Assalamualaikum wbt.
Hari ni dh masuk hari ke-6, minggu kedua aku jd pengawas SPM kt SMK Seri Teja. Cuti sekolah pn terpaksa bertugas atas tuntutan kerja yg diamanahkan. Dr pukul 7.30 pg smp la ke petang. Hari ni kertas Pendidikan Islam 1 & 2, Pendidikan Seni Visual 1. Smlm la paling pnt sbb balik slps pukul 5 ptg. 3 kertas. Add math 1 (2 jam), Add Math 2 (2jam 30 mnt) & Pendidikan Moral (2 jam 30 minit). Lenguh kaki pusing 1 dewan.
Sepanjang 2 mggu ni, berbagai kerenah aku tengok. Kerenah pelajar2. Realiti yg aku nmpk, susah nk aku terima. Aku dpt membayangkan mcm mana masa depan mereka nnt. Anak2 yg bakal mewarisi masa depan negara, kebanyakannya hanyut.
Apa yg menyedihkan aku, pelajar2 ini datang ke dewan peperiksaan hanya utk tidur. Walaupun kertas peperiksaan itu yg aku rasa terlalu la senang. Masa baru berjalan xsampai 10 minit, dh ramai yg menekap muka di meja. Ada yg gelisah mahu keluar awal, tp atas arahan pengetua, kami xbenarkan.
Apalah yg bermain diminda mereka, aku xtahu. Mereka xfikir ke SPM ni akan menentukan masa depan mereka? Graduan universiti pn sukar dapat kerja, inikan pula lulusan SPM. Mungkin mereka hanya memikirkan tentang kehidupan remaja yg enjoy, happy2....yg aku anggap hanya sementara cuma.
Buang masa saja ibu ayah hantar ke sekolah bertahun2, beri duit belanja, beli buku, byr yuran itu ini, kerajaan bagi subsidi, tp bila masuk dwn periksa....buat taik mata. Keluar result...hanya dpt sijil. Itu pn kalo lulus. Nak kerja? Kerja memang banyak...gaji memang ada. Tapi cukup ke?
Zaman sekarang gaji 300-400, nk mkn apa? Sewa rumah, bil api, air, myk kenderaan lg...
Aku & kwn2 yg mengawas peperiksaan, kdg2 sedih juga melihat anak2 bangsa sebegini rupa. Imej pn xmcm budak sekolah. Macam kutu haprak. Rambut mcm2 gaya, cacak la. ultraman la, ada ekor kt blkg la, ltk pewarna la. Sakit mata!! itu baru rambut, xtengok pakaian lg. Selekeh,seluar koyak, kasut mcm2 kaler.
Manusia...Manusia....
No comments:
Post a Comment