Wednesday, September 16, 2009

::RAMADHAN DIGANTI SYAWAL::

~RAMADHAN + SYAWAL~
Dah xbanyak hari tinggal untuk kita bersama Sang Ramadhan yang penuh berkat dan digantikan dengan kehadiran Si Syawal. Cube renung, muhasabah diri. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sudah? Atau sebaliknya? Semoga kita dikurniakan rahmat, pengampunan dosa dan bebas dari azab siksa api neraka oleh Allah S.W.T. Mungkin kita xkan berjumpa lagi dengan Ramadhan seterusnya. Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.

~KAU PERGI~
Hari Isnin, 14 September 2009, Che'Gu diberitahu oleh pelajar 4 Biruni bahawa rakan mereka, Khadijah Sabirah (Sabirah) telah berpindah sekolah. Mula2 terkejut juga, tapi sikit je la. Sebabnya dalam contact time minggu lepas En. Dzulkifli (Pengetua) ada beritahu tentang pelajar yang nak keluar. Tapi beliau kata tak akan keluarkan sebab dah akhir tahun. Tup2...Sabirah dapat keluar jugak. Itu yang terkejut sikit tu. Saya xtau la apa alasan Si Sabirah ni keluar saat2 akhir. Mungkin masalah pembelajaran ke, life kat asrama ke, masalah kawan2 ke, masalah dengan guru2 ke (harapnya tidak). Patutlah hari Sabtu lepas (12 Sept.) semasa Karnival Merdeka dia kelihatan menyendiri. Saya sempat usik2 dia. Dia ada minta nak tengok kamera sekejap, tapi saya usik2 cakap xboleh sebab takut rosak. To Sabirah, I'm really sorry for that. Harap awak xkeluar disebabkan silly reason. Semoga awak sukses di sekolah baru. Harapnya pilihan anda tepat untuk keluar dari sini. :(


~SELAMAT HARI RAYA~
Dikesempatan ini, f_B(fazlie_biosensei) ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H.
kepada semua pelajar2 saya khususnya pelajar2 1 FARABI, 4 BIRUNI, 4 MAARI dan 5 KINDI. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya mengajar kamu semua. Maaf zahir dan batin.
Pesanan saya, RAYA JANGAN SAMPAI LUPA DIRI.

1 comment:

keyLa said...

hurm...sempat cikgu amek gambar die eh..hehe

WELCOME TO SCHOOL OF LIFE