Monday, July 26, 2010

~HARI PENUH MAKNA~

Hari ini hari penting. Hari penuh makna. Tarikh ini telah diulang-ulang selama 29 tahun. Dulu sambut sendirian. Kini ditemani isteri dan 2 orang anak. Hadiah untuk tahun telah diterima lebih awal 1 bulan. 27.06.2010 lahirlah Muhammad Wafiy Rayyan. Terima kasih isteri tersayang, Noorul Wahidah kerana melahirkan seorang putera (Fazli Jr.) yang tersangat comel. Inilah hadiah paling besar sepanjang hidup ini. Syukur pada Yang Maha Esa.


Kata orang, usia hanyalah nombor. Aku setuju juga. Pengisian kehidupan paling penting, terutama bagi yang bergelar Muslim. Apa yang boleh dibanggakan dengan usia yang banyak tapi tak membawa apa2 kebaikan khususnya kepada diri sendiri.


Ironisnya, tarikh2 lahir dalam keluargaku sangat unik. Tarikh lahir Rayyan seolah-olah refleksi tarikh lahir aku. Rayyan 27.06, aku punya 26.07. Tarikh lahir Icha (KakYong) pula sama dengan mamanya, cuma bulannya sahaja berbeza. Icha 05.08, Mamanya 05.04. Sangat unik. Coincidence. Rayyan, Papa & Icha boleh sambut birthday sama2 sbb tarikhnya dekat2. Cian kt mama celebrate sorang2. Hehehe.....(kami sentiasa ada disisi mama).

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE