Ramai manusia hanya tahu, tapi tidak sedar dalam banyak perkara. Ya, dua perkataan ini sangat berbeza maksudnya. Tahu letaknya di akal - dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala sedar letaknya di hati - dengan mempunyai penghayatan dan hikmah.
Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata, " Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)."
Untuk membezakan antara tahu dan sedar, boleh diumpamakan, seseorang yang berjaya mendapat 1A dalam subjek Pendidikan Islam tetapi tidak menunaikan solat. Dia sememangnya tahu tentang kepentingan solat, hikmat solat, hukum meninggalkan solat dan sebagainya, tetapi hatinya tidak mempunyai penghayatan (kesedaran) terhadap pengertian solat itu sendiri. Juga boleh diibaratkan, merokok itu membahayakan kesihatan, tetapi masih ramai yang merokok.
>PERUBAHAN<
Kesedaran adalah gerbang awal ke arah perubahan diri. Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Kita dan semua yang lain akan sentiasa berubah, sama ada menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. Jika tidak menaik, mungkin kita menurun. Bijak pandai pernah berkata, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam."
Persoalannya, kita di golongan yang mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Pilihlah sendiri.
1 comment:
yep..perubahan..
lagu berubah by ed-coustic pun sesuai dengan tajuk nie..^^
Post a Comment