Monday, September 07, 2009

::SALAM NUZUL QURAN::

Assalamualaikum w.b.t. kpd semua.

Hari ini 17 Ramadhan. Suatu tarikh yang sangat besar ertinya kepada umat Islam. Tarikh turunnya Al-Quran ke dunia.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 Semoga kita dapat membaca, memahami dan mengamalkan segala ajaran Al-Quran. Ayuh gandakan ibadat di bulan Ramadhan dengan membaca Al-Quran.



No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE