Wednesday, September 02, 2009

::RAHSIA BERPUASA (Bahagian 1)::

Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hamba-Nya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan2nya dan untuk mematahkan segala usaha busuknya. Amalan yang dimaksudkan ialah ibadat PUASA. Itulah dan BENTENGPERISAI bagi sekalian kekasih2 ALLAH s.w.t.

Ada sebuah hadith dari Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Puasa adalah separuh kesabaran" (Diriwayatkan oleh Tirmidzi & Ibnu Majah)
 ALLAH s.w.t. telah berfirman yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang2 yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Az-Zumar : 10)

Jelaslah dalam ayat ini bahawa pahala puasa melampaui had perkiraan dan perhitungan. Untuk mengukuhkan lagi pendapat itu, cukuplah kalau kita mengetahui betapa besar keutamaan puasa itu dengan memahami sabda RASULULLAH S.A.W. yang bermaksud:
"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, adalah bau mulut seseorang yang berpuasa itu adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. Allah S.W.T. berfirman (dalam hadis Qudsi: "Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahawat, makan dan minum kerana-Ku. Sesungguhnya puasa untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan balasan untuknya.)"
 (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dipetik dari Kitab Ihya'Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali

No comments:

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE