Monday, August 10, 2009

::SUNTIK::

Salam untuk 1 Malaysia.

>UJIAN SELARAS 2 & SPM TRIAL<
Minggu ni mungkin minggu stressful buat student IGOP kan? Semua kena jawab xm. Lebih2 lagi form 3 & form 5 students. Result trial xm ni akan jadi kayu pengukur anda dalam xm sebenar. Jawab yang terbaik. Persiapan mesti lengkap dan rapi. Guru2 dah curahkan segala ilmu, ibarat penunggang kuda yang hanya boleh membawa kudanya ke sungai untuk minum, tetapi tidak dapat memaksa kudanya itu untuk minum. Hari ini agak penat juga la. Che'gu kena jadi pengawas untuk tingkatan 4 Biruni bersama Cikgu Ani Hayati. Bergilir2 la. Ada 3 paper pulak tu. 1st paper, BM (1 1/2 jam). Then EST (1 1/4 jam) dan Fizik (1 1/2 jam). Naik jemu dok dalam kelas. Nasib baik bawak buku. Dapat juga la ilmu tentang IQ, EQ, SQ. Nanti dientri yang lain Che'gu kongsikan sedikit dapatan daripada pembacaan buku itu. Sangat menarik. Pasti dapat meransang daya berfikir seseorang.

>CONTACT TIME<
Setelah 2 minggu tertangguh, hari ini contact time kembali seperti biasa walaupun sekejap sahaja. Apa yang penting, (kerjasama ke?~Wonderpets!) Che'gu dapat selesaikan perkara berkaitan maklumat guru2 untuk dikemaskini dalam EMIS Online.

>SUNTIK<
Balik dari sekolah, dah hampir pukul 3. Mama pula dari tadi tunggu untuk bawakan Icha ke klinik. Hari ini Icha ada temujanji untuk suntikan imunisasi setelah berusia 1 tahun. Sedang jaga xm tadi, mama called beritahu Icha kurang sihat. Dah tiga kali cirit-birit. Katanya demam. Uish, jadi risau pulak bils dengar perkataan 'demam'. maklum sajalah, musim H1N1 ni. Sampai je di rumah, terus kejutkan mama yang tertidur sebab puasa (ganti!). Then ke rumah Che Yah (bb sitter). Lepas dapatkan Raisya, Che'gu tengok, check, xdemam pun. Mungkin dia xlarat sebab dehydrate by the cirit-birit. Lepas nurse check, suhu Icha rendah je, 36.8 Celsius. Alhamdulillah.

>CLAIM<
Lepas bawa Icha ke klinik, terus ke PPD Kinta Selatan untuk hantar claim bulan Julai. Dah byk kali hantar, tapi ada je dokumen xlengkap. Nasib baik hari ni semua setel. Kalo x, memang burn gitu je la duit minyak dok ulang-alik ke PPDKS tu. Bukannya dekat weh.

>ICHA<
Punggung Icha merah2. Maghrib tadi asik nangis je, xnak duduk. Rupanya dia pedih. Jadi merah mungkin sebab banyak kali poo-poo hari ni. Cian Icha. Lepas tukar diapers & sapu krim, Icha terlena setelah diberikan susu oleh Mama. Akhirnya mama n papa baru dapat rehat. Aduuuuuuuuuuuuuu.... penat nyeh!!!

>SSQS<

Penat pun terpaksa tido lambat jugak sbb kena isikan maklumat survey/responden SSQS (Smart School Qualification Standard System). Tarikh tutup 14 Ogos ni. Nak buat di sekolah, talian xberapa memuaskan. Mungkin sbb semua guru2 data sibuk nk key-in maklumat. Terpaksa la buat kat rumah. Okeh...nak sambung key-in data.

Icha dah pandai beraksi depan kamera.

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE