tok ayah (ayah Che'gu) di Kuala Krai. Bukan apa, sebabnya belum tau dapat posting kt sekolah mana. Dok fikir pasal rumah tempat tinggal. Kalau bawa Icha terus, rumah sewa takde susah juga. So, kami pilih untuk tinggalkan Icha buat sementara waktu (walaupun hati kecil mama & papa agak keberatan).
Kami balik ke Kuala Krai pada 31hb Disember 2009. Tinggalkan Icha di Kuala Krai & kami terus ke rumah ayah mentua Che'gu di Jerteh. Sudah pesan awal2 pada ayah Che'gu, kalau Icha menangis2, telefon la kami. Nanti kami pergi ambil (berharap Icha nak ikut kami la kononnya). Tunggu sampai ke pagi esok, tiada panggilan pun. Sedih, tapi lega sebab Icha boleh tinggal dengan tok ayah & tok mek.
Pagi Tahun Baru 2010, kamir bertolak ke Kuantan jam 9.30 pagi. Hujan sepanjang jalan dari Jerteh, Terengganu hinggalah ke Kuantan, Pahang. Lebat pula tu. Nasib baik semuanya selamat. Masa dalam perjalanan tu, orang JPN Pahang called. Bagitau Mama (isteri) dapat kat daerah Pekan (punah harapan!). Aduhai...jauh juga la nanti.
Kami sampai Kuantan hampir jam 4 petang. Singgah menumpang rumah pak sedara Mama, Pakngah Bidin di Jaya Gading. 3 hari juga la kt sana. 2hb ke BTPN Pahang untuk taklimat penempatan. Mama dapat sekolah SK BEBAR, Pekan. Petang tu juga pegi cari sekolah tu. Subhanallah....jauh benar dengan Kuantan. 103 km! Dekat sempadan daerah Rompin. 33 km je dengan Kuala Rompin.
3hb pula ke rumah pak sedara Mama, Pakcik Sin di IPD Rompin. Tiod kt situ dulu sebab belum dapat rumah lagi. Pagi 4hb, Che'gu balik naik bas. Rompin - KL, 5 jam lebih. KL - Gopeng, 2 jam 30 minit. Adeh...penat & sakit pinggang.
No comments:
Post a Comment