~HARI RAYA~
Sebenarnya Che'gu dah tiada rasa ingin beraya. Raya dah tak ria disebabkan suatu tragedi yang berlaku di malam raya (hanya disedari lewat petang raya pertama). Bila difikir2kan selalu, tensen pun ada. Tahun ni turn raya rumah mertua di Jerteh, Terengganu. Xkisah pun. Bukan jauh, lebih kuranh 45 minit je dengan rumah Che'gu. Pagi raya macam biasa je. Cuma Che'gu & Icha xberapa sihat. Icha demam & batuk dari 27 Ramadhan lagi. Pagi raya tu Icha macam dah ok sket tapi masih kurang aktif. Tengoklah gambar2nya, masam mencuka je. Kesian Icha. Sempatlah snap gambar sikit sebelum tahu tragedi bakal menimpa....
Dah selesai beraya di Jerteh, kami balik kampong datuk Che'gu di Machang, Kelantan selepas waktu Zuhur.
~MALANG TAK TERDUGA~
Selepas Asar, kami pulang ke rumah Ayah di Kuala Krai, Kelantan. Nak berkumpul dengan adik-beradik Che'gu. Malangnya, rasa gembira hari raya ternoktah pada pukul 6.45 petang. Apabila sampai di rumah, Mek (panggilan untuk mak Che'gu) dapati pintu dapur tidak berkunci dan dia syak ada orang pecah masuk ke dalam rumah. Bila disedari, kami mula buat spot-check untuk kenalpasti barang yang hilang. Masya-Allah, 3 buah laptop dah hilang. Dicuri. 2 laptop adik2 Che'gu dan 1 laptop Che'gu. Allahuakbar. Besarnya dugaan Allah raya tahun ni. Semua terkedu. Mood raya lesap bersama laptop yang dicuri. Selesai solat Maghrib, Che'gu ke balai polis untuk buat repot. Sekarang ni, Che'gu tak putus2 buat solat hajat setiap malam agar laptop tu dijumpai kembali dan pencuri tu dapat ditangkap. Sama2 tolong doakan ye. Perkembangan terkini, 1 laptop adik Che'gu dah dijumpai. Dibeli oleh orang kampong sebelah daripada si pecuri dengan harga RM400 je! Pencuri belum dapat dikesan dan dia adalah jiran berdekatan rumah Che'gu.Salinan repot polis.
*Lagi cerita pasal raya akan menyusul setelah mood kecewa hilang. (T_T)
2 comments:
sekarang xjumpe lagi ke laptop cikgu tu?
x.dah arwah rasanya.
Post a Comment